Advertorial
Home » Tag Archives: alkohol (page 9)

Tag Archives: alkohol

Benarkah Suntikan Epidural Boleh Menyebabkan Sakit Belakang Yang Kronik?

BENARKAH SUNTIKAN EPIDURAL BOLEH MENYEBABKAN SAKIT BELAKANG YANG KRONIK? “Salam doctor. Saya mempunyai anak berumur 2 tahun. Semasa melahirkan anak saya secara pembedahan Caserean, saya mendapat bius setengah badan iaitu suntikan di belakang saya. Ketika suntikan di tulang belakang, rasa ada merasa sakit sikit. Selepas pembedahan, ketika berada di rumah, saya mula mengalami sakit belakang di bahagian tempat disuntik sehingga sekarang. Adakah saya suntikan epidural boleh menyebabkan saya mengalami rasa sakit belakang. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya banyak menerima soalan seumpama ini. Selepas melahirkan anak melalui pembedahan Caserean dengan bius epidural, seseorang wanita itu mungkin mengalami ... Read More »

Apa pilihan selain pembedahan tulang belakang untuk pesakit spinal stenosis?

APA PILIHAN SELAIN PEMBEDAHAN TULANG BELAKANG UNTUK PESAKIT SPINAL STENOSIS? “Asalamualaikum Doktor,  saya mengalami masalah sakit pinggang pada tahun lalu semasa mengangkat barang di tempat kerja. Saya terus mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Doktor di situ mengesyorkan saya membuat pembedahan untuk memasang plate dengan kos RM20,000. Saya menangguhkannya kerana bimbang akan kesan jangka masa panjang. Setelah itu saya hanya mendapatkan rawatan fisioterapi. Pada tahun ini, kesakitan merebak ke bahagian leher dan memerlukan saya memakai penyokong leher. Rasa sakit ini merebak ke bahagian bahu, tulang belakang hingga ke kaki. Kadangkala sakitnya seakan mencucuk-cucuk. Laporan MRI tulang belakang saya menyatakan: 1. ”Postero ... Read More »

Meredakan Sakit Belakang Tanpa Ubat

MEREDAKAN SAKIT BELAKANG TANPA UBAT “Salam doctor. Saya mula mengalami sakit belakang kerana saya mempunyai berat badan yang berlebihan. Saya juga bekerja duduk sepanjang waktu kerja saya. Apabila saya ke klinik, saya sering diberikan ubat penahan sakit. Ada tak cara lain untuk mengurangkan sakit belakang, kerana pernah satu ketika sedang saya cuba mengangkat anak saya berumur 2 tahun yang terjatuh di atas lantai, tiba-tiba saya mendapat sakit pinggang yang kuat. Terima kasih atas nasihat” WA ALAIKUM MUS SALAM Kita sering mengalami rasa sakit belakang. Tidak kiralah sama ada disebabkan oleh struktur di sekeliling tulang belakang seperti  otot, ligamen atau tulang ... Read More »

Bolehkah hamil ketika melakukan hubungan intim ketika haid

BOLEHKAH HAMIL KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM KETIKA HAID   “Salam, doctor. Bolehkah saya hamil ketika saya melakukan hubungan intim sedang saya mengalami haid?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Untuk hamil, seorang wanita itu haruslah berada dalam tempuh subur, iaitu ketika telur wanita ovum keluar dari kelenjar ovary. Proses ini dinamakan ovulasi.   Kemudian ia disenyawakan oleh sperma yang dikeluarkan dari alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan intim.   Pada kebiasaannya telur ovum tidak akan dikeluarkan ketika seorang wanita sedang mengalami haid. Tetapi proses ovulasi boleh berlaku pada awal dalam kitaran anda, terutamanya jika seorang wanita itu mempunyai kitaran haid ... Read More »

Kandungan gula tinggi dalam darah ketika hamil, perlukah rawatan insulin

KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM DARAH KETIKA HAMIL, PERLUKAH RAWATAN INSULIN? “Assalamualaikum Doktor. Saya telah disahkan hamil dan usia kehamilan saya sekarang adalah 7 minggu. Setelah membuat ujian darah seperti biasa, doktor memberitahu kandungan gula dalam darah tinggi (1st blood test) iaitu 164. Dan telah dirujuk kepada doc internal medicine. Setelah mengambil ujian darah 2hpp doc memberitahu hasil ujian 2 bulan lepas menunjukkan glucose  tinggi.   Untuk ujian kali ke3 iaitu selepas berpuasa hasil menunjukkan 114. Doc suggest saya mengambil insulin on the spot for the sake of my baby. Tp saya takut untuk mengambil insulin walaupun dibekalkan dgn insulin dirumah ... Read More »

UPT mulanya negatif kemudian positif. Adakah saya hamil?

