Post Pill Amenorrhea (Catatan Kedua)

(nota: Sila klik di sini untuk membaca catatan pertama saya mengenai topik ini)

Mengamalkan pil termasuk masalah syari’e

Saya sebenarnya serba salah untuk memberikan ubat perancang kepada wanita-wanita Melayu Islam kita. Menurut kuliah yang saya hadiri, doctor yang memberikan dan wanita yang mengamalkan pil atau suntikan perancang (pencegah kehamilan) hukumnya berdosa kerana perbuatannya haram kecuali pemberian dengan sebab-sebab syari’e yang kukuh.

Antara sebab syari’e ialah kehamilan wanita itu boleh menyebabkan kematian. Itu pendapat ulamak secara amnya dan diterima ramai. Namun ada juga ulamak yang menjustifikasikan merancang kelahiran anak agar ibu mempunyai kesihatan yang lebih baik untuk kehamilan yang selanjutnya. Walaupun kehamilan wanita itu tidak mengancam nyawanya namun kehamilannya mungkin menyebabkan dirinya bertambah sakit (akibat penyakit yang sedia ada).

Banyak lagi perdebatan dan hujah yang dikongsikan para ulamak dalam hal ini. Saya tidak menulis tentang hukum syari’e disini. Apa yang saya lebih khuatiri, seperti mana pernah saya tulis di artikel yang lalu di dalam drzubaidi.com ini ialah pengambilan ubat perancang menyebabkan kemandulan yang kekal.

Kerunsingan apabila tiada darah haids

Baru-baru ini saya mendapat email dari seorang wanita yang tidak kedatangan darah haids selama 4 bulan walaupun telah berhenti pengambilan pil perancang pencegah kehamilan. Masalahnya wanita itu masih muda dan mahu hamil.

Datang istilah perubatan, keadaan ini dinamakan ”Post Pill Amenorrhea” . Ia berlaku apabila seorang wanita tidak kedatangan darah haidsnya selama 6 bulan berterusan selepas berhenti pengambilan ubat pil perancang.

Walaupun ianya tidak selalu terjadi, namun keadaan ini berlaku secara significant, iaitu pada 0.2% hingga 3%. Ini bermakna dalam 1000 wanita yang mengamalkan pil perancang pencegah kehamilan, sebanyak 2-30 orang yang mengalami masalah ini.

Pil mengganggu keseimbangan hormon dalam badan

Sebenarnya apa yang berlaku dalam tubuh wanita ini sehingga kedatangan darah haidsnya berhenti dari kebiasaan?

Ianya bermula dari pil perancang kesuburan (OCP) itu tadi. Apabila seorang wanita mengambil pil perancang, hormone estrogen dan progesterone berada dalam tubuh pada tahap yang agak tinggi. Secara tidak langsung akan menyebabkan kelenjar pituitary tidak berfungsi secara normal.

Dalam kitaran haids wanita yang biasa, kelanjar pituitary akan mengeluarkan hormone Follicle Stimulating hormone (FSH) dan Leutinizing Hormone(LH) yang mana akan meransangkan kelenjar ovari menghasilkan folikel yang mengandungi ovum.

Folikel yang membesar ini akan mengeluarkan hormone estrogen. Apabila folikel ini matang dan pecah ia pula mengeluarkan ovum (benih wanita). Pada masa inilah (pada hari ke 14 pada kitaran haids)  dinamakan ovulasi dan hormon progestrone dikeluarkan.

Apabila seorang wanita mengamalkan pil perancang kehamilan yang mengandungi hormon estrogen dan progesterone, kedua-dua hormone ini berada dalam tubuh pada tahap yang tinggi.

Kenaikan hormon ini akan memberikan kesan ‘negative feedback’ iaitu kelenjar pituitari merasakan bahawa estrogen dan estrogen berada dalam keadaan cukup dalam badan. Maka kelenjar pituitary tidak mengeluarkan hormon FSH dan LH yang mana secara tidak langsung, menghalang ovulasi berlaku. Ini akan mencegah daripada ovum dikeluarkan dan wanita itu tidak akan hamil.

Kemandulan sementara kepada kemandulan yang kekal

Selalunya wanita mengamalkan pengambilan pil perancang pada jangka masa yang agak lama antara 2-3 tahun sementara menantikan bayi yang baru lahir membesar.

Oleh kerana pengambilan yang terlalu lama ini, kesan ‘negative feedback’ pada kelenjar pituitary akan terus dirasakan walaupun wanita itu tidak memakan pil perancang itu lagi. Ini akan menghalang berlakunya ovulasi dan menghalang kedatangan darah haids.

Kadang kala darah haids hanya datang sedikit dan tidak tetap kitarannya. Ianya tidak seperti kitaran haids yang biasa, di mana kedatangan darah haids  berlaku selama 5-7 hari dan kitaran haids tetap antara 28-30 hari.

Apa yang membimbangkan dengan masalah kitaran haids seperti ini, peluang untuk hamil menghampiri zero. Ini yang saya bimbangkan, iaitu cuba memandulkan diri untuk sementara tetapi ditakdirkan menjadi mandul selamanya.

Klik di sini untuk membetulkan kitaran haid secara alami

Diagnosa dan Rawatan doktor

Selalunya doktor akan memberikan diagnosa ini berdasarkan sejarah pesakit yang pernah mengambil pil atau suntikan pencegah kehamilan ini.

