Keguguran Berulang

janin

SOALAN: “Saya baru sahaja keguguran seminggu lalu. Kandungan saya mencecah dua bulan setengah. Masalah saya ini keguguran kedua. Keguguran pertama juga kandungan saya masuk dua bulan. Kedua-duanya turun sendiri bersama sarung. Saya juga tidak menggunakan kaedah D&C kerana menurut doktor rahim saya sudah kosong dan bersih.  Saya ingin bertanya doktor adakah disebabkan janin saya atau rahim saya tidak kuat. Suami saya juga kuat mengambil ubatan seperti ubat asma. Adakah itu juga puncanya?”

Keguguran sering berlaku di awal kehamilan selalunya disebabkan masalah ‘janin yang tidak kuat’secara gentiknya. Keguguran yang puan alami juga bukan disebabkan oleh ubat asma yang diambil oleh suami puan.  Saya mencadangkan puan meneruskan pengambilan folik asid untuk memberi banyak kebaikan kepada ibu dan janin.

Jika puan mengalami keguguran yang berulang, saya mencadangkan puan membuat pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar. Doktor mungkin menyarankan beberapa ujian.

Hari-hari dan minggu-minggu selepas keguguran boleh jadi sangat sukar, terutama sekali jika ini bukanlah keguguran pertama atau jika puan amat mengharapkan kehamilan ini.

Adalah normal bagi puan merasa terkejut, sedih, murung, letih dan berasa seperti mengalami kegagalan. Puan mungkin merasa seperti segala-gala yang anda harapkan hancur berkecai dalam sekelip mata.

Puan juga mungkin mengalami kemurungan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan harian dan tidak boleh tidur. Ingatlah bahawa puan dan suami tidak dipersalahkan. Keguguran yang berlaku dalam trimester pertama (kurang dari tiga bulan) kehamilan adalah perkara yang sangat biasa berlaku.

Keguguran tidak memberi kesan ke atas keupayaan puan untuk hamil lagi. Mengalami keguguran tidak semestinya menandakan puan mempunyai masalah kesuburan.

Malah, kajian menunjukkan bahawa setengah dan tiga perempat daripada wanita yang pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali atau lebih akhirnya melahirkan bayi yang sihat tanpa memerlukan sebarang rawatan perubatan yang khusus.

Selepas keguguran kali pertama, risiko keguguran untuk kali kedua sama dengan sebelumnya, dan walaupun selepas dua kali keguguran, risiko keguguran kali ketiga hanya meningkat sedikit sahaja.

Kebanyakan doktor mengesyorkan puan menunggu sehingga puan mendapat sekurang-kurangnya tiga kali haid yang normal sebelum mencuba untuk hamil semula. Ini bagi memberi peluang kepada badan puan terutama rahem puan untuk kembali kuat dan normal. Tetapi jangan lupa bahawa anda juga perlu sembuh dari segi emosi sebelum puan bersedia untuk cuba hamil lagi.

Saya mencadangkan puan mengambil suplemen eg Ekstrak Kacip Fatimah untuk tujuan itu.

https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

Jadi teruslah berusaha, jangan sesekali berputus asa.

Wallahu a’lam.

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!