Advertorial
Home » Tag Archives: ‘cerebral palsy’

Tag Archives: ‘cerebral palsy’

Langkah-langkah mudah memandikan bayi yang baru lahir

LANGKAH-LANGKAH MUDAH MEMANDIKAN BAYI   “Salam doktor. Saya baru melahirkan anak sulong 3 hari lepas secara normal. Saya telah kematian ibu tahun lepas, jadi saya bersendirian menjaga anak, dan suami saya sudah kembali bekerja. Ibu mertua saya menjaga suaminya yang menghidap stroke. Mohon doktor mengajar saya memandikan bayi sulong saya dengan cara yang betul. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah yang biasa dihadapi oleh ibubapa muda yang pertama kali memandikan bayi mereka ialah perasaan takut dan tidak yakin untuk memandikan bayi mereka yang bertubuh kecil.   Mereka bimbang akan mencederakan bayi mereka ketika membersihkan tubuh bayi atau bayi yang ... Read More »

Asid Folik untuk Lelaki

ASID  FOLIC  UNTUK  LELAKI “Salam doktor. Asid folik boleh dimakankah oleh lelaki? “ WA ALAIKUM MUS SALAM. Asid folik boleh diambil dan diamalkan oleh lelaki dan perempuan, yang sudah berkahwin dan yang belum berkahwin. Folic acid adalah sebahagian dari vitamin yang diperlukan dalam badan. Ia dibekalkan dalam bentuk pil untuk individu yang mungkin mengalami masalah kesihatan. Ini kerana asid folik sangat penting dalam membantu tubuh menghasilkan membuat sel-sel darah merah yang baru. Sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh bahagian badan. Tanpa sel-sel darah merah ini, seseorang individu itu mungkin mengalami rasa cepat penat ... Read More »

Lemah tenaga batin yang boleh dirawat

LEMAH TENAGA BATIN YANG BOLEH DIRAWAT “Salam doctor, bolehkah mati pucuk atau lemah tenaga batin boleh dirawat? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.   Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotens'”‘ dalam istilah perubatan.   Ada sesetengah masalah lemah tenaga batin ini boleh dirawat, kerana ia hanya melibatkan psikologi saja. Ia berlaku terutamanya dalam golongan muda.   Secara umum, lemah tenaga batin masih ada peluang dirawat jika lelaki ... Read More »

Episiotomy semakin berkurangan

EPISIOTOMY SEMAKIN BERKURANGAN “Salam doctor. Saya pelatih bidan dan merupakan seorang jururawat terlatih. Saya ingin bertanya benarkah prosedur episiotomy tidak lagi dilakukan secara rutin. Mohon penecerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ya benar, keadah episotomy sudah tidak lagi dilakukan secara rutin, terutamanya di negara-negara maju seperti US dan Britain.   Kaedah episiotomi di Amerika Syarikat  telah semakin menurun dengan ketara sejak 7 tahun lalu, menurut satu kajian baru.   Satu episiotomi adalah luka pembedahanyang dilakukan dengan sengaja oleh bidan atau doctor yang menyambut kelahirkan bayi, pada kawasan otot di antara vagina (faraj) dan dubur (kawasan ini dipanggil perineum) ... Read More »

Mengalami sakit kepala, loya, pedih hulu hati, sakit perut dan berat badan menyusut dalam masa 2 minggu

MENGALAMI SAKIT KEPALA, LOYA, PEDIH HULU HATI,  SAKIT PERUT DAN BERAT BADAN MENYUSUT 2 KG DALAM MASA 2 MINGGU     “Assalammualaikum Dr.  Saya ingin bertanya kepada doctor, isteri saya baru sahaja mengalami haid pada 28.12.2014.  Pada 09.01.2015 sehingga la kini dia mengalami loya, sakit kepala, pedih hulu hati dan sakit perut  seperti mahu haid.  Sejak 09.01.2015 dia kurang selera makan dan kini beratnya turun sebanyak 2kg.  Pada 14.01.2015 dia beritahu saya ada keputihan berlaku.  Dalam keadaan dan situasi ini,apa sedang berlaku terhadap isteri saya.  Saya mohon Dr dapat membantu.  Maklum balas dari doctor  saya dahului dgn jutaan terima kasih. ... Read More »

