Tag Archives: al Quran

Halalkah Produk Makanan Tambahan Yang Diambil Selepas Melahirkan Anak?

    “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak. Perlukah saya mengambil makanan tambahan untuk saya kerana saya meragui kebanyakan produk yang dijual di farmasi dan on line. Mohon pencerahan.”     Sekiranya seorang ibu menjaga pemakanan yang baik dan seimbang, mengambil vitamin dan makanan tambahan mungkin tidak perlu.   Walau bagaimanapun, dengan tuntutan dan tekanan hidup selepas melahirkan anak, ramai wanita yang tidak dapat memastikan pemakanan mereka benar-benar berkhasiat .   Oleh itu, ramai wanita yang mengambil multivitamin dan makanan tambahan memastikan mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan.   Namun begitu, harus berhati-hati kerana ada pengeluar multivitamin …

Read More »

Apakah Penyusuan Ibu boleh Dilanjutkan?

“Asalamualaikum doktor. Anak saya sudah 2 tahun 4 bulan dan masih menyusu badan. Kalau anak bersama saya dia tak mahu susu botol. Adakah dibenarkn dalam islam doctor? Bukankah digalakkan sehingga berumur dua tahun saja?” Wa alaikum mus salam. Menurut kaedah Islam, tidak ada masalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dengan persetujuan suami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain. Dalam al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 233: وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ Maksudnya: “Dan para ibu itu …

Read More »

Keguguran adalah ujian ALLAH pada pasangan terpilih

“Assalamu alaikum doctor. Saya telah berkahwin lima tahun dan tahun lepas saya telah disahkan hamil. Saya sangat gembira kerana inilah kehamilan pertama saya. Saya sangat menjaga kehamilan saya. Saya berhenti kerja kerana tidak mahu membahayakan kehamilan saya.  Namun kegembiraan saya tidak lama. Suatu pagi, saya mengalami pendarahan ketika kehamilan saya berusia 12 minggu. Sehingga saat ini, walaupun hamper setahun, saya berasa sangat sedih. Mohon nasihat doctor” Wa alaikum mus salam. Saya sangat bersimpati dengan kehilangan yang puan alami dan percaya, ALLAH memberikan yang terbaik untuk setiap hambaNYA walaupun ia kelihatan merugikan kita. ALLAH SWT pasti menguji setiap manusia yang mendakwa …

Read More »

Keguguran Tanpa Disedari

    “Assalam mu alaikum doktor. Saya baru lepas keguguran pada 10 sept lepas. Kemudian saya dating haid pada priod 27 oct-17 nov. Pada 21 nov saya mengalami pendarahan semula, dan saya perasan ada seketul darah. Bersama ini saya sertakan gambar. Mohon pencerahan doktor”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.   Gambar yang puan sertakan kelihatan seperti janin atau dipanggil “product of conception”.  Ia masih di peringkat seketul darah beku.   Ia diterangkan secara jelas dalam Penjelasan Al-Quran dalam surah Al-Mu’minun: 12-14. Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang …

Read More »

Cara menggunakan cuka kurma dam epal

      Banyak pertanyaan mengenai penggunaan cuka kurma dan epal, yang sedang laris dijual di pasaran. Saya menasihatkan agar berhati-hati terutama pesakit diabetis dan gastrik.   Ini kerana bahan utama dalam cuka kurma dan epal adalah ialah acetic acid  (CH3COOH) dan air.   Kurma dan epal yang manis mengandungi banyak glucose, fructose dan sucrose yang akan ditukarkan melalui proses penapaian menggunakan yeast atau bacteria untuk menjadi ethanol (sejenis alkohol) dan karbon dioksida.   Penapaian kali kedua dilakukan untuk menghasilkan acetic acid dari bahan ethanol ini.   Cuka yang bagus ialah cuka yang dihasilkan secara perlahan dan menjalani proses penapaian …

Read More »

Membaca al Quran untuk merawat Gastrik

    “Assalamu alaikum doctor. Saya menghadapi masalah gastrik yang kronik. Perut saya sering merasa sakit, rasa loya di tekak, muntah-muntah dan berat badan menurun sebanyak 5 kg dalam masa dua bulan. Saya sudah banyak kali berulang-alik hospital untuk rawatan gastrik, tetapi belum reda. Bolehkah doctor memberikan pandangan?”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang tuan hadapi. Apabila umur kita semakin meningkat, seluruh anggota dan organ badan kita tidak seperti dulu.   Antara masalah yang dihadapi oleh orang yang memasuki umur 50an ialah masalah penghadaman atau sering disebut gastrik.   Jadi jangan memandang remeh penyakit gastrik yang …

Read More »

Panduan untuk hamil selepas usia 35 tahun

    Lelaki dan wanita yang baru mendapat jodoh dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka harus melakukan lebih banyak usaha. Ini kerana tahap kesuburan mereka semakin menurun dan memerlukan lebih banyak suplemen untuk mengekalkan kesuburan mereka.   Kesuburan yang rendah akan menyebabkan kehamilan semakin sukar dan mengambil lebih banyak masa.   Ramai pasangan yang sudah berumur 35 tahun ke atas yang berputus harap. Padahal kebanyakan mereka masih berpeluang untuk menimang cahaya mata sendiri asalkan terus berusaha dan berdoa kepada ALLAH.   Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.   “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan …

Read More »

Hukum Mengambil Ubat Penahan Haid

Saya serba salah ketika memberikan ubat penahan haid kepada wanita yang mahu mengerjakan umrah di hujung Ramadhan. Beliau mahu terus kekal berpuasa di bulan Ramadhan dan menghidupkan malamnya. “Doktor, bolehkah saya dapatkan pil kerana saya mahu mengerjakan umrah tidak lama lagi. Kebetulan pula ia bertepatan dengan sepuluh hari terakhir Ramadhan” Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Islam adalah agama yang sederhana. Islam tidak pernah memaksa kita melakukan di luar keupayaan kita. Apatah lagi jika amalan-amalan itu berupa amalan yang tidak diwajibkan. Allah berfirman : “Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya..” (Surah Al-Baqarah: 286) Semoga kita tetap memperolehi pahala sepertimana …

Read More »
error: Content is protected !!