IUCD dan Sukar Hamil

IUCD DAN SUKAR HAMIL

IUCD

“ Salam Doktor. Saya pernah menggunakan alat pencegah kehamilan IUCD yang dimasukkan ke dalam rahem saya, ketika saya mula berkahwin. Ini kerana pada masa itu saya belum bersedia untuk hamil. Setelah 3 tahun saya mengeluarkannya kerana cuba hamil. Malangnya sudah masuk 2 tahun, saya dapati saya agak sukar hamil. Mengapa ya doctor? Ketika ini umur saya sudah 32 tahun. Mohon pencerahan. Terima kasih”  

WA ALAIKUM MUS SALAM

Alat pencegah kehamilan IUCD (Intra Uterine Contraceptive Device) atau kadang kala dikenali sebagai ‘Copper T’, adalah alat pencegah kehamilan yang dimasukkan ke dalam rahem. Ia diperbuat daripada plastik  dan dilingkari dengan dawai tembaga.

Paling terbaru, IUCD dibekalkan dengan hormon progesteron sintetik untuk memastikan ia lebih berkesan. IUCD ini dinamakan  levonorgestrel, yang dilepaskan ke dalam rahim bagi mencegah kehamilan.

Kesan sampingan alat ini ialah pemakai alat ini lebih mudah mendapat jangkitan kuman dalam rahem. Jika ini berlaku ia akan mengganggu kesuburan, dengan kata lain sukar untuk hamil.

Walau bagaimana pun risiko ini agak rendah dan dapat dikesan dalam masa 2-3 minggu selepas menggunakannya.  Wanita tersebut mungkin mengalami keputihan yang melampau, bercampur dengan darah dan rasa tidak selesa di bahagian ari-ari.

Kebiasaannya wanita tersebut akan mengalami kesuburan seperti biasa selepas mengeluarkannya.

Jika puan telah berumur 30 tahun dan masih tidak hamil setelah mencubanya selama 6 bulan, jangan tunggu lagi.

Dokor akan melakukan pemeriksaan kerana masalah kesuburan yang dialami mungkin disebabkan oleh alat perancang kehamilan IUCD itu lagi. Mungkin disebabkan oleh masalah kesuburan yang lain.

Wallahu a’lam.

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di S I N I

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!