Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda

Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?”

Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen.

Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat pada dinding dalam rahem. Uri disambungkan kepada bayi melalui satu bukaan pada abdomen bayi melalui tali pusat.

Itulah perlambangan hubungan erat antara ibu dan anak. Apabila telah melahirkan, seorang ibu harus terus memberikan perhatian terhadap hubungan fizikal ini. Jika tidak bayi yang baru dilahirkan itu akan menghadapi pelbagai masalah kesihatan.

Doktor, bila tali pusat anak saya akan tanggal?”

Tali pusat yang panjang akan terus menghubungkan bayi dan uri setelah dilahirkan. Penggantungan terhadap tali pusat dan uri untuk mendapat nutrien dan oksigen telah terhenti. Maka ia harus dibuang. Caranya bukan dengan dicabut, tetapi dengan ‘tertib semulajadi’.

Adakah antara kita yang mencabut talipusat anak? Jika ia dilakukan, akan menyebabkan pendarahan pada bayi dan bayi akan mati kerana kehilangan darah yang banyak.

Oleh itu, setelah dilahirkan, tali pusat akan diikat dan dipotong dan meninggalkan bakinya yang dinamakan (umbilical stump) sepanjang 2-3cm.

Pada kebiasaannya, baki tali pusat akan gugur selepas 3-4 hari, namun ada yang lebih lambat sehingga tujuh hari. Mulanya ia mengecut, menjadi hitam dan kemudiannya tanggal. Mungkin terdapat sedikit luka selepas baki talipusat itu tanggal tapi ia akan pulih dengan sendirinya. Tidak perlu meletakkan sebarang ubat (termasuk minyak gamat). Kebersihan pada pusat yang baru terbentuk itu yang menjadi keutamaan.

Saya berpengalaman melihat baki tali pusat yang dijangkiti kuman kerana tidak dijaga dengan baik. Ia kelihatan kotor dan bernanah. Saya amat simpati dengan bayi itu.

Bayi yang dibawa kepada saya itu sedang demam, lesu dan tidak mahu menyusu. Bayi itu kelihatan betul-betul lemah. Kawasan di sekitar baki tali pusat itu bengkak dan berwarna merah.

Apa yang terjadi ni?”

”Kami pun pun tak tahulah doktor. Sudah tiga hari tali pusat yang tinggal ini berbau. Kami datang ini sebab tak tahan baulah

Kasihan bayi ini. Saya menggeleng-geleng kepala. Agaknya kalau hidung kedua ibubapa tersumbat dan tidak dapat menghidu bau, mungkin bayi ini mati akibat septicaemia.

Septicaemia berlaku apabila jangkitan kuman di satu tempat telah memasuki ke dalam tubuh. Ia bergerak ke seluruh tubuh melalui saluran darah. Ini mengakibatkan organ utama seperti buah pinggang, jantung, paru-paru dan otak akan gagal berfungsi. Akhirnya akan menyebabkan kematian.

Saya nasihatkan jika baki tali pusat ini kelihatan kotor, bertanyalah pada bidan terlatih di Pusat Kesihatan, bagaimana cara membersihkannya. Ibubapa atau penjaga haruslah memastikan baki tali pusat bersih dan kering untuk mengelakkan jangkitan kuman. Inilah tanggungjawab mereka. Bukannya doktor atau jururawat di Pusat Kesihatan.

”Kalau macam itu, doktor sajalah mengajarkan saya..”

Mungkin ramai ibu bapa yang tidak sedar bahawa ketika memakaikan lampin, mereka perlu memastikan lampin itu tidak membaluti baki tali pusat. Biarkan baki tali pusat terdedah kepada udara dan cepat kering. Lampin harus berada di bahagian bawah talipusat. Ini juga mengurangkan risiko air kencing di lampin membasahi baki tali pusat itu.

Bolehkah saya memandikan anak saya?”

Bayi yang belum tanggal baki tali pusatnya tidak perlu dimandikan. Ini mengelakkan baki tali pusat itu basah dan dijangkiti kuman. Badan bayi haruslah perlu dibersihkan dengan tuala basah. Bayi boleh dimandikan apabila baki tali pusat itu tanggal.

Selain itu, dalam cuaca yang panas, pakaikan bayi dengan pakaian yang longgar. Ini akan menggalakkan peredaran udara dalam bajunya dan akan menyebabkan baki tali pusat cepat kering. Jangan cuba menarik baki tali pusat dan biarkan ia tanggal sendiri.

