Kematian Adalah Qada, Tapi Serangan Sakit Jantung Boleh Dielak

Suatu petang semasa saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, saya ke Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) untuk mengunjungi rakan sekerja, Dr Zainal yang sama-sama selesai menjalani On Call.

Saya memang seronok ke sana, di samping mengajak rakan saya ”mengeteh” (istilah orang Johor untuk menggambarkan suasana santai minum teh atau kopi di samping berbual-bual dengan sahabat), ETD merupakan jabatan yang amat sibuk. Di situlah pelbagai insiden kecemasan dan kelam-kabut seperti cerita drama ER di televisyen. Tetapi di ETD adalah ’real life story’. 

Tidak seperti bekerja di wad pembedahan yang kebanyakan masa tenang, hanya sesekali pesakit collapse (tidak sedarkan diri) selepas pembedahan.

Di saat saya menunggu beliau, saya melihat seorang wanita 40an sedang menangis dipeluk oleh seorang anak perempuannya. Wanita itu menangis dengan teresak-esak tetapi anak perempuannya kelihatan kebingungan. Mereka seola-olah tidak mengerti apa yang berlaku seperi kehilangan seseorang.

 

Pergi yang tidak kembali

Dr Zainal, itu kes apa itu? Apahal pempuan dan anaknya menangis kat hujung sana tu?” soal saya selepas mengucapkan salam sebaik melihat kelibat rakan.

Oh itu, sedang menunggu mayat suaminya. Heart attack !” jawabnya ringkas.

 Jiwa saya tidak terusik dengan insiden ‘heart attack’ kerana di hospital ini insiden itu berlaku berpuluh kali dalam sehari. Namun saya merasa terusik melihat seorag wanita 40an dan anaknya sedang hiba mengenang nasib dan masa depan. Apakah mereka akan lakukan tanpa suami mereka?

Adakah suami mereka terlalu kejam meninggalkan mereka berdua secara mengejut. Kalau selama ini si bapa mengalami peyakit kencing manis dan tahap kolestrol yang tinggi, tidakkah mereka memikirkan anak dan isteri yang akan ditinggalkan jika mereka diserang ’heart attack’.

Maka segeralah melakukan pemeriksaan berkala jika disahkan berpenyakit. Jangan pertimbangkan elok ego lelaki saja, tanpa menimbangkan nasib anak dan isteri yang mungkin akan ditinggalkan.

Ada juga lelaki yang bercakap menggunakan ’kepala lutut’, ”Alah doc, nyawa tu di tangan tuhan. Kalau nak mati, mati juga ”. Bagi mereka yang berkata begini saya harap mereka periksa kembali akidah dan iktiqad ahli sunnah wal jamaah mereka. Perkataan mereka seorang-olah sudah menjadi ahli Jabariyah yang menganggap bahawa qada Allah tidak boleh diubah langsung dan mereka hanya mengikut saja qada’ ini.

Apakah mereka tidak merasakan bahawa hidup ini suatu perjalanan yang penuh pilihan, mahu syurga atau neraka, mahu berlapar atau makan untuk kenyang, mahu berjuang untuk terus hidup atau membunuh diri dan mati?

Jika tahu berpenyakit dan menafikan rawatan dan enggan memakan ubat itu namanya membunuh diri, maka jangan salahkan taqdir. Mencari penawar dan seterusnya berdoa kepada Allah agar disembuhkan penyakit adalah sebahagian tawakal. Jika telah melakukan segalanya dan masih lagi ditimpa musibah, itu baru dinamakan taqdir, akibat qada’ Allah kepada kita.

 

Ego membawa musibah

Saya sebenarnya begitu geram dengan ego sesetengah lelaki yang tidak mengaku berpenyakit dan tidak mahu mendapatkan rawatan. Apakah mereka ini yakin akan terlepas dari ujian Allah  berbentuk penyakit yang lebih parah seperti stroke, myocardial infarction (’heart attack’) dan kerosakan ginjal. Semua ini boleh dielakkan jika mereka membuat rawatan berkala. Semua ini adalah penyakit kronik yang tidak berjangkit dan boleh dicegah.

Menurut cerita Dr Zainal, arwah (lelaki yang meninggal dunia tadi)   mengadu sakit perut di ’ulu hati’ sejak pukul 4.00am. Kemudian beliau telah pun ke klinik berjumpa dengan doktor pada pukul 9.00am dan diberikan ubat untuk ’gastrik’.

Telah menjadi kebiasaan bagi sesetengah doktor yang mendiagnosa seseorang itu mendapat penyakit gastrik jika sakit perutnya berada di kawasan ulu hati (hypogastrium).

Namun pada waktu tengah hari arwah mendapati sakitnya antara kawasan ’ulu hati’ dan dada bertambah teruk dan mengalami sesak nafas. Beliau berjumpa semula dengan doktor di klinik untuk minta disuntik untuk mendapat kelegaan, namun terus dirujukkan ke ETD di hospital.

