Darah Istihadhah: Fisiologi dan Syariah

“Saya sedang mengalami pendarahan haids sudah 4 bulan. Ia tidak pernah kering. Kadang kala ia adalah pendarahan yang sedikit dan ada kalanya ia pendarahan yang banyak. Ada kalanya saya terpaksa menukarkan banyak pad, dan adakalanya pula ia keluar seumpama ketulan darah yang besar. Saya hairan kerana saya tidak mengalami senggugut yang kuat. Adakah ia penyakit yang berbahaya?”

Saya menerima e-mail dari seorang rakan FB yang berumur 36 tahun. Saya tidak dapat membayangkan kesukaran yang beliau hadapi selama 4 bulan. Tentu besar pahalanya jika dapat bersabar dengan ujian ini.

Secara amnya, darah yang puan alami bukanlah darah haids, kerana darah haids hanya berlangsung selama 2 minggu (14 -15 hari). Lebih dari 14-15 hari itu, adalah darah istihadhah yang menwajibkan puan bersolat dan berpuasa (jika berada di bulan Ramadhan). Maksudnya masuk hari ke-15 wanita itu harus mandi junub dan membersihkan diri untuk bersolat.

Saya ada menulis mengenainya di https://drzubaidi.com/blog/?p=403

Terdapat dua penyebab masalah pendarah yang banyak. Izinkan saya menerangkan dalam bahasa yang mudah.

Pertama masalah ini disebabkan oleh ‘masalah struktur’ sama ada disebabkan oleh fibroid dalam rahem, jangkitan kuman, polyps atau mungkin kanser rahem (uterine cancer).

Masalah kedua disebabkan oleh masalah ‘tiada kesimbangan hormon’.

Pada kebiasaannya, hormone estrogen dihasilkan supaya tisu endometrium dalam rahem terbentuk dan menebal. Lapisan ini akan menyediakan tempat untuk ‘menanam’ telur ovum yang telah disenyawakan.

Ketika hamil, lapisan tissue endometrium akan menebal dan distabilkan oleh hormone progesterone. Jika seorang wanita tidak hamil, tahap kandungan hormone progesterone menjadi menurun secara tiba-tiba dan menyebabkan lapisan ini akan tanggal lalu keluar melalui faraj sebagai darah haids.

Darah yang berterusan melebihi 14 hari pada wanita muda selalunya disebabkan oleh anovulatory cycles, dan ‘ketidakseimbangan hormon’ di mana pada kitaran haids itu telur ovum tidak dikeluarkan.

Ketidakseimbangan ini menyebabkan tisu endometrium akan tanggal kerana tidak distabilkan oleh hormon progesterone yang rendah. Tisu endometrium akan tanggal dan keluar dari faraj sebagai ‘darah istihadah’.

Sebab itu doktor akan memberikan ubat-ubatan untuk menghentikan darah sama ada ia berbentuk pil hormon atau pil bukan hormon.

Pemeriksaan lengkap harus dibuat, dibimbangi darah istihadhah yang keluar bukan disebabkan ketidakseimbangan hormone tetapi disebabkan oleh punca yang lebih merbahaya.

Oleh itu memberikan ubat pil hormone untuk menghentikan darah untuk beberapa hari tidak menyelesaikan masalah. Darah yang keluar mungkin akan berhenti seketika, namun masalah ini boleh berulang. Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan yang lengkap untuk mengetahui punca sebenar.

Darah istihadah?

Menurut Syaikh Muhammad Al-Shalih Al-Utsaimin dalam kitabnya Petunjuk Al-Qur’an dan Al-Sunnah berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas mengatakan bahawa :

“Haid dari sudut bahasa ialah: turun sesuatu secara mengalir. Dari sudut syara’, haid ialah darah yang keluar dari wanita kerana fitrah kejadiannya tanpa sebarang sebab. Ia keluar pada waktu-waktu yang diketahui. Ia adalah darah fitrah yang keluar bukan kerana sakit, luka, keguguran atau kelahiran.”

(rujuk http://www.hafizfirdaus.com/ebook/DarahWanita/Aluan.htm )

‘A’isyah radhiallahu ‘anha menerangkan bahawa Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah  s.a.w:

“Sesungguhnya aku didatangi istihadah, maka aku tidak suci. Adakah aku perlu meninggalkan solat?”. Rasulullah menjawab: “Tidak, sesungguhnya itu ialah ‘irq (penyakit). Tinggalkan solat pada kadar haid yang kebiasaan bagi kamu, kemudian hendaklah kamu mandi dan dirikan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 325 (Kitab al-Haid)]

Para ulama memberikan pelbagai cara bagi mengenal darah istihadhah ini. Namun Syaikh Muhammad Al-Shalih Al-Utsaimin mengingatkan para muslimah untuk peka terhadap kitaran haids mereka dan harus menandakan pada kalendar atau membuat catitan tarikh datangnya haid supaya dia tidak lupa dan tidak bercelaru dengan tarikh mula datangnya haid.

