Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » HILANG PENDENGARAN MENGEJUT

HILANG PENDENGARAN MENGEJUT

HILANG PENDENGARAN MENGEJUT



Hilang pendengaran mengejut adalah situasi di mana seseorang akan mengalami kehilangan atau kekurangan keupayaan untuk mendengar secara tiba- tiba. Masalah pendengaran mengejut ini boleh terjadi dalam tempoh kurang daripada 72 jam.

Hilang pendengaran mengejut boleh dikesan apabila ujian pendengaran yang dijalankan menunjukkan tahap pendengaran pesakit telah mencapai bacaan 30 dB atau lebih pada 3 frekuensi bunyi berturut-turut. Hilang pendengaran mengejut boleh disebabkan oleh masalah pendengaran jenis konduktif, sensorineural dan campuran. Ujian pendengaran yang dijalankan dapat membezakan jenis masalah pendengaran yang sedang dialami pesakit.

Masalah hilang pendengaran mengejut boleh dialami samada pada sebelah ataupun kedua-dua telinga. Pesakit perlu segera mendapatkan pemeriksaan awal supaya punca masalah dapat dikenalpasti dan rawatan awal dapat diberikan segera. Rawatan adalah bergantung kepada punca dan jenis masalah pendengaran. Hilang pendengaran ini boleh bersifat sementara atau kekal.



PENYEBAB



1. Kesan pengambilan ubat – ubatan

2. Masalah sistem pengaliran darah

3. Masalah pada telinga luar seperti masalah kehadiran benda asing di dalam salur telinga,serumen ataupun jangkitan otitis externa

4. Masalah pada telinga tengah seperti jangkitan pada telinga tengah, kebocoran gegendang telinga, kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada telinga tengah.

5. Masalah pada telinga dalam seperti Meniere’s Disease dan jangkitan viral / bakteria pada struktur telinga dalam seperti Human Immunodeficiency Virus (HIV), Cytomegalovirus (CMV), Herpes Simplex (HSV)

6. Ketumbuhan pada saraf pendengaran

7. Trauma / kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala

8. Pendedahan kepada bunyi bising

9. Faktor neurological

10. Idiopathic (punca tidak diketahui) kes hilang pendengaran mengejut sensorineural (sudden sensorienural hearing loss).


GEJALA / TANDA



Kebanyakan pesakit mengalami masalah hilang pendengaran mengejut berlaku di awal pagi. Masalah ini boleh berlarutan sehingga beberapa hari. Pesakit akan berasa tahap pendengaran juga berkurang apabila menghadapi kesukaran untuk mengikuti perbualan secara berkumpulan atau dalam persekitaran yang agak bising.

Bagi sesetengah individu pula, masalah pendengaran ini turut disertai dengan kehadiran bunyi lain di dalam telinga seperti bunyi berdengung atau berdesing (tinnitus). Di samping itu, terdapat juga individu yang mengalami masalah keseimbangan. Hilang pendengaran secara mengejut sensorineural lebih kerap berlaku pada sebelah telinga sahaja berbanding di kedua- dua telinga.



PEMERIKSAAN


Pemeriksaan klinikal dijalankan oleh pegawai perubatan / Pakar ORL seperti ujian pendengaran audiometri nada tulen dan ujian tympanometri oleh Pegawai Audiologi (ujian pendengaran audiometri dijalankan secara bersiri – untuk menilai keberkesanan rawatan yang diberikan).

Ujian ujian darah juga akan dijalankan dan ujian MRI (Magnetic Resonance Imaging) sekiranya diarahkan oleh pegawai perubatan / Pakar ORL.


RAWATAN



Pemeriksaan dan rawatan awal boleh meningkatkan peluang untuk memulihkan pendengaran pesakit.

1. Rawatan dengan menggunakan steroid diberikan oleh kepada pesakit yang mengalami masalah hilang pendengaran mengejut jenis sensorineural (sudden sensorineural hearing loss).

2. Jika masalah tersebut dikenalpasti berpunca daripada jangkitan maka rawatan dengan menggunakan antibiotik akan diberikan.

3. Alat bantu pendengaran sekiranya masalah pendengaran tidak dapat dipulihkan dan pesakit mengalami gangguan dan kesukaran untuk mendengar dan berkomunikasi.



#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: