Tag Archives: fat burner

makan durian dengan selamat

MAKAN DURIAN DALAM KUANTITI KECIL Artikel di bawah adalah temubual wartawan Harian Kosmo bersama saya.     PESAKIT kronik seperti jantung dan ginjal disarankan makan durian dalam kuantiti satu atau dua sudu kecil sahaja.   MUSIM durian merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh Hartini @ Khaslin Dolah Mok Sim, 35, kerana ia merupakan buah kegemarannya sejak kecil.   Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Zubaidi Ahmad berkata, durian mempunyai kandungan karbohidrat (gula) yang tinggi.   Dua ulas biji durian mengandungi 60 hingga 80 kcal kalori yang bersamaan dengan setengah cawan nasi putih.   Kalori tersebut bergantung kepada jenis baka …

Read More »

VITAMIN E MEMBANTU KEROSAKAN PADA TULANG RAWAN SENDI LUTUT

Setakat hari ini, banyak kajian dan pembuktian bahawa vitamin C memainkan peranan yang besar dalam metabolisme dan juga penyembuhan tulang rawan (cartilage ) dan tisu penghubung (connective tissue) yang telah cedera. Namun begitu sekarang semakin banyak kajian dan pembuktian peranan vitamin E sebagai suplemen yang baik untuk merawat kecederaan lutut dan penyakit osteoarthritis. Ini bermakna kedua-dua vitamin ini membantu pesakit tersebut. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Rheumatism Disease (2009) membuat kesimpulan bahawa vitamin E memainkan peranan dalam penyembuhan kecederaan lutut atau mengurangkan kesakitan pada pesakit osteoarthritis. Rujuk: Sutipornpalangkul, Morales NP, Charoencholvanich K, Harnroongroj T. Lipid peroxidation, …

Read More »

Hamil Selepas Terlanjur dan Guna Postinor

HAMIL SELEPAS TERLANJUR DAN GUNA POSTINOR   Assalamualaikum dr, maaf jika mengganggu besar harapan saya sekiranya dr, dapat tolong saya. Saya berumur 29thn. Bakal berkahwin. Saya mengalami haid (pada jumlah yang sedikit memadai dengan mengenakan pantiliners) selama 1 bulan lebih sekitar Mac tahun ini. Saya telah mendapatkan rawatan doktor. Dan doktor memberi medroxyprogestrone acetate 5mg. Di ambil 2biji sehari 1kali makan untuk 3 kali kitaran haid. Kitaran pertama selama 21hari dengan ubat yang diberi penderahan berhenti dan saya haid pada 11/6 – 17/6. Pada 23/6 saya telah terlanjur (Mohon jasa baik doktor untuk tidak menilai dan menghukum, saya sedar kesalahan …

Read More »

KESAN PENYAKIT DIABETES PADA KESUBURAN LELAKI

Ramai yang mengetahui bahawa penyakit kencing manis atau diabetes mellitus adalah penyakit yang progresif (bermakna keadaannya akan menjadi semakin teruk jika tidak dikawal dengan baik). Ini kerana tahap gula yang tinggi akan merosakkan organ dalaman secara senyap dengan cara merosakkan saluran darah sehingga mengganggu bekalan darah ke organ penting itu. Ada dua mekanisme yang berlaku. Pertama, ia akan menyebabkan seorang lelaki itu akan mengalami mati pucuk (atau Erection Dysfunction) setelah 5-10 tahun mengalami diabetes. Kedua, banyak kajian juga menunjukkan tahap gula yang tinggi menyebabkan kerosakan DNA pada sperma. Jadi bagaimana pesakit diabetes dapat menghasilkan kualiti sperma yang baik? Sudah tentulah …

Read More »

pergerakan sperma mempengaruhi persenyawaan

PERGERAKAN SPERMA MEMPENGARUHI PERSENYAWAAN YANG MENGHASILKAN JANIN     Sperma adalah benih lelaki yang bergerak (berenang) menuju benih perempuan (ovum). Oleh itu cara sperma berenang akan mempengaruhi sama ada persenyawaan akan berlaku atau tidak. Jadi bukan saja bilangan sperma yang sedikit menjadi masalah, tetapi juga pergerakan sperma juga amat penting. Sperma boleh berenang ke hadapan, atau berenang secara lambat, atau berenang berpusing-pusing (tidak dalam garis lurus) atau tidak bergerak langsung. Hanya sperma yang bergerak ke hadapan dengan kadar yang laju saja akan dapat bertemu dengan ovum. Oleh itu pergerakan sperma dapat dikelaskan kepada beberapa kategori. Kelas A: sperma yang berenang …

Read More »

bacaan sel darah putih tinggi

BACAAN SEL DARAH MERAH TINGGI         Assalamualaikum doc yang dihormati. Saya skrg ditahan di hospital kerana sel darah putih mencecah 100 yang asal normalnya 8-10. Skrg untuk langkah seterusnya saya dinasihati untuk menjalani mengambil sumsum tulang untuk pastikan adakah saya menghidap kanser darah. Perasaan Saya sekarang buntu sedih kosong. Saya baru bersalin lapan bulan yang dan anak saya full bf.Tolong nasihatkan saya.     WALAIKUMUSALAM.     1. Saya percaya puan akan dirawat dengan baik di hospital.     2. Bacaan sel darah merah mencecah 100 ribu adalah bacaan yang agak tinggi. Sementara bacaan 100 sahaja adalah …

Read More »

Ditinggal Suami Tetapi Hamil

DITINGGALKAN SUAMI TAPI HAMIL   SALAM DOKTOR, saya mau tanya, kalau sorang perempuan ditinggal suami selama 5 bulan wajar ke kalau sekarang dia hamil 1 bulan. Terima kasih.     SALAM.   Kehamilan berlaku akibat persenyawaan antara benih lelaki (sperma) dengan benih perempuan (ovum) akibat persetubuhan.   Jadi walaupun tinggal berjauhan, jika berlakunya persetubuhan, kemungkinan seorang wanita akan hamil.   Namun begitu, jangan cepat menuduh seorang wanita itu hamil tanpa ada bukti yang kukuh.   Tidak datang haid, tidak bermakna seorang wanita itu sedang hamil.   Buatlah pemeriksaan doktor.   Semoga bermanfaat.

Read More »

Makan antibiotik ceferoxime ketika hamil

MAKAN ANTIBIOTIK CEFUROXIME KETIKA HAMIL       Assalamualaikum Dr. Saya mahu bertanya, bolehkah saya mengambil ubat antibiotik cefuroxime ketika hamil. Malam tadi saya ada bleeding, pagi nya saya ke hospital. Doktor bagi ubat ini untuk kuatkan fetus. Sewaktu pemeriksaa, doktor dapati ada kemerahan dekat dalam vagina. Selamatkah ubat ini dimakan? Terima kasih.   WALAIKUMUSALAM   1. Doktor tidak berikan antibiotik untuk kuatkan fetus.   2. Mungkin ada salah faham mengenai rawatan puan.   3. Cefuroxime adalah antibiotik yang berada dalam kategori B di bawah kawalan FDA. Ini bermakna ia selamat digunakan oleh wanita yang hamil.   4. Namun ia …

Read More »

UMUR MUDA TAPI KITARAN HAID TIDAK MENENTU

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Terima kasih diatas kesudian doktor membaca e-mail saya. Tujuan saya menghantarkan e-mail ini adalah untuk meminta nasihat mengenai masalah kitaran haid saya.   Saya mengalami masalah kitaran haid tidak menentu sejak berumur 18 tahun dan kini saya sudah pun berumur 36 tahun. Pada awalnya kitaran haid saya 2 bulan sekali. Kemudian naik 6 bulan sekali dan begitulah seterusnya. Jarak kita haid saya semakin lama semakin tidak menentu. Kini saya sudah tak ingat bila kali terakhir saya datang haid. 5 tahun lepas mungkin.   Saya sudah rujuk beberapa kali dengan beberapa orang doktor dan memaklumkan kepada mereka tentang …

