Tag Archives: 15

Kitaran haid dan Implanon

KITARAN HAID DAN IMPLANON   “Assalamualaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya telah 2 tahun lebih mengambil implanon dan akan mengeluarkannya pada Jun 2015. Bermula tahun kedua pemakaian, saya sering mengalami haid yang lama, hingga 3 minggu. Sebelum ini, saya ambil pil perancang keluarga untuk mengembalikan kitaran haid yang normal. Selepas 3 bulan pengambilan pil perancang, haid masih begitu. Saya baru mengambil pil kacip fatimah UTM untuk mengatasinya. Soalannya, setelah haid melebihi 15hari, saya bercadang untuk mengambil pil perancang untuk menghentikan pendarahan dan bolehkah diambil kacip fatimah itu semasa istihadah ? Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Implanon …

Read More »

SAKIT BAWAH PERUT AKIBAT MASALAH ROUND LIGAMEN MENEGANG

“Salam doktor, saya berumur 16 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami rasa sakit di bahagian abdomen, terutama selepas bangun pagi. Kadang kala sakit ini berlaku ketika saya ketawa, berlari dan berjalan. Adakah itu yang disebut sebagai ‘round ligament pain’? Mohon doctor memberikan penjelasan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Dalam tubuh wanita, terdapat satu struktur ligament yang kuat dinamakan “round ligament of the uterus”yang terletak dalam abdomen. Ligamen ini berbentuk leper dan mengikat sudut antara rahem dan saluran fallopian dengan  seterusnya memasuki satu saluran dinamakan  “inguinal canal” yang terletak dicelah peha  dan tertambat pada bibir faraj (labia majora).  Ligamen ini …

Read More »

SIKAP TIDAK PEDULI KETIKA MENGAMBIL UBAT

Ramai pesakit tidak mengikut nasihat doktor tentang pengambilan ubat. Ini boleh menyebabkan penyakit tidak dirawat dengan sempurna. Antara sikap tidak peduli dalam pengambilan ubat-ubatan ialah: 1. Menambah atau mengurangkan dos dengan sengaja. 2. Mengambil ubat bukan atas tujuan yang dibenarkan. 3. Kesilapan dalam kekerapan mengambil ubat. 4. Mengambil ubat dengan cara yang salah. 5. Mengambil tanpa preskripsi dari doktor. 6. Berkongsi ubat dengan pesakit lain tanpa mengetahui diagnosis sebenar penyakit yang dihidapi. 7. Mengambil ubat yang sudah lama dipreskripsi dan bukan ubat yang dipreskripsi berdasarkan diagnosis terkini. 8. Tiada disiplin dalam pengambilan ubat-ubatan menyebabkan kesan tidak diingini berlaku seperti kegagalan …

Read More »

PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL MUNGKIN TANDA KANSER RAHEM

“Salam doktor, bagaimanakah tandar kanser rahem yang biasa dapat dikesan pada peringkat awal. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kanser rahim mudah dikesan kerana ia mempunyai gejala (tanda) yang sangat jelas. Antaranya ialah pendarahan yang berlaku selepas menopaus. Ramai wanita yang sudah menopause yang mengambil sikap sambil lewa kerana menyangka mereka mengalami darah haid semula. Sebab itu ramai yang tidak mendapatkan rawatan dan membiarkan nya sehingga sel kanser dalam rahem merebak ke tahap yang lebih bahaya. Oleh itu jika seoarang wanita yang sudah mengalami menopause, kemudian mengalami pendarahan seperti darah haid, mereka sepatutnya mereka segera membuat pemeriksaan sebelum doktor. Wanita …

Read More »

PCOS berkaitan dengan penyakit kanser rahem, kitaran haid tidak menentu dan ketidaksuburan

PCOS BERKAITAN DENGAN PENYAKIT KENSER RAHEM, KITARAN HAID YANG TIDAK MENENTU DAN KETIDAKSUBURAN     “Salam doktor, bolehkan PCOS menyebabkan penyakit kanser rahem?”   WA ALAIKUM MUS SALAM. Polycystic Oavrian Syndrome  (PCOS) mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan keseimbangan hormone dalam tubuh wanita. Ia menyebabkan masalah ketidaksuburan wanita, apabila ovulasi (proses pengeluaran telur wanita, ovum) tidak berlaku secara tetap pada setiap bulan. Ia juga menyebabkan peningkatan hormon androgen (hormon lelaki) yang berlebihan dalam badan seorang wanita. PCOS tidak menunjukkan sebarang petanda awal seperti senggugut, maka ia tidak disedari penghidapnya. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur me­ngalami …

Read More »

Kematian bayi berpunca dari makanan tambahan

KEMATIAN BAYI BERPUNCA DARI MAKANAN TAMBAHAN   Satu berita yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit  Amerika Syarikat (CDC) pada 25 Nov, 2014 memberi amaran bahawa terdapat kemungkinan satu produk makanan tambahan yang tercemar, telah menyebabkan kematian seorang bayi yang dilahir secara pramatang.   Ia berpunca dari pencemaran sejenis kulat “mucormycosis”.  Jangkitan fungus ini telah menyebabkan penyakit  “necrotizing enterocolitis” yang boleh merosakkan saluran pemakanan.   CDC memberi amaran kepada orang ramai yang menggunakan produk makanan tambahan  “Solgar ABC Dophilus Powder “ agar berhati-hati dan segera mendapatkanpemeriksaan doctor jika mengalami masalah sakit perut, kembung, loya atau muntah.   Produk ini mengandungi …

Read More »

kadar jantung perlahan semasa hamil

KADAR JANTUNG PERLAHAN SEMASA HAMIL “Assalammualaikum Dr Zubaidi, maaf menganggu, saya ingin bertanyakan soalan mengenai kadar deyutan jantung perlahan (bradycardia). Saya berumur 29tahun baru berkahwin, tidak bekerja serta sedang mengandung anak pertama berusia 14 minggu. Saya ingin bertanyakan soalan mengenai kadar denyutan jantung saya yang perlahan sekitar 50-51 adakah ianya berbahaya? Untuk pengetahuan Dr. Saya juga telah membuat pemeriksaan ECG di klinik kesihatan dan Dr dari klinik kesihatan telah meminta saya ke HKL untuk rawatan selanjutnya. Saya atau keluarga terdekat tidak mempunyai sebarang penyakit berkaitan dengan jantung serta saya tidak mengalami sebarang symptoms seperti pening, pitam, loya atau sebagainya semasa …

Read More »

Perlukah antibiotik dan ubat tahan sakit selepas pembedahan buang besi

PERLUKAN ANTIBIOTIK DAN UBAT TAHAN SAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN BUANG BESI   “Assalam mu alaikum doktor. Saya berumur  13 tahun  dan akan menjalani pembedahan untuk “buang besi dalam tulang” Selepas pembedahan itu, perlukah saya makan ubat antibiotik dan ubat tahan sakit ?  sekian terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Pembedahan mengeluarkan semula bendasing logam yang berupa plate, skru, pin dan sebagainya dari tulang selepas tulang telah bercantum semula adalah pembedahan yang biasa dilakukan di Jabatan Orthopaedic (Tulang).   Bergantung kepada tulang terlibat, pembedahan mengeluarkan semula logam ini ada yang dilakukan dengan bius pengsan (general anesthesia) dan ada yang dilakukan …

Read More »

Folic acid 1 mg atau 5 mg?

FOLIC ACID 1 MG ATAU 5 MG UNTUK WANITA HAMIL?   “Assalamualaikum doktor.  Saya ada satu soalan berkenaan perbezaan antara folic acid 1mg dengan folic acid 5mg? Kebiasaan wanita hamil 1trimister mengambil folic acid 1mg atau 5mg? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pengamalan folik acid ketika hamil adalah penting  kerana ia boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran terutama masalah kecacatan saraf yang dikenali sebagai neural tube defects.   Saya ada menulis dalam blog mengenainya. Rujuk  https://drzubaidi.com/blog/?p=1038.   Bagi wanita yang mempunyai hasrat untuk hamil, dicadangkan mengambil folic acid sebanyak 400 mikrogram (mcg)  atau 0.4 miligram (mg) setiap hari …

Read More »

Adakah ubat pelangsing berdaftar dengan KKM?

