RISIKO FIBROID KETIKA HAMIL

RISIKO FIBROID KETIKA HAMIL

 

 

Fibroid merupakan ketumbuhan yang tidak merbahaya yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim.

 

Ketumbuhan fibroid berlaku pada seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Sebanyak 20 %  wanita dalam lingkungan usia reproduktif, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Pada usia melebihi 35 tahun, kejadian fibroid berlaku secara lebih kerap, iaitu menjangkau sebanyak 40 %.

 

Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah:

  1. wanita pada usia subur (30 hingga 40 tahun),
  2. wanita yang over weight atau obese
  3. wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid
  4. wanita yang tidak pernah melahirkan anak

 

Fibroid boleh juga berlaku di kalangan wanita yang hamil. Pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kebanyakan fibroid tidak akan membesar ketika hamil. Sebahagian kecil pula menghadapi pembesaran fibroid dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan akibat pengaruh hormon estrogen yang berada pada aras yang tinggi ketika awal kehamilan.

 

Wanita hamil umumnya hanya mengetahui mempunyai fibroid ketika menjalani ujian ultrabunyi dan tidak mengalami masalah ketika hamil. Fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak.

 

Oleh itu bagi wanita hamil yang mengalami fibroid,  mereka haruslah melakukan pemeriksaan berkala untuk memastikan pembesaran janin berlaku dengan baik, dan ibu yang hamil tidak mengalami keguguran, mengalami kesakitan semasa hamil dan menghindari kelahiran bayi pramatang.

 

Keguguran boleh berlaku terutama bagi fibroid jenis submukosa yang membesar di dalam kaviti (rongga) rahim. Ia menyebabkan lapisan endometrium dalam rahim menjadi nipis dan menghalang bekalan darah yang mencukupi untuk tumbesaran janin tersebut.

 

Selepas melahirkan bayi, rahim yang mempunyai fibroid akan mengalami masalah untuk mengecut. Ini boleh menyebabkan ‘tumpahan darah’ selepas bersalin.

 

Fibroid juga menrangsangkan  pengecutan rahim (kontraksi)lebih  awal sebelum waktu yang sepatutnya dan boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Fibroid boleh menyebabkan kedudukan bayi menjadi melintang atau songsang.

 

Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan semasa hamil. Jika kelahiran perlu dilakukan melalui pembedahan caesarean, pembedahan membuang fibroid (miomektomi) tidak dilakukan pada masa yang sama.  Hal ini bertujuan untuk mengelakkan perdarahan yang banyak dan sukar dikawal. Pembedahan hanya boleh dilakukan semasa ibu melahirkan anaknya, sekiranya fibroid tersebut sangat berbahaya jika tidak dibuang.

 

Wallahu a’lam

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!