Lendir Serviks Penanda Kesuburan Wanita

 

Masih ada beberapa e-mail yang bertanyakan tentang kesuburan. Ada seorang ibu muda bertanyakan masalah tentang lendiran yang keluar dari vaginanya. Dia bertanya sama ada dia dikira subur jika lendiran di vaginanya terlalu banyak atau dia dijangkiti kuman.

 

Rujuklah pada yang pakar

Untuk kebaikan pembaca, elok saya menerangkan bahawa saya bukannya pakar Gynaecologist yang begitu pakar tentang tubuh badan wanita dari segi anatomy atau pun physiology. Saya  membantu setakat mana ilmu yang saya pelajari ketika di Fakulti Perubatan.

Jadi jika seseorang wanita itu menghadapi masalah sakit puan, cara yang terbaik ialah dengan berjumpa dengan pakar Gynaecologist. Saya hanya memberikan maklumat sampingan yang mungkin membantu seseorang wanita memahami penyakit atau masalah yang dihadapinya.

Saya bukannya rujukan pertama untuk ditanyakan masalah. Saya bimbang jika pengetahuan saya yang sedikit ini akan mendatangkan kekeliruan pada seseorang pesakit kerana saya tidak memeriksa pesakit itu dan melakukan ujian ke atasnya.

Jadi penerangan am yang saya berikan, janganlah dijadikan asas untuk memahami keadaan penyakit seseorang. Setiap pesakit mempunyai keadaan penyakit yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Pemeriksaan dan ujian yang dilakukan oleh seorang doktor membantu pesakit itu untuk mengenalpasti masalah penyakitnya dan akhirnya mendapat kesembuhan.

Tujuan saya menulis dalam blog ini semata-mata agar pesakit bertambah faham dengan penerangan-penerangan yang telah diberikan. Saya rasa kecewa bila membaca kenyataan yang salah mengenai perubatan moden. Kekeliruan ini cuba saya perbetulkan dengan bahasa yang mudah dan contoh-contoh yang boleh digambarkan.

Maaflah jika ada bahasa yang saya gunakan agak melampau menyebabkan ada pembaca yang merasakan tulisan saya ini seakan-akan lucah. Pada saya perubatan moden memang tidak terlepas dari memperkatakan aspek-aspek yang begitu peribadi dan ianya harus  dinyatakan secara telus dan tepat. Perkataan ’anu’ untuk menggambarkan kemaluan adalah kurang tepat, kerana kemaluan seseorang juga mempunyai bahagian-bahagian tertentu. Jadi biarlah saya membincangkan sesuatu dengan telus dan jelas.

Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, iaitu mengenai lendiran yang banyak keluar dari vaginanya, adakah ianya menandakan kesuburan atau penyakit. Eloklah saya menjawabnya dengan perkataan yang tepat.

 

Apakah maknanya lendiran cervical ?

Lendiran cervical  itu adalah lendiran yang dihasilkan dari persekitaran pangkal rahem (cervix) dan ianya keluar melalui liang vagina. Seseorang wanita selalunya amat peka pada perubahan lendiran yang keluar ini.

Perubahan lendiran itu boleh membantu dalam menentukan sama ada seseorang wanita itu sedang mengalami ovulasi atau tidak. Apabila kitaran haids berlangsung, lendiran cervical mucus juga berubah dari segi kuantiti dan kepekatannya. Ini semua berlaku kesan daripada hormone wanita yang berubah-ubah.

Saya amat mencadangkan agar wanita itu melakukan sendiri analisa lendiran cervical mucus ini. Ianya amat mudah bagi menentukan hari kesuburan (ovulasi) seseorang. Menganalisa cervical mucus adalah cara yang menjimatkan masa, kerana tidak perlu mengira purata kitaran haids seseorang seperti yang saya sebut sebelum ini.

Sila rujuk https://drzubaidi.com/blog/?p=610

Sebelum membuat analisa sendiri, seseorang wanita haruslah membasuh tangannya dahulu untuk mengelakkan jangkitan kuman. Lendiran cervical mucus ini biasanya mudah didapati dalam keadaan mencangkung.

Masukkan jari telunjuk ke dalam vagina sehingga merasakan sesuatu yang agak pejal. Itu adalah pangkal rahem (cervix). Putarkan jari di situ dan keluarkan jari bersama dengan lendiran.

Lendiran itu perlu dipegang dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari. Kemudian renggangkan kedua-duanya untuk menganalisa kepekatannya.

Jika terdapat kekeringan di bahagian kemaluan (vulva) dan hanya sedikit lendiran mucus, jangan paksa diri untuk terus melakukannya. Ini boleh mencederakan vagina. Tidak perlu menggunakan bahan pelincir seperti KY Jelly untuk tujuan ini kerana ia akan mengelirukan keputusan. Kekeringan ini bermakna seseorang itu belum lagi mengalami ovulasi. Maka kemungkinan untuk hamil adalah rendah.

Jika lendiran cervical mucus itu agak kental dan pekat, berwarna putih atau warna krim, ini bermakna seseorang wanita itu menghampiri waktu ovulasi. Jika direnggangkan antara kedua jari , ianya mudah putus. Kemungkinan untuk hamil adalah rendah, namun semakin lama semakin banyak kuantiti lendir dan lendirannya akan bertambah pekat dan jernih.

Jadi jika lendiran cervical mucus itu telah berubah menjadi warna jernih, licin dan mudah direnggangkan, ini bermakna wanita itu mengalami ovulasi. Ramai wanita yang menggambarkan lendiran cervical mucus ini sebagai warna ‘puteh telur’.