ADAKAH PRODUK MINUMAN DAN MAKANAN KESIHATAN BERTUJUAN UNTUK MELANSINGKAN BADAN BERDAFTAR DENGAN KKM?   Produk minuman adalah dikategorikan sebagai makanan. Oleh yang demikian, produk ini dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Produk makanan dan minuman tidak perlu berdaftar dengan KKM. Walaubagaimanapun, produk makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan perubatan. Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan produk tersebut, hubungi BKKM di 03-88833888. Secara umumnya, amalan gaya hidup sihat melalui pengambilan diet yang seimbang serta senaman yang bersesuaian merupakan cara yang terbaik bagi menangani masalah berat badan berlebihan. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) …

Read More »

Bengkak alat kelamin

BENGKAK ALAT KELAMIN “Salam doctor, saya mengalami bengkakan pada alat kelamin saya. Doktor wanita yang memeriksa mengatakan bahawa ia adalah sejenis cyst. Boleh jelaskan mengenainya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pada pintu faraj setiap wanita, terdapat sepasang kelenjar yang dinamakan  kelenjar Bartholin, yang berada di kanan dan kiri bukaan faraj. Ia berfungsi  menghasilkan pelincir  yang akan dikeluarkan dengan banyak ketika seseorang wanita mengalami keghairah sebagai persediaan untuk hubungan seksual bersama suami.   Apabila kelenjar ini tersumbat, menyebabkan cecair kelenjar ini berkumpul dan membentuk ketumbuhan cyst .Lama kelamaan cyst ini semakin membesar saiznya dan mula dapat dirasakan kehadirannya. Bartholian Cyst …

Read More »

Guna Pil Perancang Hari ke 12

GUNA PIL PERANCANG HARI KE 12 “Assalam mu alaikum doktor, Maaf menggangu, nak mintak pendapat doktor tentang pil perancang. Bolehkah sekiranya saya mula mkn pil itu pada hari ke 12 dari period? adakah fungsi pil itru akan berkesan? untuk makluman doktor, saya tidak pernah mengambil pil sebelum ini. terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Pil perancang kehamilan selalunya diambil pada hari pertama, atau ketiga atau ke lima, bergantung kepada janis pil. Tidak ada yang disyorkan untuk ambil pada hari ke 12. Pil ini selalunya berkesan selepas 2 hari diambil. Sebab itu ia diambil pada hari masih haid, bagi melindungi hubungan …

Read More »

DARAH HAID ATAU KEGUGURAN?

  “As salamu alaikum  Dr Zubaidi,  saya hendak mendapat kepastian dari DR. Semalam saya pergi check di klinik,  saya hamil.  Jalur pada UPT samar. Doktor cakap saya hamil 5 minggu. Petang tadi, saya travel ke Rawang n didapati bleeding sedikit.  Pertanyaan saya betul ke saya hamil? Adakah kehamilan saya selamat . Pagi ini saya check masih ada lagi bleeding cairan coklat . Terima kasih doctor.” WA ALAIKUM MUS SALAM Keputusan yang menunjukkan tanda samar pada bahagian “test (T)” pada UPT, tidak semestinya puan hamil. Pemeriksaan lanjut harus dijalankan untuk pengesahan kehamilan seperti pemeriksaan ulrasound atau pemeriksaan darah untuk hormon hCG. …

Read More »