Read More »

Psoriasis dan VCO

PSORIASIS DAN MINYAK KELAPA DARA     Asssalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Ahmad berumur 30an tahun dan penghidap penyakit psoriasis.  Sehingga sekarang saya belum tahu apa punca utama sebab baru-baru ini dalam masa sebulan saja (april & may 2018) ia menyerang seluruh badan. Dari bangku sekolah saya ada masalah kelemumur di kepala yang tidak penah sembuh sampai sekarang, dan 6-7 tahun lepas ada psoriasis di betis (pada mulanya saya ingatkan penyakit kurap). Sebelum ini saya ada ambil ubat sapu di klinik pakar kulit (mungkin steroid) tapi ianya bersifat sementara malah naik balik lagi banyak di badan. Sehingga sekarang saya cuma amal …

Read More »

rasa sakit pada jahitan episiotomy

RASA SAKIT PADA JAHITAN EPISIOTOMY       “Assalamualaikum Dr Zubaidi, saya  ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak saya pada 31hb yg lalu. Pada hari ke 4, terasa sakit yang amat ketika duduk dan berjalan. Rupa-rupanya, ada benang jahitan yang dimatikan terlalu panjang hingga menyucuk tisu faraj saya dan ianya amat menyakitkan. Boleh saya meminta doctor di klinik untuk memotong lebihan benang tersebut? Terima kasih”   WA’ALAIKUMMUSSALAM   Jika ketidakselesaan atau rasa sakit disebabkan oleh tusukan benang yang berlebihan, maka cara yang terbaik ialah meminta doktor yang merawat puan memotong pendek benang yang berlebihan.   Jangan risau jahitan akan terlerai. …

Read More »

Apa Itu Lemak Trans (Trans Fat) dan Kenapa Berbahaya kepada Tubuh?

    APAKAH ITU TRANSFAT?   Asid lemak mempunyai dua jenis, iaitu lemak tepu (saturated fatty asid) dan satu lagi lemak tidak tepu (unsaturated fatty asid). Beza antara lemak tepu dengan lemak tidak tepu adalah dalam lemak tidak tepu mempunyai ikatan “double bound” antara atom-atom karbon.   Jika terdapat banyak ikatan “double bond” dalam molekul lemak, ia dinamakan lemak tidak tepu poli. (Polyunsaturated fatty acid). Jika hanya satu ikatan ”double bond” ia dinamakan lemak tidak tepu mono. (Monounsaturated fatty asid).   Secara amnya terdapat dua jenis trans fats yang boleh didapati dalam makanan. Satu yang berlaku secara natural (natural trans …

Read More »

Pendarahan yang tidak normal

PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL.     “ Assalamualaikum doktor. Saya berumur 36tahun dan mempunyai 5 org anak. Saya sudah ikat peranakan. Sejak dari awal tahun ini, haid saya semakin panjang. Biasa 8-9 hari saja tetapi sekarang 10-14 hari baru betul-betul kering.   Saya ada berjumpa doctor pakar, dan beliau memberikan saya ubat hormon sonulut selama 3bulan. Dengan ubat itu kitaran haid saya setiap buln seperti tetapi masih 9-10 hari baru benar-benar kering.  Sekarang saya sudah berhenti mengambil ubat hormon (atas arahan doktor) untuk tengok dalam satu dua bulan ni adakah haid saya kembali normal macam biasa.   Bulan ini, 3-4hari …

Read More »

sembelit tanda kanser usus?

