Mahu hamil selepas 4 tahun berkahwin

MAHU HAMIL SELEPAS 4 TAHUN BERKAHWIN

pregnant

“Assalamualaikum doktor. Saya JXXXX. Tahun ini masuk tahun ke empat perkahwinan saya. Saya ada buat rawatan di sebuah klinik pakar sakit puan di Klang sejak bulan April 2015. Hasil ujian sperma suami saya mendapati jumlah sperma agak sedikit. Doktor berikan ubat untuk suami saya. Manakala saya diberikan clomid pada hari kedua selepas haid saya. Saya telah jalani ujian HSG di KPJ pada November 2015 dan tiub fallopio saya tidak tersumbat. Walau bagaimanapun, dalam laporan menyatakan rahim saya terbalik. Bulan Januari 2016, saya buat IUI di klinik doctor pakar yang sama, tetapi gagal.  Saya tidak pasti sama ada saya mengalami endometriosis atau tidak sebab perkara tidak pernah diberitahu oleh dr. yang memeriksa saya. Saya memang mengalami senggugut hampir setiap bulan dan keadaan jadi makin sakit semasa saya mengambil clomid. Saya mohon nasihat dan syor daripada dr. Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM.

Banyak info yang saya tidak tahu berkenaan puan. Walaupun ia Nampak remeh, tapi ia penting. Antaranya:

  1. Umur, tinggi dan berat puan.
  2. Keputusan pemeriksaan hormone (hormone kesuburan) yang puan telah lakukan.

Walau bagaimanapun, ada beberapa maklumat yang berguna di sini. Antaranya:

  1. Suami puan telah menjalani pemeriksaan air mani dan keputusannya air mani beliau mempunyai bilangan sperma yang rendah.
  2. Puan telah menjalani pemeriksaan HSG dan keputusannya normal.

Saya berpendapat bahawa suami puan harus menjalani rawatan bagi meningkatkan kualiti air mani beliau.

Bagi masalah puan, mungkin apa yang berlaku ketidakseimbangan hormone. Ia boleh disahkan melalui pemeriksaan hormone dalam darah. Ketidakseimbangan hormone ini yang biasanya menyebabkan telur wanita (ovum) menjadi tidak matang dan saiznya tidak membesar. Sebab itu puan harus menjalani pemeriksaan hormone dan ultrasound pada hari ke 21 bagi melihat saiz ovum puan.

Bagi pesakit saya, saya berikan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM dan Vit E Natrieo. Puan juga boleh membelinya di http://needsvenue.com.my

Terima kasih.

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di kedai online ini

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!