Ujian kehamilan menggunakan jenama clearblue digital

UJIAN KEHAMILAN MENGGUNAKAN CLEARBLUE DIGITAL   “Salam doktor, sya telah lewat haid 3 hari dan keputusannya ialah seperti dalam gambar. Saya nak tahu, bila masa sesuai untuk saya ke klinik buat ujian kehamilan untuk memastikan saya betul-betul hamil. Terima kasih ?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ujian kehamilan jenama Clearblue Digital mempunyai satu kelebihan apabila dapat mengirakan usia kehamilan wanita yang menggunakannya.   Pihak pengeluar mendakwa usia kehamilan yang dikirakan dengan alat ini adalah tepat dan menyamai ketepatan pemeriksaan menggunakan mesin ultrasound.   Dia menggunakan teknik  Dual Smart Sensor ™ seperti ujian dua dalam satu yang bukan sahaja memberitahu …

Read More »

Mengapa UPT Negatif Tapi Tiada Haid

MENGAPA UPT NEGATIF TAPI TIADA HAID   Salam doctor, saya ingin bertanya. Kali terkhir saya adalah 8 oktober lepas. Sepatutnya  saya haid semula pada 5 Nov. Pada 7 nov  saya  buat UPT dan keputusannya negative. Pada 12 nov saya ulangi semula, tapi keputusannya masih negative dan haid saya belum dating juga.   Soalan saya, apakah kemungkinan yang menyebabkan period saya lewat selain hamil? Untuk makluman, sy tidak mengambil sebarang ubatan.   Mohon doktor  membantu..terima kasih.   WA ALAIKUM MUS SALAM Masa untuk pemeriksaan yang sesuai ialah dua minggu dari tarikh sepatutnya puan dating haid. Dalam kes puan, masa yang seuai …

Read More »

Pembedahan Buang Ovari Menyebabkan Gejala Menopause

PEMBEDAHAN BUANG OVARI MENYEBABKAN GEJALA MENOPAUSE   Assalamualaikum & selamat pagi dr.zubaidi.  Saya ingin bertanya, mama saya sudah buang rahim sebab fibroid. Adakah akan menopous, akan panas-panas badan.? Terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM. Pembuangan  rahem disebut “hysterectomy” . Pembunagn rahem bersama pangkal rahem (serviks) dinamakan “total hysterectomy” Pembuangan kedua-dua belah ovari dan saluran fallopian disebut “Bilateral Salpingo-Oophorectomy”. Pembungan keseluruhan rahem (termasuk pangkal rahem) bersama dengan kedua-dua belah ovary dan saluran fallopian dinamakan “Total Abdominal Hysterectomy and Bilateral Salpingo-Oophorectomy” Pembungan rahem di kalangan wanita yang subur, tidak menyebabkan menopause. Pembuangan kedua-dua belah ovary dalam mana-mana pembedahan yang disebutkan di atas …

Read More »

KEGUGRUAN DAN TIDAK BUAT D&C, KITARAN HAID TIDAK TERATUR

“Assalamualaikum Dr. zubaidi. Pada lepas saya pernah keguguran semasa usia kehamilan saya  8 minggu. Semasa gugur, ada keluar ketulan daging bercampur darah. Ibu mertua saya tidakbenarkan buat D&C. Sehingga sekarang saya tidak pernah lagi buat sebarang rawatan atau vaginal scan untuk keguguran. Masalanya kitaran haid saya tidak teratur dan  sehingga kini masih lagi belum hamil. Apakah tindakan yang perlu saya buat sekarang. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya difahamkan keguguran puan telah berlaku pada tahun lepas. Pada masa yang sama puan perasan “keluar ketulan daging bercampur darah” berkemungkinan janin yang masih bersaiz kecil telah keluar ketika keguguran itu. Selalunya pada peringkat …

Read More »

Mahu kahwini anak pesakit HIV

MAHU KAHWINI ANAK KEPADA PESAKIT HIV   “Assalamuaikum dr,kawan saya akan berkahwin dengan seorang gadis di mana bapanya telah meninggal dunia kerana jangkitan HIV. Ketika itu anak perempuannya masih berumur 2thn. Setelah anak perempuannya membesar ahli keluarga lain telah membawa anak perempuan tersebut untuk pemeriksaan HIV dan keputusannya adalah negatif di mana dia tidak dijangkiti HIV bapanya. Soalan saya, adakah keputusan itu sememangnya benar dan tepat dan walau keputusan hiv adalah negative, adakah dia masih dikatakan sebagai “pembawa hiv”?Mohon pencerahan. Terima kasih” WaA ALAIKUM MUS SALAM Ya. Ujian HIV yang terbaru digunakan di mana-mana makmal moden yang mendapat pengiktirafan KKM …

Read More »

Ginseng juga ada kesan sampingan

GINSENG JUGA ADA KESAN SAMPINGAN “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, saya ada mengamalkan suplemen yang diperbuat dari ginseng untuk naikkan berat badan. Doktor, apa kesan consume ginseng bila datang haid? Adakah berbahaya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ginseng Korea (Panax ginseng) dikatakan sebagai suplemen sebagai bantuan penurunan berat badan. aya belum dengar atau membaca di mana-mana journal terkemuka atau dipercayai mengenai faedahnya untuk meningkatkan berat badan.   Korean Ginseng mengurangkan berat badan apabila ia membantu meningkatkan metabolisme karbohidrat, dan mengurangkan selera untuk makan, menurut laporan Dr Robert B. Saper dari Harvard Medical School, yang diterbitkan …

Read More »

Masa Sesuai Guna Pil Perancang

MASA SESUAI GUNAKAN PIL PERANCANG   “Salam doctor. Saya telah melahirkan anak kedua seminggu yang lepas. Jururawat di Pusat Kesihatan sibuk mencadangkan saya mengamil pil perancang untuk menjarakkan anak sekurang-kurangnya dua tahun. Pertanyaan saya, bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil pil pernacang ini? Mohon penjelasan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Masa yang sesuai untuk menggunakan pil perancang kehamilan adalah bergantung sama ada puan menyusukan anak atau tidak. Secara amnya, bagi wanita ibu yang menyusukan anaknya perlu menunggu enam minggu selepas melahirkan anak, untuk memberikan masa agar bekalan susu ibu lebih mapan dan bayi semakin lebih matang. Ini kerana …

Read More »

Kesan pil perancang Noriday pada bayi melalui susu ibu

KESAN PIL PERANCANG NORIDAY PADA BAYI MELALUI SUSU IBU   “Salam doctor. Saya sedang mengamalkan pil Noriday, yang dicadangkan oleh doctor saya kerana saya masih menyusu. Pertanyaan saya, boleh kesan hormone dalam pil ini memberi kesan pada bayi saya melalui susu ibu? Mohon penjelasan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Penggunaan pil perancang keluarga NORIDAY memang digalakkan bagi ibu yang menyusukan anak mereka kerana ia tidak mengganggu penghasilan susu ibu. Pil Perancang Keluarga Noriday  termasuk dalam  kategori Mini Pill atau POP (Progestogen Only Pill)  kerana ia hanya  mengandungi  satu  jenis hormon progestogen sahaja. Ia mengandungi Norethisterone (sejenis progesterone buatan) 350microgram …

Read More »

BILA LAKUKAN PAP SMEAR

“Salam doctor. Saya ingin bertanya, bilakah masa yang sesuai untuk saya melakukan pemeriksaan pap smear. Saya berusia 24 tahun telah berkahwin. Ibu saya penghidap kanser pangkal rahem. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pap smear adalah kaedah ujian saringan bagi mengesan sel-sel kanser di pangkal rahem. Selain itu ia dapat mengesan jenis kuman yang menyebabkan jangkitan kuman pada faraj. American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mencadangkan pemeriksaan pada usia 21 tahun, sementara di Malaysia pada usia 30 tahun (setelah berkahwin). Di Malaysia pap smear biasanya dilakukan  pada wanita  yang usia 30 tahun ke atas. Sementara di beberapa …

Read More »