Tindakan ini penting untuk wanita menghitung jumlah hari haidnya dan secara tidak langsung dia mudah mengetahui bahawa darahnya telah melebihi dari kebiasaan haidnya.

Dalilnya Ummu Salamah ra bahawa:

“Dia meminta fatwa kepada Nabi SAW mengenai seorang perempuan yang selalu mengeluarkan darah. Nabi SAW bersabda : Hendaklah perempuan itu mengenal pasti terlebih dahulu bilangan malam dan siang selama haid serta kadar hari-harinya pada setiap bulan. Setelah mengetahui waktu haid dan kadarnya itu, maka hendaklah ia menghentikan solat pada waktu-waktu tersebut. Sesudah waktu haid itu berakhir, dia dikehendaki menampalkan kemaluannya dengan sehelai kain, lalu kerjakanlah solat.” (Diriwayatkan oleh Malik, As-Syafie, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Terdapat tiga cara bagi membezakan antara darah haid dan istihadah:

Pertama, wanita yang memiliki masa haid yang tetap (tempoh dan kitarannya). Maka baginya hukum haid dalam masa yang tetap tersebut dan hukum istihadah bagi waktu selainnya.

Contohnya ialah seorang wanita yang lazimnya didatangi haid selama enam hari bermula awal setiap bulan. Kemudian (pada satu bulan) dia mengalami pendarahan yang berterusan. Maka pendarahan enam hari yang pertama bermula dari awal bulan dikira sebagai haid manakala hari-hari selebihnya dikira sebagai istihadah.

‘A’isyah radhiallahu ‘anha menerangkan bahawa Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Sesungguhnya aku didatangi istihadah, maka aku tidak suci. Adakah aku perlu meninggalkan solat?”. Rasulullah menjawab: “Tidak, sesungguhnya itu ialah ‘irq (penyakit). Tinggalkan solat pada kadar haid yang kebiasaan bagi kamu, kemudian hendaklah kamu mandi dan dirikan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 325 (Kitab al-Haid)]

Hal yang sama pernah berlaku kepada Umm Habibah binti Jahsy radhiallahu ‘anha dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada beliau:

“Duduklah (dalam keadaan haid) sekadar mana yang pernah kamu alami dari hari-hari haid kamu (yang biasa), kemudian hendaklah kamu mandi dan solat”. [Shahih Muslim – no: 334 (Kitab al-Haid)]

Kesimpulannya, bagi wanita yang memiliki masa haid yang tetap (tempoh dan putarannya), hendaklah dia mengira masa haidnya mengikut kebiasaan. Jika ada pendarahan pada hari-hari seterusnya, hendaklah dia mandi dan solat mengikut ukuran masa haidnya yang biasa. Tidak perlu diberi perhatian kepada pendarahan pada hari-hari seterusnya kerana itu adalah istihadah.

Kedua, wanita yang tidak memiliki masa haid yang tetap atau diketahui (tempoh dan putarannya). Contohnnya darah yang keluar secara berterusan sejak awal. Maka baginya dibezakan antara darah haid dan darah istihadah dengan memerhatikan sifat-sifat darah tersebut. Darah yang berwarna hitam (merah kehitaman) dan/atau pekat dan/atau berbau, ia adalah darah haid. Selainnya adalah darah istihadah.

Sebagai contoh, seorang wanita yang mengalami pendarahan secara berterusan. Akan tetapi pada hari kesepuluh kelihatan perbezaan sifat darah:

  1. Sehingga hari kesepuluh darah berwarna hitam (merah kehitaman) manakala selepas itu ia berwarna merah. Maka darah yang berwarna hitam adalah haid, darah yang berwarna merah adalah istihadah.
  2. Sehingga hari kesepuluh darah bersifat pekat manakala selepas itu menjadi cair. Maka darah yang pekat adalah haid, darah yang cair adalah istihadah.
  3. Sehingga hari kesepuluh darah memiliki bau manakala selepas itu tiada lagi bau. Maka darah yang berbau adalah haid, darah yang tidak berbau adalah istihadah.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha:

“Apabila darah itu adalah haid maka sesungguhnya ia hitam (lagi) dikenali, justeru hendaklah kamu menahan dari melakukan solat. Jika ia adalah (darah) selain itu maka hendaklah kamu berwudhu’ dan mendirikan solat kerana sesungguhnya ia adalah (darah) penyakit.” [Sunan Abu Daud – no: 247 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Nasa’i dengan disahihkan oleh Ibn Hibban dan al-Hakim]

Hadis di atas memiliki perbincangan dari sudut sanad dan matannya, akan tetapi para ilmuan rahimahumullah telah beramal dengannya. Bahkan ia adalah lebih utama daripada membiarkan persoalan ini kepada adat kebiasaan wanita.