Sampai di hospital keadaannya bertambah teruk. Tidak lama setelah dibaringkan di atas katil, dia terus pengsan dan akhirnya meninggal dunia setelah pihak doktor melakukan CPR.

 

Mencegah lebih baik sebelum terlambat

Kisah sebegini biasa saya dengar. Bila ditanya adakah arwah mempunyai penyakit-penyaki kronik lain seperti diabetis, gout atau tekanan darah tinggi, pihak keluarga atau arwah sendiri semasa hidupnya mungkin menafikan. Namun penyakit ini adalah ‘penyakit tersembunyi’ yang perlu dicari dengan pemeriksaan berkala, dan bukannya nampak di hadapan mata.

Saya juga sering mengingatkan kawan-kawan yang berumur 40an ke atas agar segera melakukan pemeriksaan kesihatan. Ketika berbual dengan mereka, ramai kawan-kawan saya yang mengaku sihat dan bebas dari penyakit. Namun apa bila ditanya bilakah tarikh mereka melakukan pemeriksaan kesihatan, mereka menjawab 3-5 tahun lepas. Malah ada yang tidak pernah langsung melakukan pemeriksaan kesihatan. Bagaimana mereka boleh pasti mereka tidak mempunyai penyakit yang tersembunyi itu?

Penyakit-penyakit yang tersembunyi itu ibarat anai-anai yang melakukan ‘kerja’ dengan senyap untuk beberapa tahun. Tiba-tiba bangunan yang besar dan cantik runtuh akibat kerja anai-anai . Begitu juga dengan manusia yang kelihatan tegap dan sihat, tiba-tiba pengsan ketika melangkah ke luar rumah atau restoran. Itu semua kerja penyakit yang tersembunyi, tidak dapat dikesan kerana kealpaan kita.

Saya juga sering berjumpa beberapa pesakit lelaki yang mengadu sakit dada beberapa minggu dan kemudiannya datang berjumpa saya apabila kesakitannya bertambah serius. Mereka langsung tidak pedulikan sakit dada mereka dan menganggap sakit itu sakit biasa. Jantung ibarat enjin bagi seseorang, jika ianya bermasalah maka tahap kesihatan dan kecergasaan seseorang pasti akan terjejas.

Jadi bagimana agaknya sakit dada yang berpunca dari jantung berbeza dengan sakit dada disebabkan oleh organ lain.

 

Heart Attack

Sakit dada adalah merupakan tanda utama bagi seseorang itu untuk didiagnosa sebagai serangan penyakit jantung atau ’heart attack’. Namun sebeum itu seorang doktor harus mendapat maklumat yang lebih detail mengenainya.

Malah ada yang mengalami sakit dada yang tidak berapa teruk, juga menggambarkannya sebagai ‘tidak selesa di bahagian dada’ (chest discomfort) dan bukannya sakit dada yang mencengkam. Kadang kala pesakit hanya memberitahu sebagai ‘rasa berat’, ‘rasa ketat’, ‘rasa mencengkam’ atau ‘rasa terbakar dalam dada’.

Malah ada yang diserang heart attack tanpa mengalami sakit dada. Ini menyebabkan doktor tidak mengesyaki ‘heart attack’ apatah lagi jika pesakit sendiri yakin (insist) bahawa sakit dadanya disebabkan oleh penyakit gastriknya.

Secara amnya sakit dada yang disebabkan oleh heart attack selalunya bersama-sama dengan sakit yang melarat ke lengan, rahang atau belakang dada. Pesakit selalunya berpeluh, muntah, atau rasa loya, rasa pening (atau kepala rasa ringan), sukar bernafas, rasa lemah badan, degupan jantung yang laju, pitam dan seterusnya boleh pengsan.

 

Silent Heart Attack

Ada sesetengah pesakit sebenarnya pernah diserang heart attack namun mereka tidak mengetahuinya. Ini dinamakan serangan sakit jantung secara senyap (“silent heart attack”). Oleh itu pemeriksaan berkala termasuk pemeriksaan ECG diperlukan untuk memastikan penyakit itu.

 Ini bermakna ada pesakit yang mengalami heart attack tidak mengalami sakit di dada langsung. Pada mulanya pesakit mungkin akan merasa tidak selesa di belakang dada, berpeluh atau degupan mereka laju sahaja. Ramai juga yang merasakan letih atau tidak sihat beberapa minggu sebelum mereka merasa sakit dada dan sukar bernafas.

Oleh itu pemeriksaan kesihatan secara berkala amat penting terutama bagi mereka yang mempunyai risiko seperti diabetes, hypertension, hyeprcholestrole, obese, atau ada ahli keluarga yang diserang heart attack semasa muda.

