Kurangkan penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak

Saya sering mendapat bantahan ibubapa yang membawa anak yang demam dan selsema apabila  saya tidak memberikan ubat antibiotik. Mereka bersungguh-sungguh mahukan antibiotik kerana percaya kata-kata rakan-rakan bahawa “demam dan selsema tidak akan sembuh tanpa antibiotik”.

Padahal penggunaan antibiotik haruslah dikurangkan kerana kebanyakan batuk dan selsema disebabkan oleh virus, bukannya bakteria.

Saya sangat mengharapkan agar penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak semakin berkurangan seperti berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.

Di Amerika Syarikat, bilangan preskripsi untuk menggunakan antibiotik yang dikeluarkan untuk merawat bayi dan kanak-kanak semakin berkurangan, sebanyak 14% pada tahun 2010berbanding dengan tahun 2002 .

Walau bagaimana pun preskripsi untuk antibiotic yang dikeluarkan untuk bayi dan kanak-kanak masih lagi tinggi. Hampir 25% preskripsi yang dikeluarkan untuk mereka adalah antibiotic dan ubat antibiotic amoxicillin adalah ubat antibiotic yang paling banyak dikeluarkan dari farmasi.

Bayangkan sebanyak 263.6 juta preskripsi yang dikeluarkan untuk pesakit yang berumur 17 tahun ke bawah pada tahun 2010.

Walau bagaimana pun ianya telah berkurangan jika dibandingkan dengan jumlah preskripsi yang dikeluarkan dalam tahun 2002.

Menurut US FDA, pengurangan ini adalah hasil usaha yang dilakukan oleh agensi kesihatan kerajaan Amerika Syarikat  dengan memberikan kesedaran kepada ibubapa dan doktor sepanjang sepuluh tahun lalu mengenai kemudaratan dan kesan sampingan memberi antibiotic kepada bayi dan kanak-kanak yang mengalami demam dan selsema akibat jangkitan virus.

Mereka juga diberikan penerangan mengenai bahaya bakteria yang mempunyai kekebalan pada antibiotic (“antibiotic resistance bacteria”).

Menurut Dr Adam Hersh, professor madya di Jabatan Pediatric, Universiti Utah penggunaan antibiotic secara sembangan terutamanya azithromycin dan beberapa antibiotik  lain telah menyebabkan masalah  jangkitan kuman yang disebabkan oleh “antibiotic-resistant bacteria. Semakin menjadi-jadi.

Di Malaysia penggunaan antibiotic untuk kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah yang mengalami dema, batuk dan selsema masih tinggi.

Diharapkan Kementerian Kesihatan Malaysia menggandakan usaha mereka untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dan doctor mengenai bahaya pengambilan antibiotic yang sembarangan ini.

[IKLAN]

Tingkatkan daya tahan anak anda terhadap sebarang jangkitan dengan Immuneedz. Ia tablet kunyahan Vitamin C, Vitamin D dan Zink dalam perisa laici strawberi. Sila klik pada gambar di bawah:

One comment

  1. as salam doc… Anak saya 8 bulan demam pergi ke klinik dapat ubat antibiotik… Perlukah saya habiskan ubat antibiotik tu atau… Saya bagi sehingga anak saya baik demam sahaja…. Minta jasa baik doc membalas pertanyaan saya…

Leave a Reply to sitiCancel reply

error: Content is protected !!