Ketiga, wanita yang tidak memiliki masa (tempoh dan putaran) haid yang tetap dan tidak juga memiliki sifat-sifat darah yang dapat dibezakan antara haid dan istihadah. Maka baginya masa haid diukur berdasarkan kebiasaan wanita, waktu selebihnya dikira sebagai istihadah.

Sebagai contoh, wanita yang menghadapi kes ketiga ini melihat darah keluar secara berterusan bermula pada hari Khamis yang pertama dalam bulan tersebut. Maka hendaklah dia melihat kebiasaan para wanita lain yang menghampirinya dan menjadikan tempoh haid mereka sebagai ukuran ke atas dirinya.

Jika pada kebiasaannya mereka didatangi haid selama enam atau tujuh hari, maka demikianlah juga ukuran ke atas dirinya. Oleh itu enam atau tujuh hari yang pertama pendarahan, bermula daripada hari Khamis, dianggap sebagai haid. Hari-hari seterusnya dianggap sebagai istihadah.

Hadis berikut menjadi rujukan dalam kes ketiga ini. Himnah binti Jahsy radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya seorang wanita yang didatangi istihadah yang amat banyak, apakah pandangan engkau berkenaannya? Sesungguhnya ia menegah aku daripada mendirikan solat dan puasa.”

Rasulullah menjawab: “Aku akan terangkan untuk kamu (cara menggunakan) al-Kursuf (kapas yang diletakkan di faraj), sesungguhnya ia dapat menghilangkan darah.”

Himnah berkata: “Ia (darah saya) lebih banyak dari demikian itu”.

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ia (pendarahan kamu) adalah hentakan dari hentakan-hentakan syaitan, maka (apabila) kamu didatangi haid selama enam atau tujuh hari pada ilmu Allah Ta’ala, hendaklah kamu mandi apabila kamu lihat bahawa kamu telah suci (dari darah haid), maka hendaklah kamu solat pada pada dua puluh tiga malam atau dua puluh empat malam dan siangnya dan hendaklah kamu berpuasa.” [Sunan Abu Daud – no: 248 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan berkata al-Tirmizi, hadis ini hasan sahih]

Sabda Rasulullah: “Enam atau tujuh hari” bukanlah penetapan tetapi ijtihad. Oleh itu hendaklah setiap wanita yang menghadapi kes ketiga ini berijtihad akan satu tempoh haid yang sesuai baginya. Ijtihad dibuat dengan merujuk kepada tempoh haid yang lazim dihadapi oleh para wanita lain yang menghampiri dirinya, seperti daripada keluarga atau adik beradik yang sama, rakan-rakan yang sebaya umurnya dan lain-lain lagi.

Demikian tiga cara yang paling lazim bagi membezakan antara darah haid dan istihadah. Sebagai penjelasan tambahan, kadang-kala berlaku pendarahan yang disalah anggap sebagai istihadah. Kesalahan ini boleh berlaku dalam dua kes:

Pertama, wanita yang mengetahui dengan jelas bahawa dia tidak akan didatangi haid lagi, seperti setelah melakukan pembedahan yang melibatkan pembuangan atau ikatan rahim.

Maka baginya, yang mengalir keluar bukanlah istihadah tetapi al-Sufrah (cecair kekuningan) dan al-Kudrah (cecair kekeruhan antara kuning dan hitam) atau basahan. Maka hendaklah dia mendirikan solat dan puasa, serta boleh bersetubuh dengan suaminya. Dia tidak diwajibkan mandi (mandi wajib) akibat darah yang keluar tersebut.

Akan tetapi hendaklah dia membasuh faraj serta mengikatnya dengan kain supaya dapat mencegah darah daripada mengalir keluar. Bagi setiap solat fardhu, hendaklah dia berwudhu’ sesudah masuk waktu kemudian terus bersolat. Bagi setiap solat sunat, hendaklah dia berwudhu’ apabila sahaja hendak mendirikannya.

Kedua wanita yang tidak tahu secara jelas sama ada dia akan didatangi haid atau tidak. Maka baginya, pendarahan yang berlaku dianggap sebagai haid dan istihadah, dibezakan dengan tiga cara yang telah disebut di atas.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada Fathimah binti Abi Hubaisy:

“Sesungguhnya yang demikian itu ialah ‘irq (penyakit) bukanlah darah haid maka apabila datang haid maka hendaklah kamu meninggalkan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 306 (Kitab al-Haid)]

Sabda Rasulullah: “…Maka apabila datang haid…” menjadi petunjuk yang membezakan antara haid dan istihadah. Maka bagi seorang wanita yang mungkin baginya untuk datang haid, maka hendaklah dia membezakan antara haid dan istihadah sepertimana tiga cara yang disebut di atas.

Bagi wanita yang tidak mungkin didatangi haid maka yang wujud hanyalah ‘Irq (penyakit) dalam apa jua keadaan sekalipun.

Saya sangat berterima kasih atas perkongsian ilmu oleh Sdr Hafiz Firdaus Abdullah di laman blognya http://hafizfirdaus.com/. Semoga dengan penjelasan ini mudah bagi saya sendiri untuk menerangkan kepada pesakit saya kelak.

Wallahu a’lam.

Klik sini untuk membaiki kitaran haid yang tidak normal

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (250911)

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

34 comments

  1. salam doc..saya baru lepas bersalin secara normal ogos lepas.macam biasalah keluar darah nifas kan lepas bersalin tu.tetapi selepas hari ke 53,saya keluar darah lagi.adakah itu darah haid tapi setahu saya ibu yang menyusukan anak lambat di datangi haid.saya belum lagi buat pemeriksaan d hospital.

  2. darah nifas dah berhenti masa hari ke 40,keluar darah lagi pada hari ke 53,merah dan tak berbau macam darah haid or nifas.saya juga ada buasir stage 2 seminggu sebelum tu.

  3. Assalamualaikum Dr,
    td sya ada bertanyakan pada Dr d fb masalah sya utk membezakan darah haid dan istihadhah..lepas baca artikel ni sya tergolong dlm kes no 3 d mana sya berdarah tanpa henti sdh hampir 3 bulan bermula pada bulan ramadhan kerana sya ada dermoid cyst..darah yang keluar sukar dikenal pasti..sedikit sebanyak sya dapat info mengenai masalah sya dr artikel ini..terima kasih krna sudi berkongsi pengetahuan..

    • Assalamualaikum Dr,
      td sya ada bertanyakan pada Dr d fb masalah sya utk membezakan darah haid dan istihadhah..lepas baca artikel ni sya tergolong dlm kes no 3 d mana sya berdarah tanpa henti sdh hampir 3 bulan bermula pada bulan ramadhan kerana sya ada dermoid cyst..darah yang keluar sukar dikenal pasti..sedikit sebanyak sya dapat info mengenai masalah sya dr artikel ini..terima kasih krna sudi berkongsi pengetahuan..

      DrZubaidi: terima kasih atas komen puan, memberikan saya inspirasi utk terus berkongsi pengetahuaan dan pengalaman.

  4. assalamualaikom dr
    saya amat risau tentang pendarahan yang hanya kekadang keluar dari faraj.hanya sikit je.perkara ni dah berulang hampir 6 bulan.5 tahun lalu pernah terjadi .pendarahan berlaku macam haid tapi dalam masa yang agak lama- antara 1- 40 hari.saya tak alami sebarang kesakitan.kesihatan saya juga tidak langsung terganggu.saya ingin tahu apa sebab berlakunya keadaan macam tu?umur saya 51

    • assalamualaikom dr
      saya amat risau tentang pendarahan yang hanya kekadang keluar dari faraj.hanya sikit je.perkara ni dah berulang hampir 6 bulan.5 tahun lalu pernah terjadi .pendarahan berlaku macam haid tapi dalam masa yang agak lama- antara 1- 40 hari.saya tak alami sebarang kesakitan.kesihatan saya juga tidak langsung terganggu.saya ingin tahu apa sebab berlakunya keadaan macam tu?umur saya 51

      Dr Zubaidi: Saya juga mencadangkan puan menjalani pemeriksaan hormon di makmal atau berjumpa dengan doktor pakar kerana hal ini memerlukan pemeriksaan teliti. Jika hal ini masih baru, berkemungkinan puan sedang mengalami fasa perimenopause (http://drzubaidi.com/blog/?p=2951)

  5. salam doctr,saya mengalami pendarahan yg tidak henti.ia bermula dari umursaya 17 tahun,sehingga lah sekarang saya berumur 23 tahun,yang pelik nya saya tidakmengalami sebarang kesakitan.tetapi darah yang keluar tidak henti kadang-kadang 3- 4 bulan,kalau berhenti pun,4-5 hari.saya harap doctor dpt membalas persoalan saya.terima kasih,

    • salam doctr,saya mengalami pendarahan yg tidak henti.ia bermula dari umursaya 17 tahun,sehingga lah sekarang saya berumur 23 tahun,yang pelik nya saya tidakmengalami sebarang kesakitan.tetapi darah yang keluar tidak henti kadang-kadang 3- 4 bulan,kalau berhenti pun,4-5 hari.saya harap doctor dpt membalas persoalan saya.terima kasih,

      Dr Zubaidi: Saya mencadangkan puan menjalani pemeriksaan hormon di makmal atau berjumpa dengan doktor pakar kerana hal ini memerlukan pemeriksaan teliti.

  6. Saya berumur 34 thn. Dan kitaran haid saya tidak pernah tetap sejak awal lagi dan tergolong dalam kumpulan ketiga. Kadang-kadang 2 bulan sekali haid saya datang dan kadang kadang 2 kali sebulan yg boleh sy simpulkan kedatangan haid yang kedua sy itu adalah daah istihadah. Tetapi masalah nya bilangan hari semasa haid saya juga tidak tetap dan darahnya amat sukar untuk di bezakan kerana secara fizikalnya darah haid saya sama saja hingga kering. Kadang-kadang 2 hari dah kering, 7@8 hari dan selalunya lebih daripada 10 hari tetapi kurang drpd 15 hari. Berapa harikah perlu saya ambil kira untuk memudahkan saya menunaikan solat seperti biasa?

    • Saya berumur 34 thn. Dan kitaran haid saya tidak pernah tetap sejak awal lagi dan tergolong dalam kumpulan ketiga. Kadang-kadang 2 bulan sekali haid saya datang dan kadang kadang 2 kali sebulan yg boleh sy simpulkan kedatangan haid yang kedua sy itu adalah daah istihadah. Tetapi masalah nya bilangan hari semasa haid saya juga tidak tetap dan darahnya amat sukar untuk di bezakan kerana secara fizikalnya darah haid saya sama saja hingga kering. Kadang-kadang 2 hari dah kering, 7@8 hari dan selalunya lebih daripada 10 hari tetapi kurang drpd 15 hari. Berapa harikah perlu saya ambil kira untuk memudahkan saya menunaikan solat seperti biasa?

      Dr Zubaidi: Apabila yakin darah yang keluar pada hari pertama ialah darah haids, minta puan mengiranya selama 14 hari. Masuk hari ke 15 dikira darah istihadah yang mewajibkan solat dan puasa. Darah yang berhenti beberapa hari masih dikira darah haids yang lama. Kitaran haids yang baru hanya akan dikira jika isteri saudara bersih selama 14 hari. Wallahu a’lam.

  7. Assamualaikum Doktor. Saya Mengalami Pendarahan Keluar dr Faraj Selama 2bulan Dan Sehingga Kini Masih Tidak Berhenti. Saya juga pernah membuat scan dirahim dan scan diperut dan didalam rahim di hospital kerana saya kuatir mengandung diluar Rahim, tetapi ianya tidak ada apa-apa. Adakah Saya Penghidap Penyakit Kanser Pangkal Rahim? Bagaimana Kanser Pangkal Rahim Boleh Dikesan??

    • Assamualaikum Doktor. Saya Mengalami Pendarahan Keluar dr Faraj Selama 2bulan Dan Sehingga Kini Masih Tidak Berhenti. Saya juga pernah membuat scan dirahim dan scan diperut dan didalam rahim di hospital kerana saya kuatir mengandung diluar Rahim, tetapi ianya tidak ada apa-apa. Adakah Saya Penghidap Penyakit Kanser Pangkal Rahim? Bagaimana Kanser Pangkal Rahim Boleh Dikesan??

      DrZubaidi: Kanser pangkal rahem dapat dikesan melalui Pap smear dan selalunya bergantung kepada umur wanita itu. Oleh kerana banyak butiran kitaran haids dan diri puan saya tidak ketahui, saya menasihatkan puan berjumpa dengan doktor yang terdekat atau menyertai Program TANYA DOKTOR dalam blog saya di link : http://drzubaidi.com/blog/?page_id=1008

  8. Assalamualaikum Ustaz.
    Saya seorang isteri yg berkerjaya. Telah berkahwin selama hampir 8 tahun dan belum mempunyai anak. Diawal 2 tahun perkahwinan saya pernah mengalami pendarahan yang amat teruk selama sebulan. Darah yang keluar amat banyak dan berketul-ketul. Masaalah saya berhenti selepas berjumpa doktor. Tapi sekarang saya menghadapi situasi berbeza. Pendarahan yang keluar sedikit jumlahnya dari merah cair ke coklat-coklatan. Sekarang sudah hampir 2 bulan saya menghadapi masaalah ini. Darah yang keluar kadang-kadang secara berterusan tapi kadang-kadang selang 1-3 hari. Perlukah saya mandi wajib setiap kali darah kering atau cuma ketika diyakini darah yang keluar itu adalah darah haid?

    • Assalamualaikum Ustaz.
      Saya seorang isteri yg berkerjaya. Telah berkahwin selama hampir 8 tahun dan belum mempunyai anak. Diawal 2 tahun perkahwinan saya pernah mengalami pendarahan yang amat teruk selama sebulan. Darah yang keluar amat banyak dan berketul-ketul. Masaalah saya berhenti selepas berjumpa doktor. Tapi sekarang saya menghadapi situasi berbeza. Pendarahan yang keluar sedikit jumlahnya dari merah cair ke coklat-coklatan. Sekarang sudah hampir 2 bulan saya menghadapi masaalah ini. Darah yang keluar kadang-kadang secara berterusan tapi kadang-kadang selang 1-3 hari. Perlukah saya mandi wajib setiap kali darah kering atau cuma ketika diyakini darah yang keluar itu adalah darah haid?

