Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita pertengahan 20an, mengadu sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi.

Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya.

Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak “Tolong doktor,  kawan saya pengsan!”.

Saya rasa mungkin mereka keliru antara pengsan dan pitam. Pengsan bermakna tidak sedarkan diri langsung, sedangkan pitam pula pesakit masih dapat mendengar perbualan orang di sekitar dan masih lagi boleh menggerakkan mata atau jari-jari mereka.

Bagi saya pitam adalah keadaan yang tidak merbahaya sementara pengsan adalah suatu medical emergency. Ia perlu diberikan perhatian dan boleh menyebabkan kematian.

Apa yang menyebabkan pitam?

Pitam adalah suatu fenomena biasa di kalangan remaja dan wanita muda. Dalam kebanyakan kes, ia bukanlah sesuatu yang serius. Tiada rawatan spesifik diperlukan. Ia dikenali sebagai syncope di kalangan masyarakat perubatan.

Syncope adalah istilah perubatan untuk pitam yang berlaku secara tiba-tiba, biasanya sekejap tetapi boleh menjadi pengsan (tidak sedarkan diri,  loss of consciousness) disebabkan oleh peredaran darah dan bekalan oksigen yang tidak cukup di otak. Ia didahului dengan tanda-tanda seperti pening, kulit menjadi sejuk, pandangan berkabur atau terasa lemah seluruh badan.

Sebelum seseorang itu pitam, berlaku perubahan dalam keseimbangan saraf dan peredaran darah, menyebabkan jumlah darah yang mengalir ke otak berkurangan. Selepas itu beliau kehilangan perimbangan badan dan jatuh.

Apabila berbaring, aras kepala perlu berada sama dengan aras jantung. Darah akan kembali ke otak dan pesakit itu akan sedar selepas beberapa minit.

Maka jika seseorang pitam atau pengsan, jangan cuba dudukkan pesakit. Jangan alaskan kepala pesakit dengan bantal. Ini menyebabkan aras kepala lebih tinggi dari jantung. Pengaliran darah ke otak akan perlahan, dan pesakit tidak pulih dari pitam atau pengsannya.

Pernah terjadi ketika saya sedang mengambil darah seorang pesakit wanita untuk beberapa ujian, tiba-tiba suaminya yang berdiri di sebelahnya jatuh.Saya tidak segera mendudukkan si suami itu. Saya hanya memperbetulkan baringannya dan memastikan dia tidak tercedera semasa jatuh. Tidak sampai seminit beliau mula sedar kembali.

Apa yang menyebabkan pitam?

Di antara sebab-sebab  seseorang itu menjadi pitam ialah :

1. Keadaan sekeliling

Keadaan sekeliling amat mempengaruhi sistem pengaliran darah dan sistem saraf bagi seorang remaja wanita. Ramai remaja wanita pitam namun, ia bukan masalah kesihatan yang serius.

Keadaan yang mendesak seperti berada di tempat yang terlalu padat, melakukan senaman fizikal yang berat, terlalu lapar, terlalu haus, atau berdiri lama di tengah panas terik boleh menyebabkan  mereka pitam dan pengsan. Begitu juga jika mereka bangun dari keadaan duduk atau baring terlalu cepat.

Keadaan sebegini disebabkan di dalam tubuh kita terdapat sistem vasovagal yang mengawal keseimbangan hormon, emosi, saraf dan peredaran darah. Apabila ia terganggu, ia menyebabkan keadaan pitam atau syncope.

Vasovagal syncope disebabkan oleh tekanan emosi, terlalu takut, dimalukan di khalayak, atau merasa tidak selesa di perhimpunan ramai. Emosi yang bercelaru ini menyebabkan sistem saraf akan menghalang darah ke otak, lalu menyebabkan pitam.

Hypoxic syncope berlaku akibat kekurangan oksigen (hypoxia) iaitu apabila udara mengandungi kurang dari 16% oksigen. (Kurang dari  11% boleh menyebabkan rasa susah bernafas (suffocation) dan kematian).

Sama ada otak kita kekurangan oksigen atau pengaliran darah ke otak tidak mencukupi, tubuh akan menerima ‘signal’ agar sesuatu harus dilakukan.

Tubuh akan bertindakbalas dengan mengecutkan saluran darah ke bahagian tubuh yang kurang penting, supaya darah dapat dihantar ke bahagian otak bagi membekalkan oksigen.

Penghantaran darah dipercepatkan untuk mempercepatkan degupan jantung (tachycardia). Kadar pernafasan juga dipercepatkan bagi meningkatkan tahap kandungan oksigen.

Proses ini akan menyebabkan kulit pesakit berwarna pucat, bernafas dengan laju, loya dan muntah, dan lemah anggota terutamanya kaki. Jika tidak terkawal ia akan menyebabkan pitam.

2.Hyperventilation.

Individu yang berada dalam keadaan hyperventilation biasanya akan menarik nafas pendek tetapi dengan kadar laju. Tujuannnya adalah untuk menampung kepekatan oksigen yang kurang. Ia juga menyebabkan kepekatan carbon dioxide (CO2) di dalam darah menurun secara mendadak dan mengakibatkan pitam.

Keadaan ini berlaku di kalangan orang yang terperanjat, terlalu stress atau mengalami masalah keresahan (anxiety disorders). Saya pernah menerima seorang eksekutif wanita yang pitam kerana dimarahi oleh pegawai atasannya. Beliau tidak dapat menahan rasa terperanjat, malu dan marah di khalayak lalu pitam.

3.Kekurangan gula dalam darah.

Otak memerlukan bekalan gula yang berterusan untuk berfungsi 24 jam tanpa berhenti. Kekurangan gula berlaku pada mangsa bencana alam yang tidak mendapat bekalan makanan untuk beberapa hari. Mereka yang terlalu menjaga pemakanan dengan ketat juga mengalami masalah serupa.

Seorang pesakit mengadu selalu sakit kepala dan badannya lemah. Dia pernah beberapa kali pitam di pejabat. Bila saya periksa, saya dapati kandungan gulanya terlalu rendah. Alasannya untuk menjaga berat badan kerana majlis perkahwinannya akan berlangsung tidak lama lagi.

Kandungan gula sebanyak 3.5mmol/ml menyebabkan pesakit mula berasa pitam manakala bacaan GM 2.0mmol/ml pasti menyebabkan seseorang itu pitam.

3.Anemia.

Anemia berlaku apabila pesakit mempunyai kurang bilangan sel darah merah. Sel-sel ini penting untuk membawa oksigen ke jantung dan otak. Biasanya anemia berlaku pada gadis yang mengalami pendarahan haids yang banyak.

4.Kehamilan.

Bagi wanita muda yang hamil, tubuh mereka mengalami beberapa perubahan dalam sistem peredaran darah. Darah mereka di’kongsi’ dengan bayi yang di dalam rahemnya.

Rahem yang membesar menekan saluran darah besar aorta dan inferior vena cava yang menyalurkan darah semula ke jantung dan ke otak.

Seorang gadis berusia 18 tahun telah dibawa oleh ibunya ke klinik kerana pengsan di dapur rumah. Beliau juga kelihatan selalu penat. Ujian air kencing untuk kehamilannya positif. Ibunya pula yang pitam akibat terkejut menerima berita itu.

5.Masalah Jantung.

Masalah jantung di kalangan remaja jarang diketahui sehingga mereka melakukan aktiviti fizikal di luar rumah. Antara masalah jantung ialah degupan jantung yang tidak seragam (irregular rhythm) dan kebocoran kecil pada dinding tengah jantung (Septal Defect). Jika remaja atau wanita muda pitam setelah melakukan aktiviti senaman yang berat, mereka perlu dihantar untuk pemeriksaan.

Bagaimana mengurangkan kemungkinan untuk pitam?

Sesetengah remaja merasa pening kepala sebelum terjadinya pitam. Pening kepala harus dibezakan dari sakit kepala. Pening kepala bermakna pesakit merasakan seluruh benda yang berada di sekitarnya berpusing laju mengelilinginya. Sementara sakit kepala biasanya merasakan kesakitan di dalam kepala. Selain itu pesakit berasa pandangan berkabur atau terus gelap. Ada yang berasa loya dan muntah. Jantung pula berdegup laju dan sukar untuk bernafas.

Jika ada tanda-tanda begitu, pesakit ini perlu segera berbaring. Ini akan menyebabkan darah yang beredar ke otak menjadi normal. Kemudian barulah perlahan-lahan cuba posisi duduk. Apabila tidak ada masalah, baru;ah dibolehkan berdiri.

Minumlah air secukupnya untuk mengurangkan dehidrasi terutama apabila kehilangan air yang banyak melalui peluh akibat bersenam, melakukan aktiviti fizikal atau ketika di cuaca panas. Elakkan suasana yang terlalu panas, padat dan merimaskan.

Jika terpaksa duduk atau berdiri terlalu lama, sesekali buatlah exercise stretching regangan dengan cara meluruskan kaki atau menyilangkan kaki. Ini membantu peredaran darah yang sempurna ke otak dan jantung.

Apa yang perlu dibuat?

Jika pitam berlaku buat pertama kali dan puncanya jelas (eg berada di kawasan yang sesak, panas atau kekurangan gula dalam badan), selalunya tiada apa yang perlu dirisaukan. Namun jika berlaku berulangkali, pesakit seharusnya berjumpa doktor dan menjalani beberapa pemeriksaan.

Selepas kejadian itu, beritahu doktor sama ada pesakit mengalami apa-apa kecederaan. Mungkin kepalanya terhantuk di meja semasa pitam atau tangannya luka akibat serpihan kaca. Pitam yang terjadi bersama dengan sakit dada, susah bernafas dan jantung berdegup kencang, memerlukan pemeriksaan yang lebih rapi.

Apa yang akan dilakukan oleh doktor?

Pitam selalunya tidak berkaitan dengan masalah kesihatan yang serius di kalangan remaja atau wanita muda. Doktor yang memeriksa biasanya hanya melakukan beberapa pemeriksaan ringkas di samping bertanyakan beberapa soalan saja.

Ada baiknya doktor menguji tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan melakukan ujian full blood picture. Untuk ini, sedikit darah akan diambil dan dihantar ke makmal.

Pemeriksaan full blood count akan memeriksa tahap hemoglobin  dan mengira jumlah sel darah merah seseorang. 5% pesakit yang pitam disebabkan oleh kekurangan sel darah merah.

Beberapa ujian lain boleh dilakukan bergantung kepada diffential diagnosis yang doktor fikirkan, antaranya ECG. ECG boleh membantu doktor untuk mendiagnosa masalah jantung seperti atrial fibrillation, heart block, atau serangan sakit jantung sama ada baru atau lama. Seramai 20%-30% pesakit yang pitam mengalami ECG yang tidak normal.

Rawatan bagi pitam bergantung punca pitam, iaitu penyakit yang menyebabkan pitam. Tiada ubat atau rawatan khusus.

Membantu rakan yang pitam

Bayangkan kita sedang bekerja dan mendapati seorang rakan kita tiba-tiba jatuh dan pengsan. Apa yang perlu kita lakukan?

Pastikan dia berada dalam keadaan berbaring lurus di atas lantai. Jika dia tercedera, jangan alihkan. Kecederaan tulang belakang (spinal injury) akan lebih mudharat jika digerakkan tanpa cara yang betul.

Longgarkan pakaian, tali pinggang, kolar atau tali leher. Ini membantu peredaran darah dan memudahkan dia bernafas. Alaskan kaki dan peha menggunakan selimut agar ia lebih tinggi dari aras jantung.

Pesakit biasanya akan sedar selepas beberapa minit. Jika masih berasa lemah untuk bangun, benarkan dia berbaring untuk beberapa minit lagi agar dia benar-benar pulih dari pitamnya. Jika pesakit itu terus pengsan dan tidak sedarkan diri langsung, bawalah dia ke hospital dengan seberapa segera.

Wa allahu a’lam

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (021110)

http://www.facebook.com/drzubaidi

https://drzubaidi.com/blog

20 comments

  1. sy sering pitam sampaikan pernah terlanggar peti ais…memang memalukan. yg plg truk,sy pernh bergeletar menahan diri dari terjatuh. setiap hari sy mengalami keadaan yg sama.apa yg perlu sy lakukan?

  2. kadang2 sy akan mengalami pitam secara tiba2,cthnya sms berjalan.penlihatan menjadi kabur dan hitam kadang2 tangan pun akan bergetar.sy terus bersandar di tepi dinding atau duduk lepas tu penglihatan baru akan kembali normal semula.kadang2 baru bangun dari duduk atau bangun semula dr tidur pun akan mengalami pitam.apakah punca di sebaliknya?

  3. saya pelajar tingkatan empat . pagi tadi adik saya myuruh saya utk hantar dia pergi skolah . mak saya suroh saya beli sarapan sekali . saya hantar dia naik moto. sesampai kat tmpat jual sarapan , perut saya sakit sperti kdatangan haid . lepas membayar duit , kepala saya mula berpinar-pinar . namun saya kuatkan semangat utk berjalan ke arah motor . akhirnya saya rebah disitu juga . dada saya tersembam dengan pasu pokok bunga . saya terase sperti orang sedang cuba mngangkat saya . tetapi sukar untuk saya bergerak dan bangun . saya sdar namun tidak berdaya untuk berkata dan membuka mata . selama ini saya ada masalah apabila saya duduk atau baring walaupun utk smentara waktu , pndgn saya akn menjadi gelap utk seketika dan thuyung hayang . tetapi saya tidak rebah . hanya kali ini , saya rebah dan tidak berdaya . mengapa ya ??

  4. saya baru saja mengalami masalah pitam ni…kemuncaknya saya terpaksa ke emegency wad kerana tidak tahan.disamping rasa nak pitam, perut juga rasa sakit yang amat sangat..semalaman saya tak dapat tidur..pukul 5 pagi saya keunit kecemasan dan disana saya diberi ubat gastrik dan di suntik.
    alhamdulillah rasa baik sikit walaupun rasa pening(berpusing-pusing)masih ada.doktor menyuruh saya berehat dirumah.

  5. salam.
    saya mengalami masalah pitam sejak dari skolah rendah ketika berumur 8/9 tahun.
    sekarang saya hampir memasuki umur 20thn dan masalah ini masih berlaku
    setiap kali saya bangun dari duduk, pandangan saya bukan lagi kabur tapi hilang dan yang saya nampak hanyalah hitam semata-mata
    kemudian kaki terasa lemah dan saya terpaksa gunakan sepenuh tenaga yang ada untuk mengelakkan saya jatuh.
    ada tak ubat untuk mengekang perkara ni dari terus terjadi?

  6. sejak dari sekolah menengah lagi saya kerap sakit kepala . dan sekarang , umur saya 19 tahun . sakit kepala dah berkurangan . dan kini , apa yang saya rasakan adalah pening yang hampir2 pitam . tapi saya tidak pitam seperti yang lain . cuma pening dan hampir pitam . itu sahaja . saya tidak tahan dengan masalah ini . harap boleh beritahu , apa punca saya jadi begini . terima kasih

    • dinasihatkan anda berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan (seperti yang telah dijelaskan oleh Dr Zubaidi dalam artikel di atas) -ADMIN-

  7. Saya mengandung 5bulan..dan nampaknya masih mengalami mabuk teruk sehingga saat ini.kerap muntah dan mata berpinar-pinar sebelum pitam.Sebelum pitam saya akan rasa panas dan berpeluh-peluh,terutama sekali di bahagian muka.saya telah merujuk kepada doktor tentang ini..tetapi darah dan gula normal.selain itu, sebelum ini saya mengalami kesakitan di bahagian abdomen terutama di bahagian pinggang hingga ke bawah sebelah kanan dan setelah di scan mereka dapati ada sesuatu di buah pinggang saya di sebelah kanan tetapi tidak dapat dikesan melalui x-ray memandangkan saya mengandung ketika ini.jadi, boleh saya tau dr doktor, adakah ini normal bagi ibu mengandung?apakah nasihat dr doktor sendiri tentang ini?

    terima kasih.

  8. well,saya nak tanya kalau sebelum pitam,ada tak keadaan dimana badan seseorang tu menggeletar?.Ada sekali semasa latihan kokurikulum,saye pitam dan dapat rsakan badan saya menggeletar seluruh badan.Pandangan juga bertukar seolah memandang ke skrin putih,tak nampak benda lain..adakah itu pitam?

  9. sejak 2 bln kebelakangan ni,stp kali selepas sy melakukan senaman,sy akan pitam..pening,pandangan hitam,loya sehinggakan tangan terasa hendak kebas..x taula ape masalah ni..sebelum ni sy ok je..

  10. Assalamualaikum doktor.
    Adakah pengsan disebabkan darah tinggi?

  11. Semenjak nie sy selalu mengalami masalah pitam. Selalu terjagi d waktu pagi. Sy dah sarapan pun still terasa nak pitam tpy xrebah.kdg2 sy duduk pun boleh nak pitam.sblum nie sy pergi klinik doc.kate sy gastrik. Sy dh mkn ubat tpy smpai skrg sy msih lgy mengalaminya.berdiri pun x boleh lama,n jln x boleh jauh2 badan jdy x selesa n rasa nak pitam.boleh bgtau sy knp n cara mengatasinya.

  12. As’makum, doktor.Saya selalu mengalami sakit kepala di bahagian atas kepala hingga ke leher.Tidak ada selera makan,mual,pening,penglihatan kabur dan saya rasa nak pitam.Pegi cek dengan doktor, doktor kata tiada apa2 cuma perlu makan2 yang berkhasiat dan minum air masak yang banyak.Saya dah cuba tapi masih mengalami sakit kepala sehinggakan saya mengalami keguguran rambut yang banyak setiap hari.Saya ingin mendapatkan nasihat daripada doktok, adakah saya perlu mengambil ubat supplement sepanjang masa atau membuat rawatan di hospital. Terima kasih.

  13. Saya berumur 18tahun dan selalu mengalami masalah pitam.kadang2 sampai tertiarap dekat lantai.memang menyakitkan.Dan saya ada masalah tidak boleh tidur .pukul 6pagi baru terasa mengantuk dan dapat tidur yang sekejap.adakah ia salah 1 punca terkena pitam?

    • Saya berumur 18tahun dan selalu mengalami masalah pitam.kadang2 sampai tertiarap dekat lantai.memang menyakitkan.Dan saya ada masalah tidak boleh tidur .pukul 6pagi baru terasa mengantuk dan dapat tidur yang sekejap.adakah ia salah 1 punca terkena pitam?

      Pitam boleh berlaku akibat kekurangan sel darah merah. dalam kes saudari, mungkin ditambah dengan tidak cukup tidur. Buatlah pemeriksaan darah.

  14. Saya berumur 47 tahun. Baru-baru ini saya tangan saya luka terkena parut kelapa dan berlaku pendarahan yang agak banyak.. Tiba-tiba pandangan saya jadi kabur dan saya tahu saya akan pitam, lantas saya berbaring. Keadaan pulih seperti biasa setelah berehat.

    Dua hari selepas itu, sebelum keluar bekerja, suami saya memeluk saya seperti biasa. Apabila dia melepaskan pelukannya, sekali lagi saya rasa seperti ‘black-out’. Saya terus duduk selama 5 minit sebelum keluar rumah.

    Saya agak risau kerana saya tidak pernah melalui situasi ini sebelum ini. Mohon nasihat doktor.

  15. Saya pun xtahu apa sakit sy dan rasanya mcm xda ubt.sy dah pnat jath tkejut kdang 2 smpai pgsan takk sedar diri lansung…saya penat dgn semua ni pitam pengsan tapi penyakit saya tak dapat detect lansung…sy jd semua ni lepas kemalagan semasa berumur 17tahun lalu sekarang sy berumur 23 tahun 2bulan sy rasa hairan bila bgun terus saya sedikit sdar susah nak explainlah tlong bgthu apa ptut sy buat??sy rasa sedih sgt ada suami tak percaya saya skit bg dia sy cuma buat2 perkara ni…kadang saya rasa macam diilmu hitamkan..tapi entahlah…maaflah saya berharap sangat doktor dapat bg padangan sbb pg hosp sy dkta takda apa2 tapi perkara ni terlalu kerap sangt berlaku…nn

  16. salam dr., saya baru saja mengalami masalah pitam ni. start dari tahun lepas dan berlanjutan sampai la sekarang. tp sekarang ni sy juga kerap rasa susah untuk bernafas, sakit dada dan kadang2 sakit kepala. kaki pun x berdaya je kalau nak jalan lama2 dan berdiri. baru2 ni jugak sy perasan y rambut sy byk gugur. sy pun x tau kenapa. sy hrp dr bole la bg penjelasan. tertekan jugak sebab nak buat aktiviti luar jadi terbatas.

  17. salam, saya seorang pelajar tingkatan 3. saya nak tanya, kenapa setiap kali saya bangun dari tidur, mata saya akan berpinar dan gelap seketika, kadangkala kaki saya tak mampu nak berdiri, ketika saya berjalan di kaki lima sekolah juga begitu sehingga saya terpaksa berpaut pada tiang. saya mula mengalami perkara ni sejak tahun lepas lagi,,

    • salam, saya seorang pelajar tingkatan 3. saya nak tanya, kenapa setiap kali saya bangun dari tidur, mata saya akan berpinar dan gelap seketika, kadangkala kaki saya tak mampu nak berdiri, ketika saya berjalan di kaki lima sekolah juga begitu sehingga saya terpaksa berpaut pada tiang. saya mula mengalami perkara ni sejak tahun lepas lagi,,

      Dr Zubaidi: Wsalam. Selalu seorang gadis mengalami tekanan darah rendah atau sel darah merah yang tidak mencukupi, menyebabkan beliau berasa pening dan berpinar apabila mengubah kedudukan. Saya mencadangkan melakukan pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan darah ‘Full Blood Picture’ di mana-mana klnik berdekatan.

Leave a Reply to puteriCancel reply

error: Content is protected !!