essential oil bagus memberikan ketenangan

PENGGUNAAN ESSENTIAL OIL (EO) SANGAT BAGUS UNTUK MENENANGKAN ANAK

Kita tidak sedar anak kita mungkin mengalami kerisauan.

Ramai di antara anak-anak yang mengalami masalah kerisauan yang kadang kala kita tidak perasaan. Pergaulan bersama dengan rakan-rakan, komunikasi dengan orang dewasa, pengaruh TV dan video, pengalaman yang dilalui ketka bermain atau dalam perjalanan ke sekolah dan banyak lagi perkara yang mereka lalui sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran mereka.

Bayangkan pagi tadi dia dimarahi oleh seorang dewasa di perkarangan sekolah, atau seorang guru memberi amaran agar menyiapkan kerja sekolah yang belum lagi disiapkan atau terbayang imej yang menakutkan di layar TV.

Kita sudah pasti tidak menyedari anak kita mungkin dalam kebimbangan atau trauma.

Pengalaman sendiri ketika kanak-kanak tentu memberikan gambaran tentang perasaan kita sewaktu itu. Saya masih ingat ketika remaja. saya terpaksa berjalan kaki ke Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yassin (SDARY), Johor Bahru dan melalui kejiranan orang Cina. Mereka membela anjing.

Saya tidak menyalahkan mereka membela anjing sebab itu budaya mereka. Saya cuba menceritakan kebimbangan saya.  Walaupun anjing berada di dalam pagar, mereka menyalak kuat setiap kali ada orang yang lalu di hadapan mereka.

Saya memang fobia dengan anjing ketika itu. Saya bayangkan imej anjing yang ganas suka menggigit dan apabila tersentuh terpaksa pula disertu.

Jadi saya selalu bimbang setiap kali mahu ke sekolah. Ada masanya saya termenung, ada masanya saya agak sukar tidur dan ada masanya saya bermimpi buruk. Namun saya tidak pernah beritahu emak dan abah saya. Alhamdulillah tidak lama kemudian saya ditawarkan ke sekolah lain.

Kebimbangan ini seharusnya dirawat sebelum ia menjadi kecelaruan emosi yang mana ia tidak boleh dikawal lagi. Ibubapa memainkan peranan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak ini. Mereka mungkin tidak memberitahu, tetapi kitab oleh melihat perubahan pada anak-anak.

Mereka mungkin tidak boleh tidur dengan mudah, terjaga ketika tidur secara berulang-ulang, kerap termenung atau mungkin tidak mahu ke sekolah atas pelbagai sebab yang direka. Jika tidak mampu membantu anak, bawalah berjumpa dengan kaunselor sekolah yang mungkin membantu anak mengawal perasaan kebimbangan mereka.

Essential oil sebagai aromaterapi.

Saya juga mencadangkan penggunaan Essential Oil (EO) sebagai aromaterapi bagi meredakan perasaan ini. EO sangat praktikal, mudah digunakan dan ia adalah produk natural (semulajadi ) yang dapat membantu menenangkan perasaan kanak-kanak dan orang dewasa.

Banyak kajian tentang penggunaan EO. Sebagai contoh, dalam satu kajian membuktikan wanita yang menggunakan bau-bauan dari buah oren (yang diekstrak sebagai EO) merendahkan rasa bimbang, memberikan lebih mood yang positif selepas bangun tidur dan mereka berasa lebih tenang.

Satu kajian yang menarik dilakukan di sebuah klinik gigi, untuk mengetahui kesan EO (bauan oren dan lavender) terhadap pesakit yang sedang menunggu. Seramai 200 orang pesakit berumur 18-77 tahun menyertai kajian ini. Semasa menunggu mereka dirangsangkan dengan bau-bauan oren, lavender, atau didengarkan muzik atau tidak diberikan apa-apa rangsangan. Didapati mereka yang diberikan rangsangan bau-bauan oren dan lavender dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan meningkatkan mood pesakit.

Kajian yang dilakukan oleh Robert Tisserand, pakar dalam aromaterapi mendapati penggunaan bau-bauan seperti oren, lavender, marjoram, geranium, dan cardamom, bukan saja memberikan rasa tenang tetapi juga merangsangkan untuk memulakan rasa mengantuk untuk tidur. Begitu juga dengan bau-bauan dari EO seperti tea tree, dan rosemary memberikan kesan yang sama.

Ada satu kajian yang menunjukkan keberkesanan EO dalam membantu kanak-kanak yang hiperaktif untuk lebih tenang untuk masuk tidur. Mereka mendapati kanak-kanak ADHD yang diberikan bau-bauan di bilik tidur mereka lebih mudah tidur jika diberikan bau-bauan cedarwood oil, vetiver, dan lavender.

Jadi sememangnya EO dapat membantu dalam memberi rasa tenang, menaikkan mood dan mudah untuk tidur. Cuma secara perbandingannya tidak boleh disamakan dengan pil-pil penenang atau ubat tidur yang diberikan oleh doctor.

Rujuk: Peir Hossein Koulivand, Maryam Khaleghi Ghadiri, Ali Gorji. Lavender and the Nervous System, Evid Based Complement Alternat Med. 2013; 2013: 681304. Published online 2013 Mar 14.

Bolehkah Essential Oil (EO) yg tulen diberikan pada kanak-kanak?

Essential Oil yang tulen mengandungi 100% essential oil, tanpa sebarang campuran. Banyak produk yang menjual atas nama Essential Oil. Minyak yang dilabel sebagai “fragrance oil” atau “perfume oil” adalah produk yang telah dicampurkan, bukan lagi produk yang menggunakan 100% essential oil. Begitu juga minyak yang dicampur dengan minyak zaitun dan minyak kelapa, selalunya kepekatannya lebih rendah. Ia sesuai dijadikan minyak sapuan.

Oleh kerana kanak-kanak tidak sistem mempunyai daya tahan yang kuat, saya mencadangkan jika EO 100% mahu diberikan kepada kanak-kanak, seharusnya berumur sekurang-kurangnya dua tahun. Paling selamat untuk kanak-kanak yang berusia tiga bulan ke atas, boleh gunakan EO dicampur dengan minyak kelapa/zaitun sebagai sapuan jika formulasi yang digunakan  mempunyai kadar EO yang sangat rendah.

Ini bermakna EO 100% tidak sesuai digunakan terus pada kulit sebagai sapuan, tetapi harus dicampur dengan minyak zaitun/kelapa dengan kepekatan yang rendah atau teknik semburan. EO selalunya dilarutkan ke dalam minyak natural seperti minyak kelapa dan minyak zaitun. Ia lebih selamat berbanding dilarutkan ke dalam minyak mineral.

Beberapa langkah yang perlu diikuti jika pertama kali menggunakan EO.

1)Walaupun dikatakan selamat, jangan diberikan EO untuk diminum.

EO hanya boleh diberikan secara oral (diminum) setelah mendapat pandangan dari perawat yang bertauliah dan mahir dengan penggunaan EO.

2) Cuba sedikit dulu

Terutamanya untuk tujuan sapuan, walaupun EO tidak mengandungi sebarang allergen (bahan yang merangsangkan tindakbalas alahan) tetapi lebih selamat jika mulakan secara beransur-ansur dan melihat jika ada tindak balas alahan seperti rasa gatal dan ruam. Selalu punca tindak balas ini ialah apabila EO yang dicampurkan dengan minyak kelapa/zaitun mengalami pencemaran semasa proses pembuatan, penyimpanan atau penghantaran.

Jangan letakkan pada muka, terutama berdekatan dengan mata dan mulut. Jika tiada tindak balas alahan, ia selamat digunakan. Bagi EO 100% yang tulen (belum dicampurkan dengan minyak), ia boleh campurkan setitik EO bersama 4 titik minyak zaitun atau kelapa, kemudian sapukan pada kulit lengan untuk melihat tindakbalas alahan jika ada.

3) Gunakan dengan kadar yang sederhana

Gunakan EO dalam kadar yang sederhana, contohnya ketika mahu tidur atau disapu pada kulit selepas mandi bagi mendapat kesan maksima. Jika selalu digunakan mungkin ia tidak lagi berkesan pada masa akan datang kerana deria bau kita telah lali dengan bau-bauan tersebut. Jangan gunakan satu jenis bauan. Gunakan beberapa jenis bauan ini secara bergilir-gilir.

4) Dapat nasihat dari mereka yang pakar

Jangan menggunakan EO tanpa mendapat sebarang pendapat dari yang pakar untuk mendapatkan kesan positif yang maksima. Boleh gunakan EO tanpa nasihat dari mereka jika hanya mahu mendapat rasa seronok bau wangian dari EO.

Perlu diketahui bahawa EO bukanlah rawatan untuk mententeramkan perasaan yang bercelaru, bimbang atau kanak-kanak yang hiperaktif, tetapi ia adalah satu jalan membantu mereka mendapat suasana yang lebih tenteram.

Antara EO yang saya cadangkan untuk mendapat rasa tenang dan mudah tidur adalah:

  1. Lavender (Lavandula angustifolia)
  2. Mandarin orange (Citrus Reticulata)
  3. Vetiver (Vetiveria zizanioides)
  4. Frankincense (Boswellia carterii)
  5. Cedarwood (Cedrus atlantica)
  6. Ylang Ylang (Cananga odorata)

Bagaimana menggunakan EO?

 

  1. Semasa mandi. Sesetengah produk menggunakan EO sebagai bahan dalam formulasi sabun mandi. Bahan ini selamat digunakan untuk mandian bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.
  1. Sebagai semburan. Boleh gunakan EO yang telah dicairkan sebagai semburan pada seluruh bilik. Elakkan menyembur pada kepala anak-anak atau bantal yang mereka gunakan kecuali EO yang telah dicairkan dalam bentuk kepekatan rendah.
  1. Sebagai pengewapan (diffusion)– Boleh gunakan EO yang dicairkan dengan air untuk dimasukkan ke dalam mesin yang boleh mengewapkan EO ke dalam bilik. Ia lebih selamat. Jangan lakukannya lebih dari sejam. Bagi kanak-kanak pula boleh berikan dalam jangka masa yang pendek 20-40 minit.
  1. Sebagai urutan. EO boleh dijadikan sebagai urutan jika dicampurkan dengan minyak seperti minyak kelapa atau minyak zaitun. Jangan gunakan EO 100% sebagai minyak urutan terutama pada bayi dan kanak-kanak. Boleh urut kaki, tangan, abdomen, dada dan belakang mereka sebagai urutan yang memberi kelegaan.

Bagi mengurangkan rasa risau, trauma dan ketakutan yang dialami oleh anak, atau sebagai rawatan bagi anak untuk mudah berasa tenang memudahkan untuk tidur, Essential Oil dapat membantu, selain teknik kaunseling atau ubat penenang yang diberikan oleh doctor.

Semoga bermanfaat.

UTM melalui Phytobiznet Sdn Bhd memasarkan beberapa produk Essential Oil yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa bagi beberapa tujuan.

Soothing

Soothing series of aromatherapy massage oil is formulated from a number of essential oils including chamomile and cedarwood. It soothes the muscle as well as giving calming effect on the mind & body.

Refreshing

Refreshing series of aromatherapy massage oil is formulated from a number of essential oils including Basil and Rosemary. It promotes a refreshing effect once applied to the skin. This particular massage oil is suitable to be used for those looking for a massage deriving from fatique. One will experience a refreshing after effect and heightened of the energy level.

Relief Muscle

The combination of essential oils used in this formula are invaluable to sore muscles and joints. Relief muscle has a soothing yet spicy fragrance of ginger and black pepper. You will notice a slight
warming of the skin where applied that feels good on aching
muscles but might be bothersome to those with hyper sensitive skin.

Balance

Renowned for their balancing effects on the nervous system. Sandalwood and Lavender are the main ingredients in this blend. With the added calming and soothing effects of geranium, ylang ylang and lavender, one will experience a certain feel of balance (mind and body). The aroma of this massage gives a hint of soft and soothing fragrance.

Leave a Reply

error: Content is protected !!