ADAKAH BERBAHAYA MENAHAN KENTUT? “Salam doctor. Baru-baru ini saya mengerjakan umrah dan ketika beriktikaf, saya menahan kentut kerana tempat mengambil wuduk agak jauh. Adakah menahan kentut ini berbahaya? Mohon pencerahan”. WA ALAIKUM MUS SALAM Saya faham keadaan saudara kerana saya pernah berada di sana. Memang tempat mengambil wuduk dan bilik air agak jauh dari tempat solat. Ramai yang menyangka menahan kentut sangat berbahaya. Ini disebabkan kentut mengandungi gas Hidrogen Sulfida, yang menyebabkan kentut kita busuk. Namun dalam satu kajian di Universiti Exeter di England menunjukkan bahawa hidrogen sulfida boleh mencegah kerosakan mitokondria. Mitokondria adalah struktur penting dalam sel yang menjana …
Read More »Tag Archives: haram
Hukum menggunakan ethyl alkohol @ ethanol sebagai bahan antiseptik
HUKUM MENGGUNAKAN ETHYL ALKOHOL @ETHANOL SEBAGAI BAHAN ANTISEPTIK Semasa saya bekerja sebagai houseman di sebuah hospital awam di selatan tanahair air, tugas yang agak mencabar ialah melakukan rutin mengambil darah setiap pesakit sebelum kami melakukan ward-round setiap pagi. Tujuan pengambilan darah di waktu pagi ialah agar keputusan darah akan dapat diketahui dan dibincangkan ketika melakukan ward-round di waktu petang. Pada satu pagi seorang pakcik telah dimasukkan ke wad kerana disyaki mengalami demam denggi. Saya memberi salam dan memberitahu beliau hasrat saya untuk mengambil darah. Beliau enggan. Ini kerana cecair sapuan yang saya lakukan sebelum saya …
Read More »Cider Epal dan Kurma ada alkohol, boleh digunakan?
“Assalamu alaikum, doctor. Saya amat keliru apabila membaca satu artikel yang mengatakan bahawa cider epal dan kurma mengandungi alcohol. Adakah ia boleh digunakan? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai umat Islam di Malaysia keliru dan berfikir bahawa apa-apa dengan kandungan alkohol adalah “haram ” mengikut syariat Islam. Tidak semua makanan yang mengandungi alcohol tidak dibenarkan. Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alcohol termasuk tapai beras dan ubi, cider buah-buahan termasuk epal. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol. Penghasilan alcohol dalam proses penapaian …
Read More »Produk kosmetik dari bahan plasenta haiwan
“Assalamu alaikum, doctor. Betul ke placenta yang digunakan di dalam kosmetik diharamkan dalam Islam, walaupun ia menggunakan placenta (uri) dari lembu atau biri-biri? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Menurut Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia, penggunaan uri atau plasenta yang berasal dari haiwan yang halal dimakan dan disembelih untuk bahan kosmetik luaran dan ubat sapuan hukumnya mubah (dibenarkan). Namun, jika penggunaan plasenta berasal dari bangkai hewan halal (binatang yang mati tanpa disembelih atau disembelih dengan cara yang tidak sesuai dengan ketentuan syar’i) hukumnya haram. Hukumnya sama seperti penggunaan soft gel yang diperbuat dari …
Read More »Halalkah Produk Makanan Tambahan Yang Diambil Selepas Melahirkan Anak?
“Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak. Perlukah saya mengambil makanan tambahan untuk saya kerana saya meragui kebanyakan produk yang dijual di farmasi dan on line. Mohon pencerahan.” Sekiranya seorang ibu menjaga pemakanan yang baik dan seimbang, mengambil vitamin dan makanan tambahan mungkin tidak perlu. Walau bagaimanapun, dengan tuntutan dan tekanan hidup selepas melahirkan anak, ramai wanita yang tidak dapat memastikan pemakanan mereka benar-benar berkhasiat . Oleh itu, ramai wanita yang mengambil multivitamin dan makanan tambahan memastikan mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan. Namun begitu, harus berhati-hati kerana ada pengeluar multivitamin …
Read More »Hukum Gelatin dalam Ubat
Penggunaan gelatin telah digunakan begitu lama dan secara meluas dalam industri makanan, kecantikan dan perubatan. Di hospital dan klinik, gelatin digunakan dalam bentuk kapsul ubat dan kapsul lembut seperti yang kapsul minyak ikan dan extrak minyak zaitun. Sementara dalam industri makanan ia digunakan dalam penyediaan gula-gula, coklat, yogurt, keju, mentega, aiskrim, makanan pencuci mulut segera seperti agar-agar dan pudding, dan gula-gula getah. Isu utama di sini adalah bolehkan pesakit Muslim menggunakan ubat yang mengandungi kapsul yang diperbuat dari gelatin? Adakah ia halal? Kapsul ubat menggunakan gelatin yang dihasilkan dari proses pengasingan protein kolagen yang diambil dari tubuh haiwan. Protein kolagen …
Read More »Hati-hati dengan ubat dijual di jalanan yang ada steroid.
Kementerian Kesihatan Msia (KKM) mengharamkan ubat herba yang dijual secara meluas di toko-toko ubat yang mengandungi steroid. Antara tanda-tanda ubat itu mengandungi steroid ialah ubat itu dapat melegakan sakit-sakit sendi dan ketegangan otot serta merta. Setelah memakannya beberapa hari, berat badan bertambah dan muka menjadi tembam. Ia sangat bahaya pada ginjal dan menyebabkan tulang menjadi reput. Saya pernah melihat seorang wanita brumur 50an yang mengalami patah tulang punggung, hanya keraa jatuh dari kerusi yang dia duduki. Bila x ray dilakukan, dia diagnosa mengalami fracture of neck of femur akibat masalah osteophorosis dipercayai akibat mengambil ubat herba bagi mengurangkan sakit lutut. Ubat …
Read More »Hukum Mengambil Ubat Penahan Haid
Saya serba salah ketika memberikan ubat penahan haid kepada wanita yang mahu mengerjakan umrah di hujung Ramadhan. Beliau mahu terus kekal berpuasa di bulan Ramadhan dan menghidupkan malamnya. “Doktor, bolehkah saya dapatkan pil kerana saya mahu mengerjakan umrah tidak lama lagi. Kebetulan pula ia bertepatan dengan sepuluh hari terakhir Ramadhan” Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Islam adalah agama yang sederhana. Islam tidak pernah memaksa kita melakukan di luar keupayaan kita. Apatah lagi jika amalan-amalan itu berupa amalan yang tidak diwajibkan. Allah berfirman : “Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya..” (Surah Al-Baqarah: 286) Semoga kita tetap memperolehi pahala sepertimana …
Read More »