Kesan pengambilan serat tinggi terhadap penyerapan gula untuk pesakit diabetes

KESAN PENGAMBILAN SERAT TINGGI TERHADAP PENYERAPAN GULA UNTUK PESAKIT DIABETES “Salam doctor. Saya pesakit diabetes. Bolehkah saya mengambil buah-buahan kerana buah-buah pun manis” WA ALAIKUM MUS SALAM Dulu  pesakit  diabetes dilarang  sama sekali untuk mengambil makanan manis. Namun sekarang pesakit dibenarkan mengambil makanan yang manis  daripada makanan yang mempunyai serat yang banyak kerana ramai pakar pemakanan baru memahami konsep baru dalam pemakanan. Untuk memahami konsep ini, cuba kita diabetes telah mula berubah selari dengan pengetahuan tentang INDEKS GLISEMIK (GI). Indeks glisemik adalah satu ukuran tentang kadar cepat atau lambat penyerapan gula yang telah dicernakan dalam usus untuk diserap  masuk ke ... Read More »

Kencing kotor ketika hamil, pendarahan dan sakit pinggang

KENCING KOTOR KETIKA HAMIL, PENDARAHAN DAN  SAKIT PINGGANG “Assalamualaikum dr.  Saya ada terbaca blog dr mengenai masalah kencing kotor dan saya ingin pencerahan lebih lanjut mengenai masalah saya..   1- Saya merupakan pelajar di luar negara timur. Kini isteri saya hamil dua minggu.. Dalam minggu ini beliau kerap kali mengadu bahawa beliau sakit pinggang dan kerap kencing dan juga muntah2.  Baru sebentar tadi beliau dapati bahawa terdapat sedikit pendarahan.  Kemudian saya terus bawa ke klinik..   2- Hasil ujian makmal mendapati bahawa beliau ada kuman  pada air kencing dan puratanya ‘4-6’.  (Saya juga xberapa faham kerana tiada penerangan dari dr ... Read More »

Makan Pil Perancang Selepas Hubungan Intim

MAKAN PIL PERANCANG SELEPAS HUBUNGAN INTIM “SALAM Dr Zubaidi, Minta maaf mengganggu. Saya ingin bertanya,  saya dan isteri melakukan hubungan intim pada lima hari lepas,  dan melakukan pancutan dalam rahim. Tetapi pada hari khamis selepas itu isteri saya makan pil perancang, dengan harapan tidak mahu hamil. Adakah berkesan cara begitu?  Saya mengharap jawapan doktor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pil perancang yang biasa digunakan, biasanya diambil beberapa hari sebelum seorang wanita bersih dari haid.   Ini kerana selalunya pil perancang ini mengambil sekurang-kurangnya dua hari untuk ‘masuk ke dalam badan’ dan berkesan untuk  mencegah kehamilan. Jika ia diambil selepas ... Read More »

Pemeriksaan gigi, ubat bius, xray dan cabut gigi semasa

PEMERIKSAAN GIGI, UBAT BIUS, XRAY  DAN CABUT GIGI SEMASA HAMIL     “Assalammualaikum Doctor, hanya Allah sahaja dapat membalas kebajikan Doc dan moga dipermudahkan urusan seharian dan moga diberkati. Saya adalah follower FB Doc sejak tahun kebelakangan lagi. Saya ingin menanyakan soalan kepada doc jika tak keberatan. Saya baru disahkan mengandung pada semalam di mana usia kehamilan sekitar 6 minggu. Soalan saya adalah di dalam masa 6 minggu ini (sebelum tahu saya hamil) saya ada mencabut gigi di klinik,   Sekarang yang menjadi persoalan dan merisaukan saya adalah adakah ubat bius yang digunakan untuk mencabut gigi bahaya untuk kandungan walaupun ... Read More »

Sakit pinggang, sakit tengkuk dan masalah ereksi

SAKIT PINGGANG, SAKIT TENGKUK DAN MASALAH EREKSI   “Assalamualaikum dr. Saya berumur 32 tahun. Sejak 2 minggu yang lalu saya mengalami suatu yg amat menggusarkan saya iaitu saya mengalami sakit di bahagian pinggang, tengkuk dan tahap ereksi yang menurun begitu mendadak sekali. Dan saat kemuncak permasalahan ini ialah apabila saya tidak mampu menegangkn zakar saya ketika hendak bersama isteri saya. Adakah sy mengalami masalah mati pucuk atau saya mengalami masalah kesihatan yang lain. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Terlalu sukar untuk saya mengagak masalah yang saudara hadapi kerana banyak maklumat yang tidak diberitahu.   Jika ... Read More »

Rahem Jatuh Selepas Melahirkan Anak Pertama

RAHEM JATUH SELEPAS MELAHIRKAN ANAK PERTAMA   “Asalamualaikum. Saya berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak pertama yang sekarang berusia baru 3 bulan.  Saya mengalami masalah sakit pada pangkal rahim. Dalam tempoh pantang, saya sudah urut banyak kali dan sekarang saya masih rasa pangkal serviks berada di dalam faraj. Apa yang perlu saya lakukan doktor? Adakah alat yang boleh dipakai untuk menahan pangkal serviks daripada turun ke dalam faraj?” WA ALAIKUM MUS SALAM Agak sukar saya mendiagnosa puan mengalami “jatuh rahem” kerana saya tidak memeriksa keadaan puan. Jarang wanita yang muda dan baru melahirkan seorang anak mengalami “jatuh rahem” atau ... Read More »

Rahem Jatuh

RAHEM JATUH (PROLAPSE RAHEM)   “Nenek saya berusia 70 tahun. Dia tidak mengalami penyakit kronik. Dalam beberapa bulan kebelakangan, beliau perasan ada ketulan keluar dari faraj. Mulanya kecil dan jika dia berbaring ketulan tersebut hilang. Ketulan ini lebih ketara semasa mencangkung untuk buang air besar tetapi tidak sakit. Masalahnya, kadang-kala dia berasa tidak selesa atau ngilu pada bahagian belakang. Mulanya, dia berasa amat malu untuk memberitahu kami masalah yang dialaminya. Dalam seminggu dua ini, ketulan tersebut tidak masuk semula ke dalam faraj. Ini membuatkan nenek berasa tidak selesa sebab ketulan itu berada di antara celah peha. Dia perasan ada sedikit ... Read More »

Serangan sakit jantung secara senyap

SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP “Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya.   Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ... Read More »

Datuk ada diabetes luka di kaki semasa banjir

DATUK ADA DIABETES LUKA DI KAKI SEMASA BANJIR       “Salam doctor, baru-baru ini datuk saya berusia 67 tahun pesakit, semasa banjir tempuhari dia telah mengharung air banjir dan terpijak benda tajam. Beberapa hari selepas itu, beliau pengsan dan dimasukkan ke dalam wad. Lukanya masih belum sembuh, malah belum kering. Doktor mengatakan datuk saya dijangkiti kuman yang menyebabkan penyakit melioidosis. Adakah ia berbahaya, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Antara  risiko penyakit berjangkit akibat bencana banjir yang melanda Negara (Dec 2014-Jan 2015) ini adalah penyakit melioidosis disebabkan bakteria Burkholderia pseudomallei yang boleh dijumpai di sumber air dan tanah ... Read More »

Amalan menyusukan anak ketika hamil

AMALAN MENYUSUKAN ANAK KETIKA HAMIL     “Salam doktor. Saya sedang hamil 12 minggu dan masih menyusukan anak. Ibu saya melarang saya memberikan susu pada bayi saya yang berumur 8 bulan ini kerana dikhuatiri keguguran. Adakah itu benar, doktor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak nasihat dari orang tua-tua yang hanya berdasarkan pengalaman dan logik akal  saja. Anataranya mereka menyuruh dihentikan penyusuan pada bayi yang sedang menyusu ketika ibu sedang hamil seorang bayi lagi. Namun sebenarnya wanita yang hamil boleh menyusukan anak mereka dan ia adalah selamat dan bagus untuk bayi yang sedang menyusu. Penyusuan tidak akan menyebabkan ... Read More »

129 produk kesihatan dikesan ada bahan terlarang

129 PRODUK KESIHATAN DIKESAN ADA BAHAN TERLARANG Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menasihatkan orang ramai agar tidak membeli atau menggunakan 129 produk kesihatan dan kecantikan yang dikesan mengandungi bahan terlarang termasuk racun terkawal. Produk tersebut termasuk 357 Nasal Spray, Acai Berry ABC, Atika Beauty Renewal Cream, Bio Dream Gold, Lami, Kopi Pahlawan, Maajun Tenaga Herba-Ubi Jaga, Natasya Krim Herba, Tia Amelia Krim Jaragat dan Tri-Max. Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata senarai penuh produk berkenaan boleh dilihat di laman sesawang Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),www.pharmacy.gov.my. “Sebanyak 55 peratus daripada produk tersebut adalah kategori makanan, 32 peratus ... Read More »

3 produk kesihatan tradisional dikesan beracun

3 PRODUK KESIHATAN TRADISIONAL DIKESAN BERACUN    Tiga produk kesihatan tradisional dalam pasaran dikesan mengandungi bahan racun berjadual dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Produk berkenaan termasuk Li Long Mei Guo Mo Bang dan Africa Black Ant yang mengandungi bahan racun berjadual sildenafil dan Ginseng Tu Chong Wan Lin Heong yang mengandungi dexamethasone. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata pengambilan sindenafil melalui produk berkenaan menyebabkan pesakit mengalami kesan sampingan seperti sakit bahagian dada, sesak nafas, serangan jantung dan angin ahmar. Katanya, pengambilan dexamethasone pula menyebabkan pesakit mengalami sindrom Cushing iaitu muka membulat, peningkatan berat badan mendadak, ... Read More »

Tanda seorang wanita mengalami endometriosis

TANDA SEORANG WANITA MENGALAMI ENDOMETRIOSIS     “Salam doctor, boleh beritahu saya tanda-tanda seseorang itu mungkin mengalami masalah endometriosis?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang  belum dikenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Terdapat teori yang memberikan penjelasan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahem melalui faraj, telah berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium, masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen).   Ini  menyebabkan membesar saiznya dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen.   Tanda-tanda seorang wanita itu mungkin mengalami endometriosis ialah apabila ... Read More »

Anak berusia sebulan masih kekuningan (jaundice)

ANAK BERUSIA SEBULAN MASIH KEKUNINGAN (JAUNDICE)   “Salam doctor, saya ingin bertanya adakah normal bagi bayi yg usianya sudah sebulan masih ade kuning di mata dan badannya, saya risau sebab kulit dan mata anak saya masih lagi nampak kuning, dan warna najisnya pun kuning, adakah itu normal, mohon penjelasan doktor secepat mungkin. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan bayi yang dilahirkan secara matang (cukup bulan) mengalami masalah kekuningan pada tubuh mereka. Ia dikenali sebagai sebagai penyakit kuning atau jaundice.   Kekuningan ini amat jelas selepas berumur seminggu dan perlahan-lahan akan berkurangan. Ia adalah proses yang normal. Malah ... Read More »

Punca Pendarahan Ketika Hamil

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut. Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan. Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya ke ... Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. ... Read More »

Doktor, betul ke anak saya juling?

    “Assalamu alaikum, doctor. Saya mempunyai seorang anak yang berumur 4 bulan dan dilahirkan secara pramatang pada usia kehamilan 34 minggu. Ketika usianya mencecah 3 bulan, saya mendapat pandangan matanya tidak selari. Adakah anak saya juling?”   Wa alaikum mus salam.   Terima kasih kerana bertanya. Saya menasihati puan agar jangan risau terhadap pemandangan mata anak puan yang tidak selari itu, kecuali jika anak puan telah berusia 6 bulan.   Masalah penglihatan yang tidak selari ini tiada kena mengena dengan kelahiran pramatang. Ia berlaku hampir pada semua bayi yang lahir berumur 6 bulan ke bawah, sama ada cukup tempuh ... Read More »

Penjagaan Gigi Semasa Hamil

“Doktor, saya sedang hamil. Saya mendengar dari kawan-kawan, bahawa pemeriksaan gigi tidak boleh dilakukan semasa hamil. Saya bimbang dengan ubat bius dan ubat penahan sakit yang diberikan. Harap doktor dapat memberikan komen” Saya sering mendapat pertanyaan-pertanyaan sebegini. Banyak informasi yang salah dan ada kalanya mengelirukan kerana mendengar kata kawan-kawan. Saya cuba menjernihkan kekeliruan ini dengan memberikan penerangan dalam blog ini, semoga ianya bermanfaat. Ramai wanita yang hamil mempunyai masalah gusi dan gigi kerana gusi mereka mudah menjadi bengkak, mudah berdarah dan makanan yang dimakan mudah terselit di antara gigi dan gusi. Ini semua disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Oleh ... Read More »

Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda

“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat ... Read More »

Bahaya Kencing Kotor Bagi Ibu Hamil

BAHAYA KENCING KOTOR BAGI IBU HAMIL Pada hari itu, Pusat Kesihatan Ibu dan Anak yang merawat dan menyaring ibu yang hamil bermasalah, penuh. Dari tempat parking kereta, ruang menunggu, ruang farmasi sehingga ke toilet, semuanya penuh sesak.   Para ibu beratur di pintu toilet menunggu giliran mereka untuk kencing dalam bekas urine container. Air kencing kemudiannya di hantar ke makmal kecil untuk pemeriksaan sebelum dipanggil oleh doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. ”Apa pasal doktor ni menyusahkan kita? Kalau tak periksa air kencing, tak boleh ke? Ini nak masuk toilet pun beratur macam anak itik” rungut seorang ibu muda. “Alah ikut je ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!