panduan memberikan susu formula pada bayi

PANDUAN MEMBERIKAN SUSU FORMULA PADA BAYI

 

 

Kebanyakan ibu yang tidak dapat menyusukan susu ibu pada anak mereka, dan  segera memberikan susu formula.

 

Saya mencadangkan :

 

1. Jika menggunakan air dari dispenser, pastikan dispenser tersebut selalu dibersihkan dan diservis. Ini mengelakkan menggunakan air yang mengandungi kuman.

 

2. Jangan menggunakan air yang mendidih. Jika ada bekalan air bersih (difilterkan), hangatkan air sehingga maksima 70 C sahaja. Ini kerana air yang terlalu panas akan mengurangkan kandungan nutrisi dalam susu formula itu.

 

3. Jangan simpan baki susu formula dalam botol melebih sejam. Jika susu formula tidak diminum oleh bayi, simpanlah di tempat yang sejuk (contohnya peti sejuk ) dan digunakan sebelum tempuh sejam. Jika mahu digunakan semula, boleh keluarkan dari peti sejuk, dan biarkan ia mencapai susu bilik dan berikan pada bayi. Buang sisa susu yang melebihi sejam kerana kuman mula membiak dalam botol susu, terutama jika tidak disimpan dalam peti sejuk.

 

4. Jangan biasakan bayi menyusu sehingga tertidur. Jika dibiasakan ia akan menjadi tabiat si bayi untuk tidur ketika diberikan susu botol. Ia sangat bahaya kerana mengundang risiko tersedak susu. Susu yang ‘bertakung’ dalam mulut bayi juga menyebabkan kerosakan gigi.

 

5. Walaupun bayi yang disusukan ini bukanlah bayi pertama dan sudah biasa membancuh susu formula, jangan lupa membaca instuktur yang diberikan, selalunya pada tin susu formula. Ini membantu memberikan bancuhan yang tepat.

 

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

error: Content is protected !!