Advertorial
Home » Tag Archives: Ektrak Kacip Fatimah

Tag Archives: Ektrak Kacip Fatimah

Krim Dermovate tidak sesuai untuk wanita hamil

  Salam doktor, saya hamil 31minggu dan mengalami dermatitis sejak umur 20tahun. Saya mendapati bahawa ubat krim paling berkesan untuk saya guna adalah kream Dermovate. Sekarang saya di UK dan kream itu tidak boleh dibeli di farmasi kerana memerlukan preskripsi doctor. Mohon penjelasan.     Wa alaikum mus salam. Bahan aktif dalam kream Dermovate adalah clobetosol propionate iaitu sejenis steroid yang agak kuat.   Ia selalu digunakan untuk meredakan masalah kekeringan kulit akibat penyakit eczema, psoriasis dan dermatitis. Kream Dermovate sangat berkesan untuk mengurangkan bengkakan, kegatalan dan keradangan pada kulit.   Sayangnya kream ini tidak sesuai untuk wanita hamil dan kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah. Jadi ia memerlukan preskripsi doctor untuk memantau penggunaannya.   Untuk wanita hamil dan kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah, saya cadang gunakan ... Read More »

Punca saluran fallopian tersumbat

  Dua punca utama berlakunya sumbatan saluran fallopian.   Pertama,  ialah jangkitan kuman samada bakteria, virus, kulat atau trichomonas.   Jangkitan ini lebih sering berlaku pada wanita berbadan besar, pesakit kencing manis, wanita yang memakai alat IUD, wanita yang lepas keguguran atau pesakit yang mengalami daya ketahanan tubuh yang rendah seperti pesakit autoimmune atau kanser.   Tanda-tanda jangkitan pada rahem dan organ reproduktif ialah keluaran keputihan yang berwarna kuning atau hijau dan berbau, serta merasa gatal.   Kuman akan naik kedalam rahim dan terus masuk saluran fallopian dan menyebabkan sumbatan.   Punca kedua ialah penyakit endometriosis, yang disebabkan darah haid yang masuk semula ke dalam rahem dan melalui saluran fallopian pergi ke belakang rahim.   Darah haid yang mengandungi darah tisu endometrium, toksin dan kuman2 menyebabkan reaksi radangan yang teruk ... Read More »

Sakit Pada Luka Lama

“Asalamualaikum doktor saya nak bertanya ,  saya melahirkan anak yang ke 4 melalui pembedahan. Walaupn sudah  masuk 4 tahun kalau sya buat angkat berat2 atau buat keja kasar,  tempat pembedahan itu ade rasemacam menggigit-gigit, ngilu dan pedih . Adakah ia normal?” Jawapan: Wa alaikum mus salam. Puan merasa tidak selesa pada luka pembedahan, kerana luka puan belum benar-benar sembuh atau parut  puan tidak berapa kuat menyambungkan dua bahagian yang dipotong ketika pembedahan. Antara punca-puncanya ialah : Setiap wanita mengalami proses penyembuhan yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Jika pesakit mengalami penyakit kronik seperti diabetes atau berat badan berlebihan, proses penyembuhan akan menjadi lambat. Teknik jahitan yang dilakukan. Jika teknik jahit itu kemas dan tidak tergesa-gesa, proses penyembuhan akan berlangsung dengan cepat. Jenis tali jahitan yang digunakan. Bergantung ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!