Ketika ini, lendiran itu boleh direnggangkan antara jari telunjuk dan ibu jari sebanyak beberapa sentimeter sebelum ianya putus. Jumlah kuantiti lendiran itu digambarkan sebagai paling banyak. Seseorang wanita terpaksa menukarkan pantylinernya beberapa kali dalam sehari.

Inilah masa di mana peluang untuk hamil adalah amat tinggi. Keadaan lendiran sebegini sesuai untuk sperma hidup sehingga 72 jam.

Walau bagaimanapun analisa ini haruslah dilakukan ketika di awal pagi kerana lendiran cervical mucus menjadi bertambah banyak berbanding dari waktu-waktu lain.

Jangan lakukan analisa ini selepas melakukan jima bersama suami. Ini kerana lendiran sperma masih berada di dalam vagina isteri untuk beberapa hari. Maka keputusan mungkin mengelirukan, sama ada ianya lendiran cervical mucus atau lendiran sperma.

Analisa ini juga mengelirukan dan tidak memberikan analisa yang baik jika ada jangkitan kuman pada vagina, atau wanita itu memakan beberapa ubatan moden dan herba atau wanita itu mengamalkan ubat (pil atau suntikan) perancang keluarga. Ini semua akan mengubah kepekatan lendiran cervical mucus itu.

Jika terdapat masalah untuk mendapatkan lendiran cervical mucus itu, silalah berjumpa dengan doktor untuk berbincang mengenai cara yang lain bagi menentukan kesuburan.

Wallahu a’lam.

 

 

13 comments

  1. salam ya dr.. Apabila seorang wanita itu ovulasi jatuh pada hari ke14 atau 15,tetapi jangka masa haid yang dilalui lebih daripada 14 atau 15hari..jadi bagaimanakah untuk mengetahui bilakah tahap kesuburan tersebut?kerana kita tidak digalakkan jima pd waktu haid..tolong saya dr…

  2. salam.berapakah suhu badan ketika ovulasi yer?

  3. salam…saya mengalami keguguran pd bln 10 2010….sehingga kini saya masih belum mempunyai cahaya mata..baru-baru ini saya haid saya tidak menentu…selama 3 bulan saya xdatang haid…namun baru-baru ini period saya datang.doktor adakah seseorang wanita itu boleh mengandung walaupun data
    ng period….

  4. saya sudah mempunyai seorang anak yang dah berumur 5 tahun. sehingga kini saya masih belum disahkan mengandung. selepas bersalin anak pertama period saya cuma 3 hari sahaja dan ada kalanya saya mendapat sesunggut yang teruk. kami sudah membuat pemeriksaan di hospital dan didapati kami tiada masalah apa-apa. cuma sebelum menerima cahaya mata period saya normal selama 7 hari dan tidak mengalami sesunggut. harap dapat bantu saya kerana umur semakin meningkat. ada kalanya saya rasa frust sangat.

  5. Assalamualaikum Dr…saya berusia 22 tahun..dan baru saja berkahwin selama 6 bulan…saya agak keliru sikit..apabila suami mengeluarkan cecair nya..adakah kesemua cecair tersebut akan masuk ke dalam vagina? sebab keesokan harinya bila saya bangun tidur..cecair tu akan meleleh keluar…adakah tu normal..?

  6. Assalamualaikum doctor,sy br berkahwin 7bln tetapi belum hamil,sy ingin hamil sgt,stiap kali bersama suami bla suami ejakulasi pasti byk mengalir keluar dr faraj seperti semua,adakah ini normal,atau ini yg membuatkan sy sukar mengandung,apakah cra terbaik/kedudukan terbaik utk sy smasa suami ejakulasi,tk.

  7. A’kum, saya nak tanya pada dr.tarikh haid saya pada bulan lepas ialah 12Februari dan bulan ini 8 Mac. so, bilakah waktu subur saya. saya belum bersedia mengandung, bilakah tarikh yang tidak sesuai untuk melakukan hubungan bersama suami. tq

  8. Assalam.. Dr.
    Sy berumur 23thn dn bru bkahwin 26/5/12 yg lalu..period sy nrmal stiap buln slma 7-8hari..lps sy bkahwin priod sy hnya 4-5hari adkah itu normal @ de kaitan ngn hormon?
    Sy bru priod 7julai yg lalu dan hnya 4hari period…setelh 30jam sy yakin bersih,tiada lg period, sy bersama dgn suami dan pagi ni sy dapati de sedikit tompokn darah..adakh sy msih period?atau sy de mslh lain…sy dn suami sedg berusaha untk mndaptkn zuriat..diharp doktor dpt mmbantu kami…terima kasih byk2…

    • Wsalam.. haids berlangsung selama 14 hari, wpun dipertengahannya ia kering dan bersih. Masalah kesuburan puan dapat dirawat dengan pemeriksaan lengkap. Kalau tiada rawatan, hanya “try and error”, maka agak sukar mengetahui punca masalah haids dan kesburan puan yang sering berkaitan.

  9. Salam,
    sya baru kawin 2 bulan dan nak sangat zuriat kerana umr pun dh 30thn…utk makluman doktor,tarikh period sya 24hb setiap bln bermula ogos baru-baru ini selama 6 hri peroid dan bulan 10 ini pun tarih yg sama…bilakan waktu subur saya kerana saya berharap sgt utk mengandung ..

Leave a Reply to drzubaidiCancel reply

error: Content is protected !!