Pemeriksaan darah dapat membantu doktor mengenalpasti seseorang pesakit telah mengalami ”silent heart attack” dan berkemungkinan akan diserang semula.

Selain dari pemeriksaan ECG, pemeriksaan darah juga boleh dijalankan. Pemeriksaan darah untuk Troponins, iaitu protein yang dapat dikesan dengan banyak selepas heart attack.

Creatine phosphokinase (CPK), adalah enzim yang dapat dikesan akibat kerosakan otot-otot jantung . Coronary angiography juga dilakukan untuk mengenal pasti saluran arteri yang tersumbat dan mengakibatkan heart attack.

Echocardiogram pula adalah ujian seperti ultrasound yang melihat imej jantung bergegup. Kecacatan pada dinding jantung dan injap menunjukkan bahawa jantung telah rosak akibat heart attack.

Kombinasi ujian-ujian ini di samping simptom yang diceritakan oleh pesakit akan membantu doktor memberikan diagnosa. Jika keadaannya masih tidak jelas, maka haruslah dimasukkan ke wad untuk melakukan beberapa ujian yang yang lebih invasive.

Pada rakan-rakan yang belum melakukan pemeriksaan kesihatan, bersegeralah. Pilihan di tangan kita untuk menentukan nasib kita di masa depan.

 

Wallahu a’lam

 

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (041010)

http://www.facebook.com/drzubaidi

https://drzubaidi.com/blog

8 comments

  1. Salam sejahtera,

    A very good writing,my friend !

  2. yong shahriah

    susah nk dikatakan …ada yg mengatakan tidak mahu membuat pemeriksaan berkala kerana takut,disahkan ada penyakit dan terpaksa bergantung dgn ubat sdgkan skrg boleh hidup macam biasa tanpa ubat… tak tahukah mereka masih ramai yg sayang dan masih memerlukan kehadiran mereka?? x terbayang kah mereka jika pergi dgn tiba2 apakah nasib mereka yg ditinggalkan…..

    • Salam, itu bukan cara orang yang berani menghadapi maslah hidup. Masalah harus dihadapi “face to face”, bukannya “menyapu sampah ke bawah tikar”

      Apabila “bangkai” yang disorok sudah berulat, tentu ianya mendatangkan kesusahan yang banyak untuk menguruskannya. Tentu banyak tenaga, masa dan wang harus dihabiskan.

      Pada saya, setiap kelemahan kita harus diakui dan hadapinya dengan tabah. Sabar dan tawakal dalam menghadapi musibah itulah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w

  3. salam doc,
    seperti doc terangkan di atas, ia berlaku kpd suami saya (yg baru berusia 29 tahun)puas saya mintak dia pergi ke hospital buat pemeriksaan tp dia tidak mahu,katanya dah mmg confirm kena heart attack.dia takut kena makan ubat seumur hidup lepas buat pemeriksaan.bagaimana patut saya buat doc?

  4. salam, dr, sy nak bertanya, jika umur 20an adkah kmgkinan utk m’hdap skit jantung? Dan jika sakit dada yg m’cngkam, mgkinkah skadar angin atau b’kaitan dgn garam mineral dlam bdan? ..tq..

  5. lovely iguanaz

    assalamualaikum doktor.. Nak tanya apa dia myocardial bridging? Doktor pakar sahkan saya menghidap myocardial bridging peringkat minor.. Masa ini saya mkn ubat jantung dan ubat menurunkan cholestrol dan aspirin.. Bolehkah penyakit ini sembuh? Dan satu lagi doktor pakar ada memberitahu saya bahawa saluran jantung saya ada tersumbat sebnyak 20% (mild saja) saja.. Dan pertanyaan saya bolehkah saya bersukan seperti dulu..?

    sejarah ringkas saya.. Ahli keluarga ada penyakit jntung (sudden death), 3 tahun yg lepas saya aktive bersukan dan salah seorang pelari dari jabatan.. Saya ada penyakit migraine, asthma, reactive hypoglycemia (for non diabetic people).. Tpi smuanya terkawal.. Berhenti bersukan disebabkan mengandung anak ke3 dan ke4.. Melahirkan anak ke3 dan ke4 melalui pembedahan.. Sekarang anak ke4 berumur 1tahun lebih.

  6. salam doktor…baru2 ini saya ada menjalani pemeriksaan kesihatan melalui ujian darah…drp laporan itu, dikesan CPK saya 137 daripada reference range <170…

    Pegawai perubatan itu memaklumkan bahawa CPK ialah lemah otot jantung…minta doktor jelaskan dengan lebih lanjut apakah yang dikatakan lemah otot jantung itu? Apakah bezanya dengan lemah jantung yang selalu saya dengar selama ini sedangkan inilah kali pertama saya mendengar tentang lemah otot jantung…

    Terima kasih doktor…

Leave a Reply

error: Content is protected !!