Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » PETUA UNTUK MENGELAKKAN SERANGAN GOUT

PETUA UNTUK MENGELAKKAN SERANGAN GOUT

PETUA UNTUK MENGELAKKAN SERANGAN GOUT

 

Ramai pesakit yang mengalami masalah sakit sendi terutama sendi kaki, akibat serangan gout.

Ini kerana kita tidak cukup minum air kosong. Air kencing menjadi pekat. Asid urik tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh.

Oleh itu salah satu cara mengurangkan tahap asid urik adalah minum air kosong secukupnya.

Tidak semua protein yang mengandungi asid amino purine, meningkatkan tahap asid urik.

Secara amnya daging merah, makananan laut, ikan sardin, ikan bilis dan organ dalaman boleh meningkat asid urik.

Minuman yg mempunyai kandungan gula yang tinggi, minuman beralkohol juga meningkatkan tahap asid urik.

Pengambilan protein dari sumber tumbuh-tumbuh adalah baik kerana ia mengandungi lebih rendah asid amino purine berbanding dengan protein haiwan.

Sebagai contoh kekacang. Ada orang tak boleh ambil, ada orang yang boleh ambil. Bergantung kepada keserasian tubuh dan faktor genetik. Bukan disebabkan oleh kekacang itu sendiri.

Jadi minumlah air kosong secukupnya. Pastikan air kencing kita tidak pekat dan berbau hancing.

Pengambilan satu sudu cuka teen yang dicampurkan dalam segelas air 350ml juga membantu merendahkan tahap asid urik dan menghalang serangan gout. Boleh letakkan sedikit madu atau stevia atau kayu manis.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

 

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: