Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT GABAPENTIN?

DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT GABAPENTIN?

DOKTOR, APA ITU UBAT TAHAN SAKIT GABAPENTIN?

1. Gabapentin adalah nama generik bagi Neurotin.

2. Dos yang biasa dijual 300mg dalam satu kapsul.

3. Ia digunakan untuk:

✅Melegakan kesakitan saraf

✅Merawat penyakit sawan

4. Cara pengambilan:1-2 biji 1-3 kali sehari selepas makan

5. Kesan sampingan yang biasa:

✅ Pening kepala

✅ Rasa mengantuk

✅ Bengkak kaki atau tangan

✅ Rasa loya dan muntah

✅ Pergerakan otot yang tidak dapat dikawal

✅ Pergerakan mata yang tidak dapat dikawal

✅ Keletihan

6. Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

✅ Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)

✅ Pemikiran membunuh diri

🚩 Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

🚩 Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku.

7. Untuk wanita hamil.

👉 Ia dalam kategori C iaitu kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan hamil. Jadi ia boleh digunakan jika manfaat melebihi kemudaratan.

8. Untuk wanita yang menyusukan anak:

👉 Ubat ini boleh dirembeskan ke dalam susu ibu. Ia boleh digunakan jika manfaat melebihi kemudaratan tetapi kesan terhadap bayi tidak diketahui.

9. Ia tidak boleh digunakan jika ada sejarah alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini.Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: