PESAKIT HYPERTHYROIDISM SUKAR BERNAFAS

“Saya di sahkan menghidap HYPERTHYROIDISM. Doktor yang merawat telah membuat pemeriksaan di leher dan keadaan saiz thyroid saya normal tiada bengkak.Saya diberikan ubat anti thyroid hormone makan 11 biji sehari. Dalam masa yang sama saya mengalami masaalah “tak puas bernafas” atau “nafas x cukup”. Adakah itu sebab kesan dari throid itu sendiri atau kesan sampingan yang biasa. Doktor juga telah membuat x-ray paru paru dan ujian paru paru/pernafsan.Katanya normal.Bila jdi keadaan kurang/x puas bernafas saya baring sekejap untuk dapatkan puas tarik nafas.harap dokto dapat bantu saya mengatasi masaalah saya dan dapat bagi panduan untuk penghidap thyroid dari segi pemakanan dan pengambilan ubat dan supplements.Terimakasih doctor.”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Kelenjar thyroid adalah kelenjar yang berada di depan leher kita. Dia mengawal metabolisme tubuh, dengan kata lain mengawal berapa banyak tenaga yang harus dihasilkan dari pemakanan yang kita ambil. Hormon thyroid juga mempengaruhi fungsi jantung, otot, tulang dan tahap kolesterol dalam darah kita.

Hyperthyroid bermakna kelenjar thyroid tuan menghasilkan hormon thyroid yang berlebihan.  Hormon thyroid yang terlalu banyak akan menyebabkan penghasilkan tenaga dengan cepat dan banyak, sehingga mungkin akan mengalami penurunan berat yang cepat.

Selain itu, kita mungkin mengalami denyutan jantung yang cepat, berpeluh dengan banyak, dan merasa gelisah dan murung. Rasa sukar bernafas yang tuan rasakan itu mungkin salah satu tanda hyperthyroidism. Namun ada sesetengah pesakit tidak mengalami apa-apa tanda, cuma bila diperiksa darah, terdapat peningkatan hormon thyroid dalam darah.

Hyperthyroid mudah dirawat dengan ubat antithyroid. Jika hormon thyroid dalam darah menjadi terkawal, pesakit akan lebih tenteram dan dapat menikmati kehidupan yang sihat.

Jika tidak diubat, pesakit hyperthyroid boleh mengalami masalah jantung yang serius, masalah tulang yang rapuh, dan keadaan lebih bahaya yang disebut krisis thyroid (thyroid storm), iaitu dimana pesakit mengalami pitam dan pengsan secara tiba-tiba. Jika tidak diberikan bantuan segera mungkin kehilangan nyawa.

Selain ubat yang diberikan, saya mencadangkan tuan meminum air mineral sekurang-kurangnya 2L sehari, mengamalkan vit D dan kalsium, serta omega 3 (minyak ikan).

Wallahu a’lam.

[IKLAN]

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil  Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengecutkan rahem ke saiz asal dan merawat kecederaan dalaman semasa melahirkan anak.  Mereka juga digalakkan diambil bersama vitamin C dan vitamin E.

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu juga dicadangkan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah (dalam dos yang sesuai) bersama vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo dengan klik di sini.

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer.

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!