KERADANGAN PUNDI KENCING CYSTITIS

KERADANGAN PUNDI KENCING CYSTITIS

 

 

Cystitis adalah keadaan di mana pundi kencing dan bahagian atas uretra menjadi meradang (merah dan bengkak). Selalunya keradangan itu disebabkan oleh jangkitan bakteria, dan ia dikenali sebagai jangkitan saluran kencing (urinary tract infection, UTI). Jangkitan pundi kencing boleh menyakitkan dan meresahkan; ia boleh menjadi masalah kesihatan yang serius jika jangkitan menular ke buah pinggang anda.

Cystitis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tetapi lebih biasa pada wanita berbanding lelaki. Kadang-kadang cystitis boleh menjadi kronik (berlaku berulang-ulang) dan menjadi sukar untuk dirawat. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

SIMPTOM-SIMPTOM

1. Pedih dan keradangan ketika buang air kecil
2. Pedih dan terdapat tekanan di bahagian bawah abdomen
3. Air kencing berwarna keruh dan berbau tengik
4. Darah dalam air kencing
5. Kerap buang air kecil
6. Demam ringan

 

PUNCA-PUNCA

Kebanyakan kes-kes cystitis disebabkan oleh sejenis bakteria Escherichia coli (E. coli). Jangkitan bakteria pada saluran kencing boleh berlaku pada wanita akibat hubungan seksual. Selain jangkitan bakteria, berikut merupakan penyebab kepada cystitis

1. Ubat terutamanya ubat kemoterapi seperti cyclophosphamide dan ifosfamide.

2. Rawatan radiasi di bahagian pelvis.

3. Penggunaan keteter bagi jangka masa panjang.

4. Bahan kimia: seseorang mungkin terlalu sensitif terhadap bahan kimia yang terkandung dalam produk tertentu, seperti gel mandian, semburan kebersihan feminin atau jeli spermisida, dan boleh membentuk reaksi alahan jenis dalam pundi kencing serta menyebabkan keradangan.

5. Komplikasi gangguan lain, seperti kencing manis, batu karang, pembengkakan prostat atau kecederaan saraf tunjang.

Di samping itu, terdapat jenis cystitis yang dikenali sebagai cystitis interstitial. Penyebab keradangan kencing kronik ini, yang juga dikenali sebagai sindrom pundi kencing yang menyakitkan; masih belum dinyatakan dengan jelas. Kebanyakan kes didiagnosis pada wanita. Keadaan ini sukar untuk didiagnosis dan dirawat.

 

FAKTOR RISIKO

Sesetengah orang lebih cenderung mendapat jangkitan kencing atau jangkitan saluran kencing berulang-ulang. Wanita paling tinggi terhadap risiko tersebut. Alasan utama adalah anatomi fizikal. Wanita mempunyai uretra yang lebih pendek, yang mengurangkan jarak bakteria bergerak untuk mencapai pundi kencing.

Wanita yang menghadapi risiko utama UTI termasuk mereka yang:

1. Aktif aktiviti seksual. Hubungan kelamin boleh mendedahkan bakteria mudah bergerak ke dalam uretra.

2. Menggunakan ubat kawalan kelahiran tertentu. Wanita yang menggunakan diafragma lebih terdedah kepada UTI. Diafragma yang mengandungi ejen spermisida akan meningkatkan risiko.

3. Wanita hamil. Perubahan hormon ketika kehamilan meningkatkan lagi risiko jangkitan pada pundi kencing.

4. Menopause. Perubahan hormon pasca menopaus dalam kalangan wanita selalunya dikaitkan dengan UTI.

 

RAWATAN

Rawatan yang paling biasa untuk cystitis adalah menggunakan ubat antibiotik, biasanya dalam bentuk pil selama 3 hingga 10 hari untuk menghentikan jangkitan bakteria. Doktor mungkin ingin melakukan pemeriksaan lain selepas 1 hingga 2 minggu untuk memastikan jangkitan itu telah tiada. Jika jangkitan sering berlaku, ubat mungkin diperlukan sehingga 6 bulan.

Punca lain yang menyebabkan jangkitan memerlukan rawatan lain, termasuk mengelakkan produk tertentu, seperti gel mandian, spermisida, ubat rangsangan saraf dan ubatan lain.

Penyebab keradangan bagi cystitis interstitial tidak dapat dipastikan. Maka tiada satu rawatan tunggal yang boleh menyembuhkan keadaan ini. Terapi digunakan bagi mengurangkan tanda dan simptom termasuk:

Ubatan diambil secara menelannya atau dimasukkan ke dalam pundi kencing.

Terdapat langkah lain yang akan memanipulasi keadaan pundi kencing bagi mengatasi simptom seperti meregangkan pundi kencing dengan air atau gas serta pembedahan.

Rangsangan saraf dengan menggunakan renjatan lemah dilakukan bagi mengurangkan kepedihan pada pelvis dan meningkatkan frekuensi buang air kecil.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!