      Dr Zubaidi: Apabila yakin darah yang keluar pada hari pertama ialah darah haids, minta isteri saudara mengiranya selama 14 hari. Masuk hari ke 15 dikira darah istihadah yang mewajibkan solat dan puasa. Darah yang berhenti beberapa hari masih dikira darah haids yang lama. Kitaran haids yang baru hanya akan dikira jika isteri saudara bersih selama 14 hari.

  9. assalamualaikum doktor saya mengalami beredaran darah yg tidak teratur saya.. pada bulan nihh saya megalami peredaran haid yg tidak teratur kadang2 ia bnyk dan kadang2 die x de.. selain dripada itu saya uga menira kitara haid saya selalu nye biase nih 10 hari selepas saya haid (bulan lepas) jdi adakah saye nihh sakit?? atau ape pon

    harap doktok memberi kan jawapan

    • assalamualaikum doktor saya mengalami beredaran darah yg tidak teratur saya.. pada bulan nihh saya megalami peredaran haid yg tidak teratur kadang2 ia bnyk dan kadang2 die x de.. selain dripada itu saya uga menira kitara haid saya selalu nye biase nih 10 hari selepas saya haid (bulan lepas) jdi adakah saye nihh sakit?? atau ape pon

      harap doktok memberi kan jawapan

      Wa alaikum mus salam… masalah haids harus diteliti dgn sejarah kitaran haids sebelum ini dan umur. Kerana kedua2 tdak dinyatakan di sini, harap dapat berjumpa doktor yg biasa memeriksa puan.

  10. assalammualaikum dR, terima kasih di atas artikel mengenai “Darah Istihadah” ini.Artikel ini sangat membantu untuk mengurang kebimbangan saya terhadap masalah yg sedang saya alami sekarang. Untuk pengetahuan Dr, saya telah berkahwin 2 tahun 3 bulan dan saya berusia 30 tahun. Saya sedang menjalani rawatan kesuburan di sebuah klinik swasta pakar wanita di Negeri Sembilan. Pada 30.06.2012 saya telah menjalani ujian HSG Xray ,alhamdulillah tiada apa-apa masalah yg berlaku pada rahim dan tiub saluran falopian saya. Sebelum membuat ujian HSG tersebut, Dr yang saya rujuk telah membekalkan clomid sebanyak 2 kitaran haid kepada saya iaitu pada bulan Mac dan Mei. Pada bulan mei hari yg ke 21 selepas haid saya mengambil ujian darah dan dR dapati hormon prolactin saya tingi berbanding hormon progestron, maka dR membekalkan ubat di makan 2 hari selang sehari untuk mengurangkan horman prolactin tersebut.Namun selepas ujian HSG xray (30.06.2012,hari ke8 selepas haid), pada 03.07.2012 ada pendarahan keluar dari vagina saya bewarna kehitaman seperti darah haid. saya merujuk dr dan beliau maklumkan itu adalah darah haid. Saya tunggu sehingga 15 hari namun ia tetap keluar dengan kuantiti yang sedikit. Pada 20.07.2012 saya berjumpa dR kembali kerana saya perhatikan darah keluar banyak dan seperti darah hari ke2 haid kebiasaanya.Dr beritahu darah yg keluar byk itu kemungkinan darah haid saya untuk bulan Julai kerana sebelum ini kitaran haid saya 25 ke 28 hari.dR membekalkan saya ubat untuk kurangkan darah haid dan pil yg perlu di makan selama 21 hari.Namun dukacita darah tetap keluar seperti spotting brownish.Masalah ini sangat membimbangkan saya,.Saya akan merujuk kpd dR tentang masalah saya.Cuma saya mahukan sedikit penjelasan daripada Dr Zubaidi tentang masalah yg saya alami ini?harap dR dapat membantu

    • assalammualaikum dR, terima kasih di atas artikel mengenai “Darah Istihadah” ini.Artikel ini sangat membantu untuk mengurang kebimbangan saya terhadap masalah yg sedang saya alami sekarang. Untuk pengetahuan Dr, saya telah berkahwin 2 tahun 3 bulan dan saya berusia 30 tahun. Saya sedang menjalani rawatan kesuburan di sebuah klinik swasta pakar wanita di Negeri Sembilan. Pada 30.06.2012 saya telah menjalani ujian HSG Xray ,alhamdulillah tiada apa-apa masalah yg berlaku pada rahim dan tiub saluran falopian saya. Sebelum membuat ujian HSG tersebut, Dr yang saya rujuk telah membekalkan clomid sebanyak 2 kitaran haid kepada saya iaitu pada bulan Mac dan Mei. Pada bulan mei hari yg ke 21 selepas haid saya mengambil ujian darah dan dR dapati hormon prolactin saya tingi berbanding hormon progestron, maka dR membekalkan ubat di makan 2 hari selang sehari untuk mengurangkan horman prolactin tersebut.Namun selepas ujian HSG xray (30.06.2012,hari ke8 selepas haid), pada 03.07.2012 ada pendarahan keluar dari vagina saya bewarna kehitaman seperti darah haid. saya merujuk dr dan beliau maklumkan itu adalah darah haid. Saya tunggu sehingga 15 hari namun ia tetap keluar dengan kuantiti yang sedikit. Pada 20.07.2012 saya berjumpa dR kembali kerana saya perhatikan darah keluar banyak dan seperti darah hari ke2 haid kebiasaanya.Dr beritahu darah yg keluar byk itu kemungkinan darah haid saya untuk bulan Julai kerana sebelum ini kitaran haid saya 25 ke 28 hari.dR membekalkan saya ubat untuk kurangkan darah haid dan pil yg perlu di makan selama 21 hari.Namun dukacita darah tetap keluar seperti spotting brownish.Masalah ini sangat membimbangkan saya,.Saya akan merujuk kpd dR tentang masalah saya.Cuma saya mahukan sedikit penjelasan daripada Dr Zubaidi tentang masalah yg saya alami ini?harap dR dapat membantu

      DrZubaidi: Sayamasalah puan disebabkan ketidakseimbangan hormon dan rawatan ini memakan masa untuk puan mendapat kitaran haids yang tetap semula. Saya percaya doktor puan akan memberikan puan ubat hormon bagi mengimbangi hormon puan. Saya tidak boleh memberikan pandangan yang banyak kerana banyak perkara yang masih saya tidak ketahu, eg kitaran puan sebelum ini dan keputusan darah untuk hormon puan serta keputusan pemeriksaan air mani suami puan.

      Saya mencadangkan puan memasuki Program TANYA DOKTOR bagi memudahkan kita bersoal jawab dan e-mail2 selanjutnya. Puan boleh melihat link ini http://drzubaidi.com/blog/?page_id=1008

  11. assalamuailaikum doct..

    saya menpunyai kitar haid yg tidak stabil semenjak dri sekolah lagi, then smpai la saya kahwin still lagi tak regular, apa yg menjadi masalah semenjak saya dtg period bulan 5 2012, dan smpai sekarang still lgi keluar tompok drh warna hitam, kdg2 ada cam ketulan hitam, dan perut sy pun kdg2 sakit, dan minggu lps, ari2 sy terasa cram, klu sy berjln jauh, drh wrna hitam + ketulan pasti akan keluar, adakah poblem sy nie melibatkn hormon or someting like canser, mintak doct explen… tq doct

    • assalamuailaikum doct.. saya menpunyai kitar haid yg tidak stabil semenjak dri sekolah lagi, then smpai la saya kahwin still lagi tak regular, apa yg menjadi masalah semenjak saya dtg period bulan 5 2012, dan smpai sekarang still lgi keluar tompok drh warna hitam, kdg2 ada cam ketulan hitam, dan perut sy pun kdg2 sakit, dan minggu lps, ari2 sy terasa cram, klu sy berjln jauh, drh wrna hitam + ketulan pasti akan keluar, adakah poblem sy nie melibatkn hormon or someting like canser, mintak doct explen… tq doct

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Masalah tidak tentuan kitaran puan sudah lama dan banyak perkara yang ingin saya tanyakan. Saya mencadangkan puan menyertai Program TANYA DOKTOR di blog saya supaya saya dapat membantu dgn lebih baik.

      Boleh sertainya di link http://drzubaidi.com/blog/?page_id=1008

  12. Assalamualaikum ustaz..sy seorang ibu dan tengah merancang keluarga menggunakan pil noriday..tp saya tiada masalah tentang haid semasa itu..saya bertukar kepada kaedah suntikan dan sebulan selepas suntik saya haid sejak 24.8.12 hingga sekarang so dah 15 hari…dan darah yg keluar pula sikit sahaja..adakah ini darah istihadah?wajibkah saya solat?doktor kata ini mmang kebiasaan pabila kita menggunakan kaedah suntikan…

  13. Assalamualaikum dr…sy nk tanya bila waktu yang sesuai utk buat pemeriksaan utk mgetahui darah tersebut adalah penyakit..??terima kasih..

    • Assalamualaikum dr…sy nk tanya bila waktu yang sesuai utk buat pemeriksaan utk mgetahui darah tersebut adalah penyakit..??terima kasih..

      Dr Zubaidi: Darah istihadah hanya berdasarkan pengiraan melebihi 14-15 hari haids. Tiada pemeriksaan. Sebagai contoh, puan haids pada 1hb Oct, selepas 15hb Oct sudah dikira darah istihadah.

  14. Aslinda Binti Aziz

    Assalamualaikum doct,
    Saya merupakan suri rumah tangga dan mempunyai seorang anak.Sejak beberapa bulan ni kitaran haid saya tak teratur, setelah 7 hari didatangi haid, saya akan didatangi istihadah pada hari ke 14. Saya nak tau daripada doktor, bagaimana pula nak kira waktu subur sekiranya saya didatangi istihadah pada hari ke 14.Ini kerana waktu subur saya normal pada hari ke 14. Sekiranya saya bersama dengan suami, adakah sperma dapat disenyawakan pada hari tersebut.

