Artikel Terkini

Melasma Bukan Sumpahan Buatan Orang

Lama sudah saya tidak berbicara mengenai isu-isu yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ini mengakibatkan saya kekeringan idea untuk menulis isu-isu perubatan yang lain. Satu hari ketika saya sedang membaca sebuah jurnal perubatan, tiba-tiba inbox facebook saya dimasuki mesej. ”Salam doktor, harap tidak mengganggu. Saya baru balik dari kampong selama seminggu. Tanpa saya sedari kulit muka saya menjadi kehitaman di kedua-dua belah pipi saya. Saya amat risau kerana makcik di rumah ibu saya memberitahu ianya buatan orang. Untuk pengetahuan doktor saya, ini adalah perkahwinan saya kedua dengan seorang duda. Umur saya sudah 35 tahun dan ini kali ketiga saya hamil” Saya …

Read More »

D&C dan Kehamilan Semula

Banyak soalan yang klinik FB terima mengenai kehamilan dan keguguran. Saya cuba menjawab pada kadar kemampuan saya. Klinik FB kali ini ditanya mengenai sama ada D&C mempengaruhi kebarangkalian untuk hamil semula. “Salam doktor, saya sekarang sedang mengalami kitaran haids yang tidak teratur semenjak dari keguguran sehingga sekarang. Saya ingin bertanya adakah rawatan D&C menyebabkan saya mempunyai peluang yg sgt tipis utk hamil semula?” Setiap kali musibah keguguran ditanyakan kepada saya, saya amat bersimpati. Nasihat saya banyaklah bersabar atas dugaan yang Allah berikan. Tentu banyak hikmah yang tersembunyi. Namun berusahalah agar kesihatan puan bertambah pulih seperti sedia kala. Sepanjang pengetahuan saya, …

Read More »

Ketidakseimbangan Hormone Ketika Hamil: hCG dan Progesterone

Banyak soalan yang ditanyakan mengenai ‘ketidakseimbangan hormon’ yang dikatakan menjadi punca keguguran. Sehingga perkataan itu di’kambinghitam’kan bagi setiap punca keguguran yang tidak diketahui. Untuk mendapat diagnosa ketidakseimbangan ini, jalanilah beberapa pemeriksaan darah. Ia harus dijelaskan oleh doktor yang merawat. Jangan menggunakan alasan ini tanpa bukti yang jelas. Saya mengharapkan penulisan kali ini tidak memberatkan fikiran para pembaca klinik FB. Saya cuba memudahkan penulisan ini Insya Allah.. Baru-baru ini saya menerima mesej dalam inbox FB saya berkenaan dengan keguguran dan peluang kehamilan akibat ketidakseimbangan hormon. Banyak soalan bertanyakan apa yang dimaksudkan dengan tahap hormone yang rendah. Adakah ianya akan menyebabkan keguguran bagi setiap …

Read More »
error: Content is protected !!