Kaedah perancang keluarga yang mengurangkan penghasilan susu

KAEDAH PERANCANG KELUARGA YANG MENGURANGKAN PENGHASILAN SUSU IBU   “Salam doctor. Saya ibu yang menyusukan anak saya berusia 6 bulan. Saya perasan susu saya semakin sedikit. Adakah ini berkait dengan pil perancang kehamilan  Mercelon yang saya gunakan?. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan kaedah pencegahan kehamilan adalah selamat digunakan ketika menyusu anak, tetapi sebarang kaedah yang menggunakan hormone estrogen, (sama ada dalam bentuk pil, IUCD atau suntikan), boleh mengurangkan penghasilan susu.   Oleh kerana itu sangat penting bagi ibu mahu meneruskan menyusui anak, dan dalam masa yang sama mahu menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga  untuk …

Read More »

Keputusan pap smear tidak normal

KEPUTUSAN PAP SMEAR TIDAK NORMAL     “Salam. Saya baru melakukan pemeriksaan pap smear kerana mengalami pendarahan selepas bersama suami melakukan hubungan seksual. Dari laporan pap smear, menunjukkan TIDAK NORMAL. Adakah saya sudah mengalami kanser pangkal rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pemeriksaan pap smear  adalah pemeriksaan saringan untuk menguji kewujudan sel-sel kanser pada pangkal rahim di kalangan wanita.   Dalam ujian ini, sels-sel pada pangkal rahem diambil  dan dihantar ke makmal untuk dilihat di bawah mikroskop.   Bagi wanita yang berisiko tinggi, mengesan kewujudan sel-sel kanser pangkal rahim pada peringkat awal dengan pemeriksaan Pap …

Read More »

PUNCA RASA SAKIT KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SEMASA HAMIL

  “Salam doktor, saya sekarang hamil 5 bulan.Hampir 2 bulan kami berpisah kerana suami belajar di luar negara dan sekarang suami sudah kembali ke Malaysia. Masalah saya ialah setiap kali melakukan hubungan seksual,  saya berasa sakit dan senak, sehingga saya tidak dapat menikmati seks itu sendiri. Saya ingin meminta penjelasan doktor apakah punca kesakitan itu dan apa yang perlu saya dan suami buat untuk mengurangkan rasa sakit ini seterusnya dapat sama-sama menikmati hubungan seksual sewaktu hamil.  Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Hubungan seksual bersama suami atau isteri semasa hamil adalah suatu yang normal dan tidak perlu dihalang. …

Read More »

Jangkitan kuman pada faraj

JANGKITAN KUMAN PADA FARAJ   “Salam doctor, saya berusia 28 tahun dan baru berkahwin. Apa yang menjadi masalah saya ialah saya mengalami keputihan yang pekat dan berbau, sehingga menjadi kegatalan dan kemerahan pada kelengkang saya. Adakah ini disebabkan oleh jangkitan kuman?. Mohon pencerahan, terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, puan mengalami jangkitan kuman pada faraj.  Saya mencadangkan agar puan menjalani pemeriksaan doctor kerana jangkitan kuman pada faraj disebabkan oleh beberapa organisma (kuman) yang berlainan.   Tanda jangkitan pada faraj ialah seperti keluarnya cairan diikuti rasa gatal, kemerahan, sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami, sakit pada bahagian …

Read More »

Tip Memilih Bra Ketika Hamil

TIPS MEMILIH BRA KETIKA HAMIL “Salam doctor. Saya hamil 20 minggu. Saya banyak membaca dan ada yang menyatakan bahawa kita harus menukarkan bra yang sesuai. Benarkah? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Semasa hamil, akan berlaku perubahan pada saiz dan bentuk payudara seseorang wanita. Pada masa itu payudara  sedang membina  lebih banyak tisu-tisu  untuk memuatkan kelenjar-kelenjar susu. Ia persediaan awal bagi menyediakan payudara untuk menyusukan anak setelah melahirkannya kelak. Pemakaian bra semasa hamil haruslah digalakkan kerana ia memberi sokongan pada payudara untuk mengurangkan penarikan tisu yang boleh menyebabkan buah dada menjadi kendur terutama pada wanita yang mempunyai payudara …

