Pembedahan ‘Knee Replacement Surgery’

Ramai di kalangan orang Melayu yang agak spektikal bila disebut ‘pembedahan ganti lutut’. Saya boleh faham perasaan sebegitu. Kita sanggup menderita menanggung kesakitan pada sendi lutut ketika sedang tidur daripada menjalani pembedahan. Pembedahan ganti lutut adalah pembedahan yang sangat mengerikan.

 

Pada zaman sekarang, sakit sendi lutut bukan saja dialami oleh orang tua, tetapi juga orang muda yang aktif bersukan, wanita yang berumur dan individu yang obese.

 

Penyakit lutut, yang dikenali sebagai osteoarthritis adalah penyakit degeneratif (penyakit akibat sendi semakin lusuh) yang melibatkan struktur dalam sendi iaitu tulang rawan cartilage dan ligament yang berada dalam sendi.

 

Apabila tulang rawan cartilage semakin menipis dan lusuh, dan lendiran pelicir synovial fluid dalam sendi semakin berkurangan mengakibatkan permukaan tulang dalam sendi bergesel antara satu sama lain.

 

Selalunya pesakit akan mengadu sakit dan bengkak pada bahagian sendi, dan sukar dibengkokkan.

 

Kesakitan ini akan menyebabkan pesakit semakin kurang bergerak, akhirnya menyebabkan otot dan ligament di sekeliling sendi lutut menjadi lemah. Ini akan memburukkan lagi keadaan pesakit.

 

Pembedahan ”knee replacement” sebenarnya adalah rawatan pilihan terakhir bagi pesakit apabila mereka tidak tahan lagi mengalami kesakitan sendi lutut yang melampau atau sendi lutut mereka tidak boleh digerakkan lagi.

 

Ia adalah pembedahan yang agak besar dan tidak menjaminkan kejayaan seratus peratus. Oleh itu sebelum pembedahan, pesakit harus berbincang dengan doctor sama ada mereka memerlukan pembedahan ini atau tidak.

 

Doktor muslim yang baik dan boleh dipercayai selalunya tidak terus melakukan pembedahan. Doktor ini akan memberikan syor yang terbaik bagi pesakit yang benar-benar memerlukan pembedahan.

 

Tidak dapat dinafikan, terdapat juga doktor yang segera mencadangkan pembedahan, walaupun pesakit bukanlah calon yang paling sesuai untuk pembedahan.

 

Baru-baru ini hal yang sama ditanyakan kepada saya oleh seorang rakan FB.

 

“Doktor, baru-baru ini seorang doctor pakar orthopaedic mencadangkan pada ibu saya yang beliau harus menjalani pembedahan ‘tukar sendi lutut’ dengan sendi besi. Oleh kerana saya tidak berada di sisi ibu, saya dapat bertanyakan dengan lanjut dan saya agak ragu dengan cadangan doctor itu. Bagaimana saya nak tahu yang sakit lutut ibu saya sudah serius dan memerlukan pembedahan?”

 

Sukar saya hendak menjawab soalan ini kerana setiap doctor mempunyai penialaian beliau sendiri dan cara merawat yang difikirkan sesuai.

 

Walau bagaimana pun terdapat beberapa peraturan am yang mana seorang pesakit sendi lutut memerlukan pembedahan atau tidak.

 

Antaranya ialah pesakit mengadu sakit sendi lutut sehingga tidak boleh tidur dengan nyenyak. Atau mengalami sakit sendi lutut yang kuat apabila bangun dari tidur.

 

Selain itu pesakit mengadu sakit sendi lutut sehingga mengganggu aktiviti sehariannya, seperti memasak dan membasuh pakaian. Atau pesakit tidak mampu berjalan dengan baik akibat kesakitan yang dialaminya. Pesakit juga mungkin mengadu sakit yang keterlaluan apabila bangun dari kerusi.

 

Pesakit yang telah diberikan pelbagai jenis ubat namun kesakitannya tidak berkurangan juga antara calon yang layak bagi pembedahan ini.

 

Saya sendiri tidak mencadangkan pesakit menjalani pembedahan jika kesakitan sendi lutut yang dialami tidak mengganggu aktiviti sehariannya. Ini termasuk pesakit yang boleh melakukan tugas dan sakit sendi lutut berkurang dengan ubat yang dimakan.

 

Bagi pesakit yang tidak mampu melakukan kerja-kerja yang memerlukan banyak pergerakan kerana merasa sakit, bukanlah calon yang sesuai. Begitu juga dengan pesakit belum mencuba ubat-ubatan lain sepenuhnya.

 

Pesakit-pesakit seperti ini harus menggunakan pilihan untuk menggunakan ubat-ubatan dahulu sebelum melakukan pembedahan ini.

 

Jadi fikir semasak-masaknya sebelum melakukan pembedahan.