“Bolehkah saya menyapu minyak gamat padanya?”

Saya sebenarnya tidak berapa pasti dengan keberkesanan minyak gamat pada baki tali pusat. Jadi saya tidak menghalang atau menggalakkannya.

Cuma saya lebih suka jika ibubapa membeli alcohol swab dari farmasi dan menggunakannya. Walaupun namanya alcohol, namun kandungan alkohol di dalamnya amat sedikit dan tidak boleh memabukkan. Jadi saya berpendapat ia bukanlah sesuatu yang najis.

Alcohol swab boleh disapukan di pangkal baki tali pusat apabila menukarkan lampin. Selain untuk menghindari kuman, ia juga mempercepatkan pengeringan.

Baki tali pusat biasanya akan tanggal selepas 3-4 hari. Ada kalanya ianya mengambil masa seminggu. Ia adalah perkara biasa. Setelah tanggal, pada bahagian yang ditinggalkan akan terdapat ’luka’.

Bayi boleh dimandikan setelah baki tali pusat tanggal. Ia boleh dicuci dengan air suam atau dicampurkan sedikit sabun yang mempunyai pH 7 yang neutral. Kemudian lapkan dengan tuala supaya pusat itu menjadi kering.

Jika tiada tanda jangkitan kuman, tidak perlu menggunakan sebarang antiseptik atau minyak gamat kerana proses penyembuhannya akan mengambil masa yang lebih lama. Tetapi jika terdapat tanda jangkitan kuman, harus membersihkannya menggunakan air suam dan sapukan antiseptic pada pusat.

Tanda-tanda jangkitan kuman ialah apabila pusat mengeluarkan nanah dan berbau busuk, maka haruslah dibawa berjumpa doktor.

Wallahu a’lam.

 

[IKLAN]

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

6 comments

  1. yusarima najua

    ank kawan sy,pusatnye membengkak sebesar buah langsat..,boleh jelaskan apa masalah bayi tersebut dan apa tindakan yg patut diambil oleh ibu bapa bayi berkenaan

    • Terima kasih di atas soalan puan. Saya selaku admin blog ini sangat bersimpati dengan keadaan anak sahabat puan. Soalan puan sedikit rumit dan memerlukan penjelasan yang panjang. Saya cadangkan puan pergi ke halaman Tanya Dr Zubaidi di mana sejumlah bayaran dikenakan. Bayaran ini merupakan bayaran penghargaan kepada pihak kami untuk terus menguruskan blog ini. Mungkin Dr Zubaidi dapat menulis sebuah artikel mengenainya bagi menjawab soalan puan. Terima kasih. -ADMIN

  2. Salam.

    Nak mintak pandangan dan nasihat Dr. mengenai tali pusat bayi saya masih tidak tertanggal walaupun sudah lebih 50 hari.

    • Ummu Arfan Zarif Raziq

      Salam saudara Annuar, sy bukanlah seorg yg bijak pandai dlm bidang perubatan tp melalui pengalaman sy sendiri & ahli keluarga yg lain…ada baiknya bayi saudara di periksa doktor paed secepat mungkin sbb dh terlalu lama pusat bayi anda tidak tanggal. Takut ada penyakit lain tersembunyi tanpa diberi rawatan. Sepatutnya tali pusat tu dah tanggal dlm masa 2 minggu… Harap ini dpt diberi perhatian yg serius.

      Wasalam.

  3. Saya ada pertanyaan. Tali pusat ank saya agak besar dan ketika saya membawa balik dr wad tali pusat tersebut masih lagi belum kering malah seperti baru dilahirkanwalaupun ketika itu ianya telah berusia 3 hari.Selepas 2 minggu tali pusat tersebut telah tanggal separuh yang mana seperuh lagi masih tertinggal dan tidak menunjukkan ianya akan kering. Walaupun begitu pusat anak saya tidak bengkak atau bernanah. Cuma apa yang menjadi kemuskilan saya usia anak saya ialah 25 hari namun baki tali pusat tersebut tidak menunjukkan ianya akan tanggal. Saya kerap mencucinya bagi memastikan ianya bersih dan memandikan anak saya.

Leave a Reply

error: Content is protected !!