SEMBELIT: ADAKAH IA TANDA KANSER USUS BESAR? RADIO BERNAMA- 16 NOV 2017   Ramai yang mengalami masalah sukar untuk buang air besar pada waktu pagi. Ada pula yang tidak rasa langsung untuk buang air besar beberapa hari. Adakah ini sembelit? Sembelit adalah masalah yang biasa kita alami. Ia juga antara punca kita berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan atau ke farmasi untuk mendapatkan ubat bagi melegakan masalah ini. Kadang kala kita tidak peduli pun kalau beberapa hari kita tidak buang air besar. Namun selalunya kita mula merasakan ia menjadi satu masalah apabila kita menjadi tidak selesa. Perut kita menjadi kembung, atau …

Read More »

Halia Herba Nusantara yang Bermanfaat

HALIA  HERBA NUSANTARA YANG BERMANFAAT Siaran  Salam FM,  pada 11  Nov 2017 Kita ketahui halia sebagai bahan dalam masakan dan ia juga digunakan sebagai ubat-ubatan dalam perubatan lama. Jadi apa sebenarnya halia ini? Halia atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai ginger atau dalam bahasa botaninya sebagai Zingiber officinale adalah tumbuhan renek yang berbunga yang mana akarnya (atau disebut rhizome) digunakan secara meluas sebagai perencah dalam masakan dan digunakan sebagai ubat. Ia adalah tumbuhan yang tidak hidup lama, mempunyai daun hijau dan berbunga kuning. Halia adalah sebahagian ‘adik beradik” atau satu keluarga besar Zingiberaceae, termasuk kunyit  (turmeric  atau curcuma longa),  pelage …

Read More »

penyakit bawaan air banjir

PENYAKIT BAWAAN AIR BANJIR 9 Nov 2017 RADIO BERNAMA     Ramai orang, terutama kanak-kanak tidak menyedari bahawa air banjir adalah air yang yg kotor. Mereka menjadikan spt pesta mandian. Selain boleh menyebabkan kematian akibat lemas, bagaimana air banjir ini berbahaya kpd kesihatan?   Air adalah komponen penting dalam kehidupan manusia. Apabila berlaku pencemaran air, terutama ketika banjir, ia memberikan kesan yang besar kepada kesihatan.   Ramai yang tidak menyedari, terutama kanak-kanak, apabila berlakunya banjir, air yang naik ke jalan-jalan raya dan air yang masuk ke rumah mereka adalah air yang kotor dan tercemar.   Air banjir mungkin akan menyebabkan …

Read More »

pengamalan kurma membantu proses kelahiran

PENGAMALAN KURMA MEMBANTU PROSES KELAHIRAN       Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) ditulis pada 3 Nov 2017   Apakah khasiat pemakanan yang ada dalam sebiji kurma? Kurma adalah antara makanan buah yang sangat kaya dengan pelbagai nutrient. Ia kaya dengan gula sebanyak 80% dan selebihnya adalah protein, fiber, dan mineral yang penting seperti kalsium, iron, magnesium, manganese, potassium, sodium, phosphorus,  selenium, dan zinc.   Dalam 100g kurma mengandungi  282 kcal yang terdiri dari karbohidrat 75g, lemak baik 0.4g dan protein 2.45g.   Kurma mempunyai indeks glisemik yang sederhana, bergantung kepada jenis kurma. …

Read More »

pengambilan pil ectasy sebagai fat burner

PENGAMBILAN PIL ECTASY SEBAGAI FAT BURNER   Berikut adalah temubual saya dengan Puan Rabi’atul A’dawiyah, wartawan Harian Metro 19 October 2017         Adakah dakwaan pengamal pil ekstasi sebagai fat bunner ini benar? Secara amnya, penurunan berat badan berkait rapat dengan pengambilan makanan dan pembakaran tenaga yang kita ambil dalam makanan. Selalu kita sebut ‘calories in and calories out’. Semakin kita banyak makanan dan tidak banyak melakukan pergerakan, lebih mudah kita mengumpul lemak dan meningkatkan berat badan. Jika kita kurang makan dan banyak bergerak, maka dengan mudah kita mengurangkan berat badan. Oleh itu orang yang menjaga pemakanan (kurang …

Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …

Read More »
error: Content is protected !!