Kekerapan Jima’ untuk Hamil

Masalah ketidaksuburan adalah musibah dan ujian yang kerap terjadi di kalangan mereka yang baru berkahwin. Ramai yang masih menunggu dan mencuba walaupun sudah beberapa tahun berkahwin.

Pada masa yang sama kita membaca banyak berita di akhbar yang memberitahu ramai anak yang baru dilahir telah dibuang dan ditinggalkan oleh ibu-ibu yang hamil di luar ikatan perkahwinan.

Adakah ini suatu kebetulan atau suatu peringatan. Malah ada yang mengeluh ’kalau tak kahwin, sekali buat sudah hamil. Tapi kalau kahwin, dah bertahun-tahun tidak hamil-hamil lagi’ .

Bagi mereka yang menghadapi masalah sebegini haruslah banyak bersabar. Selain mengikuti nasihat yang diberikan doktor, perlulah banyak bermohon pada Allah dan perbanyakkanlah sedekah.

“Saya tak pernah lupa untuk berdoa selepas solat, namun masih lagi belum dikurniakan anak..”

Banyakkanlah bersabar. Jadikanlah kisah para nabi sebagai panduan dan motivasi. Antara mereka ialah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Zakaria a.s.

Mereka tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat.

Antara doa yang boleh diamalkan seperti mana yang diamalkan oleh Nabi Ibrahim a.s tercatatkan dalam al Quran.

Allhuma innaka ta’lamusirniiwa’alaa niyati faqbul ma zrotii wa ta’lamu haajatii fa a’thinii su’lii wa ta’lamu maa fii nafsii faghfir lii zanbii”

(Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku lahirkan, terimalah uzur ku ; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.)

Atau doa Nabi Zakaria a.s.

Robbi laa tazar dan wantakhoirul waaa rithiin”

(Tuhanku, janganlah engkau tinggalkan daku seorang diri padahal engkau Tuhan yang paling baik dari segala orang yang mewarisi)
-Surah Al-Anbiya:21:89

Robbi hablee miladunlakaa zurritontoiyiban innaka samii uddoa”

(Tuhanku, berilah kepadaku dari sisi-mu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya engkau Tuhan yang sangat mendengar doa) -Surah Al Imran 3:38

Begitu juga doa yang perlu diamalkan sebelum jima’

BIsmillahi Allhuma jannibnas syaithoona wa jannibis syaithoona maa rozaqn tanaa.”

(Dengan nama Allah , Ya Allah ! jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau kurniakan kepada kami)

Doa ini amat penting diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri sebelum melakukan persetubuhan agar anak yang dilahirkan akan menjadi manusia yang sempurna dan beriman.

Antara soalan yang saya terima dari seorang rakan FB adalah seperti berikut.

“Salam, doktor. Saya keliru mengenai kekerapan melakukan jima’, terutama sekitar waktu ovulasi. Saya membaca internet mengatakan dua hari sekali dan ada pula yang mengatakan setiap hari. Mana yang perlu saya ikut? Untuk pengetahuan doctor, saya belum lagi hamil walaupun telah berkahwin 3 tahun”

Saya amat bersimpati dengan apa yag berlaku. Saya sering menasihatkan pada pasangan yang bermasalah, agar membuat pemeriksaan segera apabila sudah memasuki 2 tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat.

Bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas pula, pemeriksaan dan rawatan haruslah dimulakan secepat mungkin kerana usia mereka akan mempengaruhi kesuburan mereka.

“Saya tidak mempunyai masalah kitaran haid, kedatangan darah haid saya normal. Cuma suami saya bekerja di di utara dan kami berjumpa di hujung minggu saja.”

Ini adalah satu lagi faktor ‘ketidaksuburan’ bagi pasangan yang berkahwin apabila mereka tinggal berjauhan dan hanya berjumpa di hujung minggu. Memilih waktu yang ‘perfect’ adalah kunci pada masalah ini.

Jadi bagi wanita yang tidak mempunyai masalah haid, ada beberapa tips telah saya terangkan dalam penulisan saya sebelum ini.

Rujuk https://drzubaidi.com/blog/?p=447

Namun bagi mereka yang mempunyai masalah kitaran haid yang tidak tetap, eloklah melakukan beberapa ujian dan pemeriksaan doktor.

”Bagaimana kalau saya lakukan jima’ selepas sehari atau dua hari waktu subur saya?”