Read More »

Minum air suam apabila sakit tekak

MINUM AIR SUAM APABILA RASA SAKIT TEKAK TONSILITIS “Salam Dr.  Saya keliru tentang cara menyurutkan bengkak tonsil. Bolehkah saya minum ais? Atau perlukah saya minum air suam? Macam mana dengan aiskrim vanilla yang kebiasaannya dilakukan oleh kebanyakan orang? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Tonsil adalah kelenjar yang berada  di belakang mulut dan bahagian atas tekak. Mereka membantu untuk menapis kuman bagi untuk mencegah jangkitan dalam badan.  Ini bermakna sebelum kuman masuk dalam badan melalui jangkitan pada mulut dan tekak, tonsil akan membengkak  supaya antibody dapat  membunuh kuman tersebut.   Pada mulanya, bengkakan tonsil mungkin tidak menimbulkan rasa …

Read More »

Ketagihan coklat secara berlebihan ketika haid

KETAGIHAN COKLAT SECARA BERLEBIHAN KETIKA HAID   “Salam doctor. Saya berusia 22 tahun dan berlum berkahwin. Saya mengalami masalah senggugut dan cuba mengelakkan makan Panadol dan ponstan. Masalah saya ialah saya memakan coklat untuk mengelakkan rasa sakit dan kini sangat ketagihan terhadap coklat. Saya memakan sekurang-kurangnya 5 bar coklat sehari dan pada waktu haid saya mengambil 10-12 bar coklat sehari. Untuk mengetahuan doctor berat saya agak berlebihan. Mohon pencerahan doctor untuk mengurangkan ketagihan ini. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. PMS (Premenstrual Syndrome, PMS) adalah gelaja-gelaja yang menyebabkan seorang wanita meresa tidak selesa atau berkelakuan agak pelik beberapa hari sebelum …

Read More »

HAMIL PADA USIA 40AN

“Salam. Dr, saya berharap sangat dr akan membalas mesej saya ini. Saya berusia 43 thn 24 Nov ini. Saya mempunyai 4 org anak. Saya mengambil pil perancang selepas anak keempat dan sudah genap 5 thn sy ambil pil norriday. Baru2 ini saya mengalami keguguran iaitu pada 16 Oktober (unplanned). Saya termengandung mungkin sebab ada tercicir ambil pil tersebut. Saya teringin untuk menambah cahaya mata lagi (mungkin yg terakhir) sebelum saya mungkin membuat keputusan utk ikat. Persoalannya adakah saya masih boleh menagandung? Anak pertama usia 16 thn, kedua 15, ketiga 10, keempat 5. Saya start mkn pil selepas anak kedua. Saya …

Read More »

MASALAH CIRIT BIRIT SEMASA HAID

“Salam doctor. Saya ingin bertanya mengapa seorang wanita mengalami rasa sakit perut terutama bahagian ari-ari, dan ceret beret semasa kitaran haid? Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Apabila seorang wanita sedang mengalami haid, bukan saja beliau mengalami rasa kekejangan dan sakit terutama di bahagian ari-ari, kembung perut , tetapi juga mengalami cirit-birit. Tidak semua wanita mengalami masalah rasa tidak selesa ketika kedatangan haid, ada yang diberikan nikmat oleh ALLAH untuk mengalami rasa mudah menjalani pendarah haid setiap bulan. Namun ramai juga yang mengalami gejala yang tidak menyenangkan. Ini semua ujian dari ALLAH bagi seorang wanita. Wanita yang tabah pasti akan …

Read More »

Pesakit MS boleh hamil?