UPT MULANYA NEGATIF KEMUDIAN POSITIF. ADAKAH SAYA HAMIL?   “Salam doktor. Saya harap doktor dapat membalas email saya ni. Saya ingin bertanya pasal pregnancy test kit. Beberapa hari lepas saya ada  buat ujian UPT. Keputusannyanya selepas 15 minit adalah negative. Saya tidak buang kit UPT itu dan masih menyimpannya. Bila saya tengok semula test kit tersebut setelah 7 jam, ia berubah. Satu jalur pada C merah pekat dan jalur pada  T warna putih pekat, tapi tiada warna. Tetap nampak jelas jalurnya. Soalan saya, adakah saya hamil. Saya harap doktor balas ye..tq doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya sebenarnya ... Read More »

mengambil ubat kurus phenteramine semasa tempuh menyusukan bayi

MENGAMBIL UBAT PHENTERAMINE (UBAT LANGSING) SEMASA TEMPUH MENYUSUKAN ANAK  “Salam doctor, saya seorang ibu yang menyusukan bayi saya berusia  11 bulan dengan susu ibu. Tanpa sengaja saya mengambil pil phentermine (30mg), jadi saya berhenti menyusukan bayi saya untuk 78 jam lepas (saya pam dan membuang susu). Adakah ia selamat untuk menyusukan bayi ini? terima kasih & salam mesra”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Phentermine merupakan ubat yang hanya dapat diperolehi secara preskripsi dari doctor. Ia biasa digunakan untuk menggalakkan penurunan berat badan dengan menyebabkan tidak berselera untuk makan dan tidak berasa lapar.   Ubat itu perlu diambil setelah diperiksa ... Read More »

Lewat haid, hubungan intim dan kemudian berdarah seperti haid

LEWAT HAID, HUBUNGAN INTIM KEMUDIAN BERDARAH SEPERTI HAID   “Assalamualaikum dr, saya berumur 30 tahun, sudah berkahwei selama dua tahun dan masih belum dikurniakan zuriat. Sepanjang perkahwinan, alhamdulillah haid saya sentiasa tepat. Di awal perkahwinan dulu saya penah lewat 2-7 hari tetapi lepas itu haid macam biasa. Sepanjang berkahwin saya tidak pernah buat UPT.   Bulan ini saya telah lewat period 2 hari. Saya tidak buat UPT kononnya nak tunggu lewat sampai seminggu. Tetapi selepas bersama suami pada hari ke 3 haid saya lewat, saya dapati ada kesan darah selepas melakukan hubungan intim,dan keesokan hari memang kelaar darah yang banyak ... Read More »

Mengenalpasti Makanan yang Menyebabkan Alahan Pada Anak

 MENGENALPASTI MAKANAN YANG MENYEBABKAN ALAHAN PADA ANAK     “Salam doktor. Saya tiada alahan. Baru-baru ini anak saya mengalami alahan yang teruk, berpunca dari makanan. Bagaimana saya mahu mengetahui makanan yang mana menyebabkan alahan. Terima kasih     WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang sukar untuk mengenalpasti makanan yang menyebabkan alahan kerana bayi dan kanak-kanak ini diberikan pelbagai jenis makanan. Satu cara untuk mengenalpasti makanan yang memberikan alahan ini ialah menyediakan jadual makanan harian. Berikan makanan yang tidak mengandungi bahan -bahan menyebabkan alahan. Jika terdapat tanda alahan, bermakna ada bahan yang disyaki boleh menyebabkan alahan dan cuba hentikan makanan tersebut. ... Read More »

Bagaimana mengelakkan anak dari alahan

BAGAIMANA  MENGELAKKAN ANAK DARI MENDAPAT ALAHAN?   “Salam doktor. Saya hamil dan mempunyai alahan teruk pada seafood. bagaimana saya boleh mengurangkan risiko alahan ini pada bayi yang akan saya lahirkan. Terima kasih” Jika masalah alahan berlaku dalam keluarga , pastikanlah bayi yang baru lahir diberikan susu badan sahaja. Pemberian susu formula, terutamanya berasakan susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi mula mengalami alahan. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa jika bayi yang diberikan susu formula (susu lembu) dan mengalami cirit -birit dalam tempoh dua bulan pertama kelahirannya , dia berkemungkinan besar bayi itu sedang mengalami alahan. Ramai pakar yang menyarankan ... Read More »

Alahan makanan bermula di peringkat janin

ALAHAN MAKANAN BERMULA DI PERINGKAT JANIN   “Salam doktor. Maaf bertanya, sebenarnya bila bermulanya proses rangsangan alahan pada bayi. adakah selepas diberikan makanan selain susu ibu? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Doktor telah lama mengetahui bahawa sesetengah kanak -kanak boleh mendapat gatal -gatal kulit , lelah resdung , cirit , muntah -muntuah dan sebagainya setap kali mereka makan bahan -bahan yang tidak serasi dengan mereka.   Ketidakserasian ini disebabkan oleh masalah penghadaman atau oleh alahan makanan ( food allergy ).   Keadaan ini boleh berlaku pada peringkat bayi lagi , malah ada para penyelidik yang berpendapat bahawa ... Read More »

Air mani berwarna kuning 2

AIR MANI BERWARNA KUNING 2   “Assalamualaikum doktor. Saya sering melakukan onani dan baru-baru ini saya mengalami kegatalan pada alat sulit saya. Apabila saya kencing, terasa pedih dan air mani saya berwarna kekuningan. Saya ada pergi ke klinik swasta dan doktor mengatakan tiada apa yg membimbangkan dan memberi antibiotic. Saya ingin mendapat penjelasan,adakah masalah saya serious atau tidak?. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Warna air mani dan kepekatannya boleh berubah-ubah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya factor umur, pemakanan dan kekerapan melakukan pancutan.   Ia boleh jadi normal, dan boleh jadi terdapat jangkitan kuman atau masalah dalam saluran ... Read More »

Kesan sampingan lactulose bagi bayi yang sensitif

KESAN SAMPINGAN LACTULOSE BAGI BAYI YANG SENSITIF   “Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai bayi saya yang jarang membuang air besar. Kekerapannya ialah 4-5hari sekali. Saya menyusukan dia sepenuhnya dan dia belum makan makanan bayi. Usia 6 bulan. Saya bawa ke klinik dan doc suruh berikan lactulose. Saya risau kalau kerap beri,akan menyebabkan anak saya bergantung kepada ubat untuk membuang air besar. Perutnya tidak keras. Apa pendapat Dr? Saya kerap juga buat senaman kayuhan supaya anak saya mudah membuang air besar. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih ... Read More »

Bagaimana mengesan batu karang?

BAGAIMANA MENGESAN BATU KARANG ?   “Salam doktor, saya mengalami sakit di bahagian belakang sebelah kiri. Doktor memeriksa saya mengesyaki saya mengalami batu karang pada buah pinggang sebelah kiri. Bagaimana saya memastikan saya mengalami batu karang itu? Mohon pencerahan, terima kasih     WA ALAIKUM MUS SALAM 90% batu karang boleh dikesan dengan x-ray abdomen. Ia boleh disahkan dengan pemeriksaan x-ray yang di ambil selepas sejenis pewarna disuntik ke dalam badan. Ujian Ultrasound dilakukan jika pemeriksaan tidak dapat mengesan batu itu. Prosedur yang dikenali sebagai Intravenous Pyelogram (IVP) untuk melihat pada di mana batu karang itu berada. Kaedah yang lebih ... Read More »

Tanda-tanda anak berbakat dan berkebolehan luar biasa

TANDA-TANDA ANAK KITA DIBERIKAN BAKAT DAN MEMPUNYAI KEBOLEHAN YANG LUAR BIASA Tanda-tanda tersebut dimiliki oleh anak pada usia antara 2- 4 tahun ialah:   1. Mempunyai bakat tertentu, seperti kebolehan melukis atau kebolehan luar biasa dengan nombor.   2. Mencapai tahap perkembangan fizikal dan berfikir lebih awal dari rakan-rakan.   3. Mempunyai perkembangan menguasai bahasa yang lebih baik berbanding dengan rakan-rakan, seperti perbendaharaan kata yang luas atau keupayaan untuk bercakap dalam ayat yang lebih awal daripada kanak-kanak lain yang sebaya.   4. Mempunyai keinginan untuk tahu dan tidak pernah berhenti bertanya.   5. Sangat aktif (tetapi tidak hiperaktif). Walaupun kanak-kanak ... Read More »

Sakit di tempat jahitan luka episiotomy

SAKIT DI TEMPAT JAHITAN LUKA EPISIOTOMY “Salam doctor. Saya mengalami rasa sakit dan pedih di tempat jahitan luka episiotomy. Saya baru melahirkan anak 3 hari lepas. Oleh kerana saya menyusukan anak, saya bimbang kesan ubat pada bayi saya. Ada cara lain untuk menghilangkan rasa sakit pada tempat jahitan ini. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak secara normal, mengalami koyakan pada faraj, sama ada disebabkan oleh guntingan episiotomi atau disebabkan koyakan akibat kepala bayi yang agak besar.   Selalunya luka yang minima akan pulih tanpa masalah. Calar-lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan ... Read More »

PCOS dan Kacip Fatimah

PCOS DAN KACIP FATIMAH   “Assalamualaikum dr. Saya berumur 24 tahun dgn ketinggian 163cm dan berat 53kg. sy mula membaca info-info dari blog dr. selepas kakak sy yg mengalami PCOS berjaya melahirkan baby boy yg sihat dan sempurna setelah mengamalkan kacip fatimah phyto plus (hamil secara normal selepas 2 kali gagal dgn cara IUI, selepas 2 kali keguguran dari kehamilan secara normal, selama 7tahun usia perkahwinan). Beliau ada masalah berat badan berlebihan.   sejarah keluarga : ibu dan kakak sy yg lain tidak menghidap PCOS. ibu dan ayah sy adalah pesakit diabetis.   sy mula haid pada umur 13tahun dan ... Read More »

Haid lewat, tetapi tidak hamil. Adakah ia berbahaya?

HAID LEWAT, TETAPI TIDAK HAMIL. ADAKAH IA BERBAHAYA?   “Salam Doktor.  Saya ingin bertanya pada doktor.  Saya sudah berkahwin selama setahun dan sekarang sudah lewat haid selama 16hari. Saya pernah cuba buat UPT, tp keputusannya negative.  Dan pagi ni, saya didatangi darah seperti period (warna hitam kemerahan). Adakah saya perlu dapatkan rawatan di klinik atau ini adalah darah period yang delay tue. Cycle period saya adalah 30 hari.  Mohon pencerahan dari doktor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya faham keadaan puan. Apabila seorang wanita yang sudah berkahwin cuba untuk hamil, kelewatan haid adalah suatu yang mendebarkan. Namun apabila ujian ... Read More »

Bagaimana mempercepatkan proses pemulihan pada luka di faraj atau luka episiotomy

BAGAIMANA MEMPERCEPATKAN PROSES PEMULIHAN PADA LUKA KOYAKAN DI FARAJ ATAU LUKA EPISIOTOMY     “Salam doctor, saya mengalami koyakan faraj yang teruk (darah ketiga) semasa melahirkan anak 3 minggu lepas. Malangnya, tiada tanda-tanda luka jahitan itu sembuh. Boleh doctor beritahu cara mempercepatkan penyembuhan luka. Saya ucapkan terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bagi mempercepatkan penyembuhan luka episiotomy atau luka pada faraj ketika melahirkan anak, pastikan jahitan pada luka betul-betul bersih, bagi mengurangkan mengurangkan risiko jangkitan kuman pada luka tersebut.   Saya mencadangkan agar wanita yang baru melahirkan anak secara normal agar melakukan pergerakan ringan seperti berjalan secepat mungkin. ... Read More »

Perlukah luka episiotomy di faraj dijahit?

PERLUKAH LUKA EPISIOTOMY DI FARAJ  DIJAHIT ?   “Salam doctor, saya telah melahirkan anak secara normal pada minggu lepas. Saya telah memberitahu pada doctor agar tidak melakukan guntingan episiotomy. Namun apa yang saya hairan, doctor memberitahu bahawa luka saya agak besar dan perlu dijahit. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Proses kelahiran yang biasa secara normal adalah proses kelahiran bayi melalui faraj. Pembedahan Cesarean bukanlah proses kelahiran yang normal.   Ketika proses kelahiran melalui faraj, lubang bukaan faraj mungkin tidak cukup besar bagi membenarkan laluan bagi saiz kepala bayi yang lebih besar. Ini boleh menyebabkan koyakan ... Read More »

Perlukah cuci rahem setelah keguguran

PERLUKAH LAKUKAN D&C (CUCI RAHEM) BILA KEGUGURAN “Salam doktor. Saya sedang hamil buat kali ke2 sekarang. Semsa kehamilan pertama, saya keguguran kerana kantung janin saya tidak menjadi. Untuk kehamilan ke-2, pada minggu ke 6, doctor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati jantung janinsudah kelihatan. Sebulan kemudian saya ke klinik semula untuk pemeriksaan susulan, malangnya apbila scan melalui faraj doktor memberitahu kantung saya sudah membesar namun janin saya tetap kecil dan menunjukkan saiz  8 minggu padahal saya hamil 12minggu. Degupan jantung juga tidak kelihatan. Doktor menasihatan saya untuk cuci pada keesokkan harinya. Apa perlu saya lakukan, adakah saya perlu saya cuci rahem? ... Read More »

Mempercepatkan proses penyembuhan episiotomy selepas melahirkan anak

MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN EPISIOTOMY SELEPAS MELAHIRKAN ANAK  “Salam doktor, baru-baru ini saya melahirkan anak. Doktor telah melakukan episiotomy dan kemudian menjahit semula luka itu. Masalah saya itu luka itu agak besar dan  mengeluarkan lendiran kuning kehijauan seperti nanah. Setakat ini tiada lagi rasa demam. Bagaimana saya boleh mempercepatkan kesembuhan luka episiotomy itu, doktor? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Secara ringkas puan boleh ikut tips berikut. 1. Menjaga jahitan supaya betul-betul bersih bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman pada luka. Bersihkan menggunakan air suam dab kain yang bersih, bagi membersihkan tempat jahitan. Boleh guna swap beralkohol yang dijual di farmasi. Minta ... Read More »

Serangan sakit jantung secara senyap

SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP “Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya.   Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ... Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang ... Read More »

Kuku jari berlekuk

KUKU JARI BERLEKUK “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku. Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling. Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang ... Read More »

Hukum menggunakan ethyl alkohol @ ethanol sebagai bahan antiseptik

HUKUM MENGGUNAKAN ETHYL ALKOHOL @ETHANOL SEBAGAI BAHAN ANTISEPTIK     Semasa saya bekerja sebagai houseman di sebuah hospital awam di selatan tanahair air, tugas yang agak mencabar ialah melakukan rutin mengambil darah setiap pesakit sebelum kami melakukan ward-round setiap pagi.   Tujuan pengambilan darah di waktu pagi ialah agar keputusan darah akan dapat diketahui dan dibincangkan ketika melakukan ward-round di waktu petang.   Pada satu pagi seorang pakcik telah dimasukkan ke wad kerana disyaki mengalami demam denggi. Saya memberi salam dan memberitahu beliau hasrat saya untuk mengambil darah.   Beliau enggan. Ini kerana cecair sapuan yang saya lakukan sebelum saya ... Read More »

Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM, Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat. Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar. Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan postur dan menyebabkan puan ... Read More »

Air Ketuban yang banyak

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi ... Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari ... Read More »

Makan tapai ketika hamil

  “As salamu alaikum  doktor. Bolehkah saya makan tapai pada usia kehamilan 36 minggu? Ada apa-apa kesan mudarat kepada bayi dalam rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alcohol termasuk tapai beras dan ubi. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol.   Penghasilan alcohol dalam proses penapaian adalah kecil dan tidak memabukkan, dan berlaku akibat kesan sampingan proses penapaian secara semulajadi.   Agak sukar menentukan berapa banyak alkohol yang dihasilkan. Namun saya menasihatkan puan agar mengambil makanan yang mempunyai alkohol ... Read More »

Cider Epal dan Kurma ada alkohol, boleh digunakan?

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya amat keliru apabila membaca satu artikel yang mengatakan bahawa cider epal dan kurma mengandungi alcohol. Adakah ia boleh digunakan? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai umat Islam di Malaysia keliru dan berfikir bahawa apa-apa dengan kandungan alkohol adalah “haram ” mengikut syariat Islam.   Tidak semua makanan yang mengandungi alcohol tidak dibenarkan.   Kebanyakan makanan yang ditapai akan mengeluarkan sebahagian kecil alcohol termasuk tapai beras dan ubi, cider buah-buahan termasuk epal. Ini kerana proses penapaian adalah satu proses yang menukarkan gula kepada asid, gas dan alkohol.   Penghasilan alcohol dalam proses penapaian ... Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

  “Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka ... Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang ... Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya ... Read More »

Cara menggunakan cuka kurma dam epal

      Banyak pertanyaan mengenai penggunaan cuka kurma dan epal, yang sedang laris dijual di pasaran. Saya menasihatkan agar berhati-hati terutama pesakit diabetis dan gastrik.   Ini kerana bahan utama dalam cuka kurma dan epal adalah ialah acetic acid  (CH3COOH) dan air.   Kurma dan epal yang manis mengandungi banyak glucose, fructose dan sucrose yang akan ditukarkan melalui proses penapaian menggunakan yeast atau bacteria untuk menjadi ethanol (sejenis alkohol) dan karbon dioksida.   Penapaian kali kedua dilakukan untuk menghasilkan acetic acid dari bahan ethanol ini.   Cuka yang bagus ialah cuka yang dihasilkan secara perlahan dan menjalani proses penapaian ... Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

  “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama.   Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.   Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!