Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » MERAWAT HATI BERLEMAK?

MERAWAT HATI BERLEMAK?

MERAWAT HATI BERLEMAK?

Pada masa ini belum ada rawatan pengubatan untuk hati berlemak. Rawatan paling berkesan untuk penyakit ini adalah kombinasi diet yang sihat, senaman dan kawalan berat badan. Ini kerana punca hati berlemak adalah diet yang tidak sihat, tiada senaman atau aktiviti fizikal dan obesiti.

Kebanyakan pesakit yang obes, pesakit diabetes melitus, hipertensi dan kolesterol tinggi mempunyai masalah hati berlemak.

Makanan dan minuman yang bersumber minuman berkabonat, lemak trans, karbohidrat ringkas dan makanan berproses boleh menyebabkan masalah ini.

Bagi pesakit kronik dengan menurunkan paras gula, tekanan darah, tahap kolestrol dan menurunkan berat badan, dengan diet yang betul, akan mengurangkan keadaan hati berlemak.

Malah sesetengah rawatan yang menggunakan steroid yang digunakan untuk merawat keadaan perubatan tertentu boleh menyumbang kepada hati berlemak.

Oleh itu penggunaan steroid harus dikawal oleh doktor.


Doktor akan menimbangkan risiko serta faedah kepada pesakit sebelum memulakan rawatan steroid.

Hati berlemak jika tidak dirawat akan menyebabkan masalah chirrosis (sebutan dlm bahasa Melayu ‘sirosis’)

Bilangan pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat komplikasi sirosis akibat hati berlemak semakin meningkat kerana pesakit biasanya itu tidak tahu mereka menghidap penyakit hati berlemak. Sirosis adalah keadaan di mana hati mempunyai kesan parut yang teruk.

Jika tidak dirawat, ia akan menyebabkan kanser hati setelah 10-15 tahun.

Hati berlemak –> Cirrhosis –> Kanser Hati.

Hati berlemak didiagnosa dengan pemeriksaan darah di mana tahap lemak dalam darah (kolestrole) dan ujian fungsi hati diambil kira. Sementara hati cirrhosis didiagnosa dengan pemeriksaan ultrasound.

Secara mudahnya untuk merawat hati berlemak (fatty liver), saya mencadangkan:

1. Banyakkan berpuasa atau lakukan Diet Intermittent Fasting.

2. Elakkan pengambilan karbo berproses beras putih (ganti dengan beras perang atau beras rebus), gula putih dan makanan dari sumber tepung putih seperti roti, kuih, kek, biskut sekurang-kurangnya empat bulan.

3. Elakkan makanan berproses (yang sedia dalam tin dan plastik dijual di pasaraya), minuman bergas, makanan segera, makanan yang bergoreng menggunakan minyak yang sama berulang kali, makanan yang ada margerine.

4. Banyakkan sayur dan buah dalam makanan

5. Dapatkan minyak atau lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa, minyak avocado, omega 3 (dari minyak ikan).

6. Ambil suplemen vitamin E, vitamin C dan vitamin D untuk membantu fungsi hati dan merendahkan kolesterol dan enzim dalam hati.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: