Tag Archives: bacaan

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran …

Read More »

Pelembap penting untuk kulit eczema

    “Salam doctor, saya mula mengalami penyakit kulit, iaitu kulit saya menjadi kering dan gatal pada lipatan siku dan lutut. Ia mula menjadi teruk apabila saya mengambil makanan laut dan telur. Doktor hanya memberikan kream kurangkan gatal. Adakah kream ini berkesan, doctor?”     Wa alaikum mus salam.   Saya percaya puan mungkin sedang mengalami penyakit eczema.   Eczema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami radang dan kegatalan. Tiada ubat yang khas bagi merawat masalah ini. Hanya dengan meberikan penjagaan kulit yang baik akan membantu menyembuhkannya.   Apabila kulit puan menjadi kering, masalah yang …

Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima. Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan  …

Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …

Read More »

Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

“Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..” Itu  adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook. Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar. Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit. Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran …

Read More »

Ubat Zyrtec dan Kehamilan

“Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?”   Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya dan saya berpendapat eloklah penerangan saya dikongsikan agar dapat dimanfatakan oleh ramai wanita-wanita hamil yang mengalami masalah yang sama.   Zyrtec® (cetirizine hydrochloride) adalah ubat antihistamine yang biasa digunakan dan telah disahkan berkesan untuk merawat masalah alahan termasuk selsema. Ia dijual di farmasi tanpa preskripsi doctor. Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih …

Read More »

Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama. “Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam” Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar. Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu. Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk anak mereka yang demam dan selsema. …

Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti …

Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat …

Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis …

Read More »

Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik …

Read More »

Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tetapi Ujian UPT Negatif?

Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil). Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat  darah haids tidak datang pada waktu yang …

Read More »

Prenatal Vitamin Mana Yang Perlu Dibeli?

Ramai wanita hamil yang agak keliru tentang penggunaan multivatimin yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang memberikan pelbagai pilihan kepada mereka. Saya sendiri tidak pernah mengesyorkan mana-mana jenama. Mereka boleh memilih apa saja jenama asalkan ia mengandungi vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan wanita hamil. Bekalan tambahan (suplemen) vitamin untuk wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. Ia berlainan dengan mana-mana suplemen vitamin yang biasa untuk orang dewasa yang tidak hamil, kerana dosnya berbeza. Suplemen ini boleh didapati dari beberapa pil yang berlainan atau dalam satu set multivitamin yang diformulakan khas untuk wanita hamil. Pengambilan suplemen prenatal vitamin …

Read More »

Hormone Progestrone dan Kesuburan

Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi. Seorang rakan FB bertanya pada saya. “Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali” Begitu juga seorang lagi. “Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah …

Read More »

PENAMBAHAN BERAT BADAN KETIKA HAMIL

Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. …

Read More »

Penjagaan Gigi Semasa Hamil

“Doktor, saya sedang hamil. Saya mendengar dari kawan-kawan, bahawa pemeriksaan gigi tidak boleh dilakukan semasa hamil. Saya bimbang dengan ubat bius dan ubat penahan sakit yang diberikan. Harap doktor dapat memberikan komen” Saya sering mendapat pertanyaan-pertanyaan sebegini. Banyak informasi yang salah dan ada kalanya mengelirukan kerana mendengar kata kawan-kawan. Saya cuba menjernihkan kekeliruan ini dengan memberikan penerangan dalam blog ini, semoga ianya bermanfaat. Ramai wanita yang hamil mempunyai masalah gusi dan gigi kerana gusi mereka mudah menjadi bengkak, mudah berdarah dan makanan yang dimakan mudah terselit di antara gigi dan gusi. Ini semua disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Oleh …

Read More »

Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda

“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat …

Read More »

Kegatalan Kulit Semasa Hamil

Saya merasa kasihan pada ibu yang hamil apabila mereka mengalami alahan teruk ketika hamil. Ada kalanya kulit mereka menjadi kering, beruam merah dan adakalanya terdapat bekas-bekas cakaran dan garu akibat kegatalan yang mengganggu. Ramai juga yang berasa agak bimbang untuk memakan ubat yang diberikan kerana sayangkan kesihatan anak yang dikandung. ”Teruk dugaan saya pada kehamilan yang lalu. Kulit saya tumbuh biji-biji gatal. Sepanjang malam saya menggarunya” keluh seorang wanita yang hamil. ”Saya sudah kurangkan makan seafood, kacang dan telur.Tapi masih lagi gatal, doc” Bagi yang menghidap masalah alahan kulit, tentu keadaan mereka menjadi bertambah teruk. Rajin-rajinlah menyapu pelembap jika kulit …

Read More »

Bila Masa Sesuai untuk Mendapat Anak Kedua?

Semenjak balik dari kursus keibubapaan yang diadakan baru-baru ini, saya berasa berkobar-kobar untuk berkongsi input-input yang boleh memperkasakan kita sebagai ibubapa. Sebelum ini saya mendengar frasa “membesarkan keluarga, meramaikan umat, memperbanyakkan zuriat”…dan pelbagai retorik lagi yang disebut-sebut oleh penceramah lelaki. Apabila saya memandang pada realiti masyarakat, saya mendapati bahawa ianya suatu yang ‘indah khabar dari rupa’. Terlalu ramai anak-anak Islam yang tidak dibentuk menjadi tunjang kekuatan Islam malahan ramai pula yang menjadi sampah masyarakat. Saya tidak pasti sama ada semua ini adalah laungan keegoaan lelaki untuk membuktikan ‘kejantanan’ mereka atau mengikuti sunnah? Apakah selama ini Islam mengajar kita agar mementingkan …

Read More »

BAHAYA KENCING KOTOR BAGI IBU HAMIL

Pada hari itu, Pusat Kesihatan Ibu dan Anak yang merawat dan menyaring ibu yang hamil bermasalah, penuh. Dari tempat parking kereta, ruang menunggu, ruang farmasi sehingga ke toilet, semuanya penuh sesak. Para ibu beratur di pintu toilet menunggu giliran mereka untuk kencing dalam bekas urine container. Air kencing kemudiannya di hantar ke makmal kecil untuk pemeriksaan sebelum dipanggil oleh doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. ”Apa pasal doktor ni menyusahkan kita? Kalau tak periksa air kencing, tak boleh ke? Ini nak masuk toilet pun beratur macam anak itik” rungut seorang ibu muda. “Alah ikut je lah arahan doktor…” ”Saya bukannya ada kencing …

Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia difikirkan …

Read More »

Peluh Berlebihan dan Bau Badan

  ”Baguslah kalau kita selalu berpeluh. Itu tandanya kita sihat, betul tak doktor?” Saya hanya mendiamkan diri. Berfikir laju tentang berpeluh dan sihat. Orang yang sihat selalunya berpeluh kerana bersenam. Orang yang berpeluh, tanpa bersenam adakah beliau sihat? Saya memutarkan ayat 180 darjah. Seorang rakan FB pula bertanya “Apa yang harus saya buat, tangan saya ni kerap berpeluh. Segan nak bersalam denga pelanggan dan kenalan baru” “Doktor, kalau saya makan pedas, mesti saya berpeluh. Itu tanda saya sihat ke berpenyakit?” ”Suami saya beratnya 110kg, selalu berpeluh. Bau badannya masam memalukan!. Tolong minta nasihat, doktor” Itu semua soalan yang biasa saya …

Read More »

Kecederaan Kepala Kanak-kanak dan CT SCAN Otak

Saya pernah ditanya oleh seorang ibu muda yang membawa anaknya yang baru belajar bertatih. Beliau bertanyakan tentang kesan sampingan terhadap ‘kecederaan’ kepala pada anaknya seminggu yang lalu. Bila saya meminta beliau menerangkan lebih jelas mengenai ’kecederaan’ itu, beliau memberitahu hanyalah benjol kecil di dahi dan telah pun hilang. Berapa minggu selepas itu saya mendengar seorang rakan memberitahu ada satu kes yang dibawa ke hospital di mana seorang kanak-kanak berusia 3 tahun jatuh dari katil bertingkat dan meninggal dunia sebaik saja sampai di hospital. Kecederaan pada kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah amat kerap berlaku. Baru-baru ini saya merawat dua …

Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu …

Read More »

Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Sakit kepala akibat tumor otak tidak akan lega dengan menelan ubat penahan sakit.

Read More »

KERAP KENCING

Seorang pesakit bertanya “Saya mengalami perasaan untuk membuang air kecil (kencing) berterusan. Saya tidak pernah rasa leakage (terlepas air kencing akibat tak dpat dikawal), pemeriksaan air kencing UFEME dan urine culture juga telah saya lakukan apabila berjumpa doctor dan didapati ianya normal. Apa masalah saya doktor? “ Oleh kerana semua ujian telah dilakukan, puan kemungkinan tidak mempunyai masalah pada stuktur saluran kencing atau masalah jangkitan kuman. Masalah saluran kencing puan mungkin disebabkan oleh masalah fungsi yang kita namakan ”Overactive Bladder” yang mana kerap berlaku pada wanita. Apa yg berlaku adalah pengecutan (contraction) pada pundi kencing puan tanpa ransangan yg bisanya …

Read More »
error: Content is protected !!