PESAKIT MS BOLEH HAMIL?     “Salam doctor. Saya sudah 3 tahun berkahwin  dan baru-baru ini saya disahkan mengalami penyakit  Multiple Sclerosis (MS). Adakah saya boleh hamil dan adakah selamat untuk saya hamil?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Multiple sclerosis (MS) adalah penyakit di mana sistem imun seorang individu menyerang dan merosakkan sarung yang melindungi dan meliputi saraf.  Kerosakan pada sarung saraf ini akan mengganggu komunikasi antara otak dan bahagian lain badan anda.   Maknanya otak tidak dapat mengawal pergerakan tubuh, menyebabkan seseorang itu mengalami kebas pada anggota, tidak dapat menggerakkan anggota tubuh dan akhirnya akan lumpuh.   Tanda-tanda …

Read More »

Tip untuk mereka yang kuat berpeluh

TIPS BAGI MEREKA YANG KUAT PELUH “Salam doktor. Boleh beri tips untuk menguruskan peluh yang terlalu banyak? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa berpeluh secara berlebihan itu bukanlah disebabkan oleh suatu masalah perubatan atau penyakit berbahaya. Selain itu boleh gunakan semburan antiperspirant. Semak label produk sebelum membelinya bagi memastikan bahawa produk yang digunakan adalah “antiperspirant” dan bukan hanya deodoran. Deodoran hanya akan mengelakkan dari bahagian yang berpeluh, terutamanya ketiak agar tidak berbau, tetapi ia tidak akan mengurangkan keadaan berpeluh secara berlebihan. Bagi yang mengalami masalah berpeluh berlebihan, produk antiperspirant yang …

Read More »

Langkah mengurangkan berpeluh keterlaluan

LANGKAH MENGURANGKAN BERPELUH KETERLALUAN   “Salam doktor. Saya mengalami masalah berpeluh yang kuat. Saya tidak tahu apa masalahnya. Apa nasihat doktor untuk saya? Mohon bantuan doktor, terima kasih”  Sebenarnya berpeluh adalah proses biasa yang dialkukan oleh tubuh untuk mengekalkan suhu tubuh. Berpeluh dianggap berlebihan apabila ia menyebabkan seseorang individu merasa malu apabila berpeluh sehingga tidak terkawal. Sebagai contohnya apabila tapak tangannya berpeluh terlalu kuat, sehingga beliau malu untuk bersalaman dengan orang lain.   Berpeluh dianggap melampau apabila akibat perpeluhan itu baubadan seseorang itu telah berubah menjadi masam, bacin dan busuk. Ini akan menggangu orang disekeliling beliau dan menyebabkan beliau berasa …

Read More »

Adakah wanita kuat berpeluh dari lelaki?

ADAKAH WANITA KUAT BERPELUH DARI LELAKI?   “Salam doktor. Adakah wanita lebih kuat berpeluh dari lelaki?”Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Manusia  mempunyai dua jenis kelenjar peluh iaitu kelenjar peluh eccrine  dan kelenjar peluh apocrine.   Kelenjar peluh eccrine berada pada seluruh kulit kita terutamanya pada  telapak tangan dan telapak kaki. Peluh dari kelenjar ini mengandungi  air (sebahagian besar) , mineral sodium dan mineral kalium, dan biasanya bertujuan untuk menyejukkan tubuh.   Sementara kelenjar peluh apocrine pula berada bahagian tertentu yang mempunyai banyak folikel rambut  seperti pada  ketiak, ari-ari dan kulit kepala. Peluh ini dihasilkan apabila …

Read More »

Peluh sihat dan peluh disebabkan penyakit

PELUH SIHAT DAN PELUH DISEBABKAN PENYAKIT “Salam doktor. Bagaimana kita sebagai orang awam mahu mengetahuii sama ada peluh itu sihat atau disebabkan oleh  penyakit ? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Peluh yang sihat adalah peluh yang keluar dari tubuh pada kadar yang sederhana apabila berada dalam suasana yang panas atau sedang melakukan aktiviti fizikal.   Peluh yang tidak sihat adalah disebabkan oleh beberapa masalah perubatan dan penyakit.   Beberapa perkara yang membezakan sama ada keadaan berpeluh secara berlebihan itu suatu penyakit atau peluh yang sihat.   Apabila disertai dengan demam Apabila berada dalam suasana yang …

Read More »
error: Content is protected !!