Saya berpendapat tidak ada masalah jika melakukan jima’ pada hari kedua atau ketiga selapas waktu subur kerana masih terdapat sperma yang aktif. Namun bilangan sperma menjadi kurang pada pancutan (ejaculation) hari kedua atau ketiga.

Saya mencadangkan agar lakukan jima’ pada hari yang subur supaya sperma yang terbaik dapat disenyawakan.

Lakukan jima’ sekerap yang mungkin dalam waktu yang subur. Cara yang terbaik untu memastikan waktu subur ialah dengan menggunakan Ovulation Prediction Kits (OPK) yang telah saya huraikan dalam penulisan sebelum ini.

Rujuk https://drzubaidi.com/blog/?p=610

Apabila OPK telah menunjukkan tanda positif, bermakna wanita itu sedang berada pada waktu yang subur, maka lakukan jima’ pada hari itu dan hari selepasnya. Sehari selepas itu (hari ketiga) dan seterusnya dikira agak terlambat sedikit.

Cara pengiraan mengikut kalendar juga telah saya huraikan dalam penulisan saya sebelum ini.

Jika kitaran haid seorang wanita itu tetap, maka tolakkan 16 hari dari hari terakhir dalam kitaran haid. Sebagai contoh, jika seorang wanita mempunyai kitaran haid yang tetap selama 30 hari, lakukanlah jima’ pada hari ke 14 dan teruskan sehingga hari ke 16.

Allahu a’lam.

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

7 comments

  1. Salam Dr,
    berapa kali kita bersama semasa waktu subur ye?sekali sahaja ke?

  2. salam dr…
    umur saya sudah 30thn dan telah berkahwin selama 10bulan dan sampai sekarang saya belum hamil.masalah saya,bagaimana untuk saya menentukan masa subur saya sedangkan sudah 4bulan saya tidak datang bulan..saya juga pernah bjumpa dr di hospital kerajaan dan dia mgatakan saya mengalami stress sebab itu tidak datang bulan..apa perlu saya lakukan?

  3. salam dr.
    saya berhenti mengambil pil perancang Meliane setelah anak kedua saya berumur 2 tahun 1 bulan. selepas 3 bulan, kitar haid saya menjadi pendek iaitu 26 hari ( sebelum ini 28 hari ). saya sukar nak mengagak dengan tepat hari subur saya kerana setiap bulan ia berubah-ubah sama ada 26 atau 28 hari. saya fikir mungkin pengambilan pil perancang ini telah menjejaskan kesuburan saya. saya da mengambil EPO dan folic acid untuk menstabilkan hormon. saya tidak sabar untuk hamil semula kerana usia sekarang sudah 31 tahun dan saya merancang untuk melahirkan anak sehingga usia saya 38 tahun ( dengan jarak 2 atau 3 tahun seorang )

  4. as salam, doktor.saya sudah berkawen hampir3 bulan .namu, sampai detik ni saa blum lagi hamil.masalh saya, adaalh kitaran haid yang tidak teratur.sy mula2 period pun ms tingktn 2.agk lewat la.namun ,kitran haid sy jadi x teratur masa tingktn 5..masa tu x pk sgt.meningkat usia, period sy langssung x dtg mlainkan makan ubat bg period .bg sy, sy akn period bile makn ubt..j.so, sampai bile nk mkn ubt j…skrg , nie..bgaimn doktor..?sy d jmp doktor .amik blood test.tp …doktor kate hormon sy x d mslh.mcm ne nie doktor..?adakah sy ade penykit lain..?

  5. as salam doktor,sy nk tanya sy dh 2thn kawin tp xprnh mengandung,sy dh check dkt hospital.doktor bgtau yg saya xde telur berdasarkn ujian darah hari 21hari period.
    soalan sy kenape sy xde telur?puncanye ape?saya xpaham.

    • as salam doktor,sy nk tanya sy dh 2thn kawin tp xprnh mengandung,sy dh check dkt hospital.doktor bgtau yg saya xde telur berdasarkn ujian darah hari 21hari period. soalan sy kenape sy xde telur? puncanye ape?saya xpaham.

      WA ALAIKUM MUS SALAM. Punca utama ialah ketidakseimbangan hormon. Boleh beritahu saya umur, bert dan tinggi?
      Boleh senaraikan hari pertama datang haid setiap bulan?

Leave a Reply

error: Content is protected !!