 

Melakukan pembedahan memang mudah, namun proses penyembuhan mengambil masa, apatah lagi jika pesakit sudah semakin meningkat usianya.

 

Wallahu a’lam.

 

[IKLAN]

Untuk mendapatkan minyak zaitun yang berkualiti dan berkhasiat tinggi keluaran dari Olive House, boleh klik link di bawah:

 

 

Boleh dapatkan Olivie Plus 30x di S I N I

 

4 comments

  1. salam doktor, saya nak tanya,
    kenapa lutut saya selalu sakit2 ye,
    kadang-kadang dia jadi sakit bila saya kuat berjalan atau buat aktiviti,, kadang-kadang lutu sakit tiba-tiba, even tak buat aktiviti pun, cth: lama tak buat aktiviti.. dah lama dah ni.. , dari saya kecik lagi, sekarang saya dah umur 20..tapi sakit ni, tak selalu terjadi, baru-baru ni, lutut ni buat hal, dia sakit dan saya tak boleh nak berdiri betul , sebelah je, biasa dua belah yang sakit..jadi saya berjalan guna bergantung pada satu kaki, tak bagi tekanan dekat kaki satu lagi sebab sakit…kalau lutut saya, masa saya gerak-gerakkan lutut, dia berbunyi kluk-klak tu, yang macam bunyi tulang tuu.. saya selalu kalau sakit makan panadol je, dari dulu lagi.. kalau saya tahan tak makan panadol, saya tidor dalam sakit, pastu, dalam pukul 3-4 pagi saya akan bangun jugak sebab sakit, tak boleh tidor, maka saya akan telan panadol. saya pernah buat xray lutut. ni dekat hospital kerajaan, yang cek tengok lutut dan xray tu bukan pakar lutut tapi doktor la..
    dia kata lutut saya normal, tapi saya pelik, kalau normal,kenapa saya rasa, orang lain tak rasa..

    doktor,
    ni memang normall ke?
    Terima kasih

  2. salam dr,kalau ada seseorg tu tiap2 hari mkn ubat kencing manis,darah tinggi,blh campur mkn ubat nie sekali tak?

  3. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
    Pd tahun 2005,iaitu semasa sy berumur 19thn, sy telah menjalani pembedahan dilutut kiri,akibat kecederaan ligamen semasa bersukan. Sy diberi epidural kerana ingin menyaksikan pembedahan itu. Sy lihat lutut sy di tebuk di bahagian kiri dan kanan (lutut kaki kiri). 1 lubang dimasukkan kamera dan 1 lg dimasukkan mesin seperti gerudi.kata doktor itu ada tisu yg koyak dan dia kena keluarkan tisu tersebut.slps pembedahan, sy bergantung pd tongkat slama 1bulan, slps itu menjalani fisio selama 2bln dan flw up setiap 2mggu selama 2 bulan dan sebulan sekali selama 3bln. Kini, setelah 7thn, sy slalu rasa sakit dibahagian lutut, kadang2 kalau berjalan tiba2 sy rasa mcm lutut sy ‘terkeluar dr landasannya’. Dan suami akan stretchkan bhgian kaki sy, kemudian ade bunyi POP, dan kaki sy dah x sakit.boleh sy tau, adakah sy perlu flw up 2nd operation?


    • Pd tahun 2005,iaitu semasa sy berumur 19thn, sy telah menjalani pembedahan dilutut kiri,akibat kecederaan ligamen semasa bersukan. Sy diberi epidural kerana ingin menyaksikan pembedahan itu. Sy lihat lutut sy di tebuk di bahagian kiri dan kanan (lutut kaki kiri). 1 lubang dimasukkan kamera dan 1 lg dimasukkan mesin seperti gerudi.kata doktor itu ada tisu yg koyak dan dia kena keluarkan tisu tersebut.slps pembedahan, sy bergantung pd tongkat slama 1bulan, slps itu menjalani fisio selama 2bln dan flw up setiap 2mggu selama 2 bulan dan sebulan sekali selama 3bln. Kini, setelah 7thn, sy slalu rasa sakit dibahagian lutut, kadang2 kalau berjalan tiba2 sy rasa mcm lutut sy ‘terkeluar dr landasannya’. Dan suami akan stretchkan bhgian kaki sy, kemudian ade bunyi POP, dan kaki sy dah x sakit.boleh sy tau, adakah sy perlu flw up 2nd operation?

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Apa yang berlaku ialah puan mengalami “locked knee” akibat koyakan pada ligamen dan meniscus terutamanya pada ‘medial meniscus’, ‘ anterior cruciate ligament’ dan ‘medial collateral ligament’ yang teruk. Sudah pasti puan memerlukan pemeriksaan semula oleh doktor pakar orthopaedic yang merawat puan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!