Pemeriksaan ultrasound akan menunjukkkan ovari yang tidak mempunyai folikel yang sedang berkembang. Dengan kata yang lain tiada folikel yang kelihatan.

Pemeriksaan darah menunjukkan hormon  FSH, LH dan estrogen berada pada tahap yang rendah.

Selalunya doktor tidak memberikan apa-apa ubat untuk masalah ini. Pendekatan ‘tunggu dan lihat’ adalah lebih selamat daripada memberikan ubat-ubatan yang mungkin akan memburukkan lagi ‘ketidakseimbangan’ hormon itu.

Jika keadaan ini terus berlaku selama enam bulan, selalunya doktor akan memberikan clomiphene citrate yang dapat merangsangkan pengeluaran hormone FSH dan LH.

Clomiphene citrate bertindak dengan cara menghalang estrogen dari melekat pada reseptor di rahem dan bahagian reproduksi yang lain. Ini akan memberikan ‘signal yang salah’ pada pituitary, iaitu seolah-olah tiada hormone estrogen berada di dalam tubuh.

Kelenjar pituitary akan mula mengeluarkan hormone FSH dan LH seterusnya akan menggalakkan perkembangan folikel di ovari. Folikel yang membesar akan mengeluarkan  estrogen yang seterusnya menggalakkan pertumbuhan lapisan endometrium dalam rahem. Apabila mencapai waktu yang sesuai, lapisan endometrium akan tanggal dan mendatangkan darah haids ke luar rahem.

Clomiphene citrate memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk bertindak dan kitaran haids kembali normal. Namun begitu saya menasihatkan puan-puan agar berjumpa dan berbincang dengan doktor keluarga puan mengenai masalah ini. Saya tidak bertanggungjawab atas risiko yang puan-puan akan hadapi jika mengambil ubat-ubatan yang saya sebutkan, tanpa puan-puan berjumpa dengan doktor keluarga puan-puan.

Selain dari ubat itu, ada juga doktor yang memberikan ubat yang mengandungi hormone progesterone untuk mendatangkan darah haids. Tindakan ubat ini amat cepat, pendarahan haids akan berlaku setelah mengambilnya beberapa hari.

Namun harus diketahui bahawa pendarahan haids itu tidak akan bermakna jika tiada pengeluaran ovum dari ovari. Ini kerana progesterone tidak menggakkan perkembangan folikel di ovari.

Tanpa perkembangan folikel, ovulasi tidak akan berlaku dan sukar untuk mendapatkan kitaran haids yang tetap. Walaupun wanita itu mengalami pendarahan haids, namun ianya adalah anovular, (bermakna tiada ovari yang dikeluarkan) dan wanita itu tidak dalam keadaan subur.

Secara kesimpulannya pengambilan pil perancang kehamilan haruslah diamalkan atas nasihat doktor dan jika timbul masalah post-pil amenorrhea, puan-puan haruslah berjumpa doktor yang berpengalaman.

Wassalam.

 

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

6 comments

  1. yong shahriah

    kebanyakkan ubt perancang kehamilan mempunyai kesan yg sama,skrg ada juga yg telah di upgrade utk pengguna lebih langsing dan kulit muka lebih licin..yg berbeza harganya..tp apa pandangan dr berkaitan dengan IUD? adakah ianya 1 “alat”pencegah kehamilan sahaja atau sama juga dgn ubat pencegah kehamilan yg lain? dari segi fungsi ianya sama,tp dr segi tindakbalas terhadap pengguna? .

    • Salam,

      IUD dalam pasaran sekarang mempunyai bekalan hormon yang sama seperti pil perancang kelurag yang lain untuk menjadikannya lebih berkesan. IUD sebelumnya hanya mempunyai logam tembaga yang dililitkan pada plastik yang berbentuk T itu.

      Semua ubat pencegah kehamilan mempunyai ‘pro’ dan ‘con’. Berbincang dulu jika amat perlu untuk diri puan.

      Fahamkan risiko yang bakal dihadapi.

  2. salam,

    antara topik yang saya dan kawan-kawan sering bincangkan: penggunaan clomid dan kesannya. saya terbaca satu artikel/research yang mengatakan clomid tidak membantu kehamilan tetapi lebih baik dielakkan pengambilannya kerana boleh mendapat cancer. Berapa lamakah clomid ini boleh diambil dan apakah kesannya jika diambil sama ada untuk jangkamasa pendek atau panjang?tkasih.

  3. SEPHIA FITZROY

    SEKIRANYA SAYA MAUHU MEGANDUNG LAGI ADAKAH SAYA SEHARUSNYA BERHENTI BEGITU SAHAJA MEMAKAN PIL PERANCANG DAN TUNGGU SAHAJA KEHAMILAN TERJADI ATAU SAYA HARUS BERJUMPA DOKTOR UNTUK MENCUCI PERUT DAHULU SEBELUM MENGANDUNG LAGI ATAU BAGAIMANA CARANYA??

  4. Dr,

    bagaimana dengan mengambil suntikan depo sebagai langkah pencegah kehamilan kerana proses ceaser yang berlaku semasa melahirkan anak pertama dan saya dinasihtkan untuk tidak mengandung untuk tempoh 2-3 tahun.

Leave a Reply to yong shahriahCancel reply

error: Content is protected !!