Advertorial
Home » Tag Archives: bedah

Tag Archives: bedah

Risiko bius pengsan untuk pembedahan di kalangan kanak-kanak/bayi

RISIKO BIUS PENGSAN UNTUK PEMBEDAHAN DI KALANGAN KANAK-KANAK/BAYI   “Salam doctor. Anak saya berusia 8 tahun akan menjalani pembedahan pembuangan tonsil. Doktor beritahu anak saya akan diberikan bius pengsan. Adakah ia akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan anak saya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya memahami perasaan puan, kerana sebagai ibubapa tentu merasa resah apabila melihat anak mereka akan menjalani pembedahan.   Oleh kerana bayi dan kanak-kanak mempunyai tubuh yang kecil, maka ubat bius yang akan diberikan mengikut nisbah berat badan mereka.  Oleh itu sebelum melakukan apa-apa pembedahan, doctor akan memeriksa bayi dan kanak-kanak ini bagi meneliti sejarah kesihatan mereka dahulu.   Risiko untuk mendapat kemudaratan bius pengsan (general anaesthesia) untuk pembedahan bagi kanak-kanak/bayi adalah rendah.  Cuma kesan sampingan yang ringan, mungkin berlaku, itu pun ... Read More »

Risiko bius pengsan kepada ibu dan janin dalam rahem

RISIKO BIUS PENGSAN KEPADA IBU DAN JANIN DALAM RAHEM?       “Salam doctor. Saya akan menjalani pembedahan tidak lama lagi. Adakah pembedahan dan penggunaan ubat bius akan memberik kesan pada janin saya ? Saya baru hamil 12 minggu? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Secara amnya doktor akan untuk menunggu sehingga selepas kelahiran bayi sebelum menjalankan apa-apa pembedahan yang tidak mendesak.   Doktor pakar bedah akan melakukan pembedahan kepada wanita hamil hanya jika keadaan mereka keadaan mereka sangat serius dan boleh mengancam nyawa ibu, jika pembedahan tidak dilakukan pada masa itu. Contoh penyakit itu ialah appendicits, patah tulang akibat kemalangan jalan raya, atau kanser.   Kesan dan risiko kemudaratan ibu yang hamil dan bayi dalam rahem, yang melakukan pembedahan, sebenarnya adalah gabungan kesan anesthesia dan ... Read More »

Doktor juga boleh keliru apabila buah zakar anak tersimpul dan membengkak

DOKTOR JUGA BOLEH TERKELIRU APABILA BUAH ZAKAR ANAK TERSIMPUL DAN MEMBENGKAK     Antara cabaran yang besar bagi seorang doctor ialah mendiagnosa masalah yang dihadapi oleh pesakit. Cabaran ini sama besarnya dengan memberikan rawatan yang terbaik bagi pesakit.   Mendiagnosa pesakit bukanlah mudah. Ia tidak semudah seperti seorang bomoh yang ‘mendiagnosa’ pesakitnya hanya dengan melihat air dalam mangkuk.   Walaupun doctor telah melakukan pelbagai pemeriksaan, sama ada fizikal, xray atau pemeriksaan darah, dalam kebanyakkan keadaan semua keputusan itu umpama, cebisan ‘puzzle’ yang harus dicantumkan sebelum mejadi suatu lukisan yang lebih besar.   Semakin besar lukisan itu, semakin sukar untuk meneka apakah lukisan tersebut, terutama jika kita hanya mempunyai beberapa kepingan ‘puzzle’. Malah ada kalanya, hasil pemeriksaan yang dilakukan itu telah memberikan arah yang salah.   Diagnosa yang tepat dan berkesan ... Read More »

Darah Tinggi Semasa Hamil

“Salam sejahtera doktor saya ingin bertanya jika menghidap tekanan darah tinggi apakah risikonya pada bayi dan juga ibunya. Terima kasih doktor”. Salam sejahtera. Saya bersimpati dengan puan, jika puan mengalami masalah ini. Banyaklah berdoa, insya ALLAH akan akan permudahkan kehamilan puan. Ada wanita yang mengalami penyakit darah tinggi sebelum beliau hamil lagi. Penyakit ini akan menjadi lebih teruk sewaktu hamil dan akan memberikan pemantauan yang lebih yang teliti apabila mereka mula memasuki trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang selamat digunakan semasa hamil. Ada pula wanita yang mengalami tekanan darah tinggi apabila mula hamil yang selalunya berlaku selepas kehamilan berusia 20 minggu. Ia terjadi cuma semasa hamil dan hilang sebaik sahaja wanita melahirkan. Selalunya doctor akan memberikan ubat untuk mengawal tekanan darah mereka. Namun jika tekanan darah tidak terkawal, ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!