SUNTIK INSULIN PUN GULA MASIH TINGGI?

SUNTIK INSULIN PUN GULA MASIH TINGGI?

Lepas terawih tadi singgah rumah mak. Hantar minyak zaitun OPU dan vitamin E Natrieo. Sepanjang Ramadan tak sempat singgah. Tapi ada berhubung melalui telefon.

“Mak ok ke sepanjang Ramadan?” tanya saya pada mak dah berumur 71 tahun. Dia solat di surau depan rumah. Terawih lapan rakaat. Sambung di rumah lagi 12 rakaat. Witir 3 rakaat.

“Alhamdulilah, mak boleh puasa dan berterawih”.

Syukur. Sebab ramai kawan-kawan mak yang sudah tak mampu berjalan ke surau. Ada yang tak mampu solat berdiri lagi.

“Long, ada jiran depan masuk hospital”. Mak memanggil saya Along kerana saya anak sulong.

“Kenapa mak?”

“Kencing manis. Dah cucuk insulin pun tinggi. Malam smlm lepas berbuka dia pengsan kat rumah. Panggil ambulan. Isteri dia kata, gula terlalu tinggi…”

“Macamana boleh gitu mak? Bukan ke sudah cucuk insulin…” saya tanya.

“Isteri dia kata mmg dia tak boleh jaga makan. Nasi bertambah, minum nak manis…”

Allahu..

Ya betul. Mmg pesakit diabetes perlu jaga makan. Walaupun sudah cucuk insulin, tak bermakna boleh ambil minuman manis dan makanan yg bersumber karbohidrat ringkas, terutama nasi putih. Dua perkara ini memang menyebabkan tahap gula yang tinggi walaupun sudah ambil ubat anti-diabetes dan suntikan insulin.

Saya ada satu kes yang agak berbeza.

Seorang pesakit diabetis, berusia 40an, dulunya obes, sekarang sudah kehilangan 20 kg setelah buat diet Intermittent Fasting bermula awal tahun lepas. Kawalan gula pun sudah bertambah baik. Dulu HbA1c 11.5%, sekarang sudah 6.5%. Sekarang ambil satu biji Metformin 500mg saja, pagi dan malam sebab bacaan gula sudah turun kpd secara purata 5-6 mmol/L. Saya percaya bacaan HbA1c akan bertambah turun jika dia terus mengamalkan cara pemakanan yang betul.

Selain dari Diet Intermittent Fasting, dia juga ambil minyak zaitun untuk bekalan tenaga dan gastritis beliau, bersama vitamin E Natrieo.

Bagi mengelakkan sugar craving beliau ambil stevia OLEVASTEVIA. Stevia adalah pemanis natural bagi menggantikan gula. Zero kalori, tiada karbo dan tidak meninggikan tahap gula.

Memang sesuai untuk beliau menurunkan berat badan dan mengawal tahap gula. Jadi pesakit diabetes seperti jiran mak tadi dapat menikmati rasa manis tanpa bimbang kenaikan gula.

Stevia bukanlah ubat kencing. Ia hanya membantu pesakit diabetes yang tidak boleh meninggal rasa manis dalam minuman. Tetapi peranan dia besar dalam pengurusan rawatan pesakit diabetes.

Alhamdulillah ramai yg sudah dapat manfaat darinya.

Dapatkan Stevia KLIK DI SINI

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!