    • Assalamualaikum doct, Saya merupakan suri rumah tangga dan mempunyai seorang anak.Sejak beberapa bulan ni kitaran haid saya tak teratur, setelah 7 hari didatangi haid, saya akan didatangi istihadah pada hari ke 14. Saya nak tau daripada doktor, bagaimana pula nak kira waktu subur sekiranya saya didatangi istihadah pada hari ke 14.Ini kerana waktu subur saya normal pada hari ke 14. Sekiranya saya bersama dengan suami, adakah sperma dapat disenyawakan pada hari tersebut.

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Puan harus menyatakan tarikh hari pertama puan datang haids dan berapa panjang kitaran haids puan. Jika kitaran haids puan tidak tetap, harus menyatakan hari pertama haids dan panjang kitaran haids semenjak Jun 2012. Dari situ, barulah hari subur puan dapat dikira.

  15. salam dr..saya baru bersalin ogos yang lepas..sekarang dah masuk hari ke 77..masalah yang saya hadapi sekarang ni, masih keluar lg darah coklat..kadang2 ada campur darah sikit..ia keluar sikit2..saya masih belum jumpa doktor lg..adakah ianya bahaya..

    • salam dr..saya baru bersalin ogos yang lepas..sekarang dah masuk hari ke 77..masalah yang saya hadapi sekarang ni, masih keluar lg darah coklat..kadang2 ada campur darah sikit..ia keluar sikit2..saya masih belum jumpa doktor lg..adakah ianya bahaya..

      Dr Zubaidi: Mazhab Syafi’i mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari.Oleh sebab itu, wanita yang masih keluar haid selepas hari ke-40 hingga hari ke-60, itu adalah nifas. Namun sekiranya ada darah yang keluar selepas 60, maka itu adalah darah penyakit (istihadah) dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan ibadat seperti biasa.

      Jika darah nifas di penghujung 40-60 hari, semestinya tidak berbau seperti nanah. Ia hanya berbau hamis seperti darah haids atau lendiran faraj yang biasa. Bau busuk seperti nanah menandakan terdapat jangkitan kuman, dan selalunya wanita itu juga mengalami demam yang rendah atau kesakitan di kawasan faraj. Dalam hal ini, harus berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

  16. Salam dokter saya dah bersalin 2 bula tp darah masih lagi ada walaupun xbnyk hanya sedikit tp saya risau sebab terlalu lama cume masa dalam pantang darah sekejap je dah kering…jd agak nye perlu ke saya pergi check up

  17. Assalamualikum wbt..Dr Zubaidi,saya ingin mengetahui status darah saya,begini..pada 2 feb 2013 saya haid hingga 8 feb,dan 18 feb hingga 20 feb ada sedikit darah seperti implatation bleeding,hanya tompokan sahaja..dan seterusnya period saya lewat 10 hari..dan pada 13 mac 2013 saya ada keluar darah..tetapi sifat darah tidak seperti haid..kerana tidak berbau,cai dan warnanya agak cerah..sebelum ini,saya pada 5 feb,saya pernah jumpa doc untuk buat ujian darah test kehamilan,tetapi ianya -ve,dan saya juga sudah buat 5 kali upt,masih juga -v..dan saya nak tahu status darah saya dan hukumnya..jazakallah..

    • Assalamualikum wbt..Dr Zubaidi,saya ingin mengetahui status darah saya,begini..pada 2 feb 2013 saya haid hingga 8 feb,dan 18 feb hingga 20 feb ada sedikit darah seperti implatation bleeding,hanya tompokan sahaja..dan seterusnya period saya lewat 10 hari..dan pada 13 mac 2013 saya ada keluar darah..tetapi sifat darah tidak seperti haid..kerana tidak berbau,cai dan warnanya agak cerah..sebelum ini,saya pada 5 feb,saya pernah jumpa doc untuk buat ujian darah test kehamilan,tetapi ianya -ve,dan saya juga sudah buat 5 kali upt,masih juga -v..dan saya nak tahu status darah saya dan hukumnya..jazakallah.

      Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Mengikut pemeriksaan UPT yang dilakukan, puan tidak hamil. Maka tempoh haid puan bermula dari 2 feb hingga 8 feb 2013. Pada 18 feb, darah yang keluar adalah darah istihadah kerana melebihi 15 hari dari tarikh awal haid puan.Pada 13 mac dikira sebagai darah haid puan semula bagi bulan Mac 2013.Ini semua disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam tubuh puan. Wallahu a’lam.

  18. Asalamu’alaiqum Dok, kalo adat haid_Nya 7hari lalu suci seperti biasa. Saya kira haidnya sudah selesai, tpi pas hari ke 10 keluar darah lagi cirinya merah,tipis,tak berbau. Termasuk darah haid atau istihadoh. Trimakasih
    wasalamu’alaiqu

Leave a Reply to drzubaidiCancel reply

error: Content is protected !!