Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi (page 3)

Category Archives: Farmasi

Bahaya Mengambil Vitamin C secara berlebihan?

Saya terperanjat apabila ada beberapa orang ‘pesakit’ yang datang ke klinik. Mereka sebenarnya bukanlah mengalami apa-apa penyakit, cuma meminta saya menyuntikkan vitamin C secara intravenous (masuk terus ke dalam darah). Saya melihat dose ampule suntikan itu, dan menggeleng kepala. Dos vitamin C dalam ampule agak tinggi,  sedangkan dos yang biasa dicadangkan adalah lebih kurang dari 100 mg saja. “Apa keperluan puan menyuntik sebegini banyak vitamin C ke dalam tubuh?” “Untuk kecantikan kulit, doktor..” “Tapi adakah doktor yang menjualkan produk ini memberitahu tentang kesan sampingan dan bahayanya?” “Bahaya ke doktor kalau menyuntik vitamin C?” Kesian kerana dia tidak pernah terfikir akan ... Read More »

Bahaya ubat Epilim (sodium valproate) ketika hamil

  Assalamualaikum doktor, maaf mengganggu. Sekarang saya sedang hamil anak pertama 5 minggu. Saya didiagnosakan sebagai pseudoseizure dan diberikan ubat Epilim 200 pada usia 13 selepas kemalangan jalanraya. Apabila memasuki university saya tidak pernah mendapat serangan epilepsy dan doktor telah mula kurangkan dosnya. Sekarang saya tidak lagi menggunakan pil itu. Saya ingin bertanya jika saya masih berisiko untuk mengalami komplikasi ubat itu ketika hamil.   Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH permudahkan usaha puan untuk hamil.   Untuk pengetahuan puan, ubat Epilium yang diberikan doktor mengandungi bahan aktif sodium valproate, yang digunakan untuk merawat epilepsy (sawan).   Dalam ... Read More »

Kesan Coenzyme Q10 Pada Riadah Sukan

Saya bersama seorang rakan lama yang meminati sukan berbasikal jarak jauh. Sudah banyak wang yang dilabur untuk minat ini. Dia mengadu rasa cepat penat ketika berkayuh, berbanding dengan rakan-rakan pengayuh yang muda. Faham-faham sajalah apabila umur sudah memasuki 40an. “Doc, bolehkah saya ambil suplemen untuk menambahkan kekuatan tenaga saya?” Saya cuba menduga beliau. “Suplemen apa ?” “Anabolic steroid..!” “Bro, itu bukan suplemen. Itu racun… bahaya kalau gunakan tanpa pemantauan” Saya menggeleng-gelengkan kepala. Seorang rakan bina badan mengalami kesukaran untuk menimang cahaya mata setelah berbelas tahun berkahwin, mungkin akibat suntikan steroid anabolic yang diambil untuk memperkasakan tubuhnya. “Apa pilihan yang i ... Read More »

Debaran mengganggu perasaan

    “Salam. Doktor,terima kasih di atas info ini. Saya juga mengalami migraine sejak 6 tahun yang lalu. Setiap kali sakit, saya rasa nak muntah,mata rasa nak terpejam setiap masa, tak boleh tengok cahaya,bosan dengan kebisingan, rasa nak marah orang…Bagi meredakannya, doktor telah bagi ubat CAFFOX. Jika saya makan ubat panadol semua tak berkesan. Hanya sebiji CAFFOX, saya perlu tidur dalam keadaan yang gelap sejenak…dan migraine saya terus hilang. Fikiran saya tenang dan tak ada apa yang perlu difikir. Kebiasaannya saya mengalami migraine kerana terlalu berfikir sesuatu masalah, kepala saya akan sakit. Sejak akhir-akhir ini, jika saya sakit kepala dan ... Read More »

Ubat lactulose untuk mengatasi sembelit

Lactulose adalah gula synthetic yang digunakan  untuk merawat sembelit yang teruk (chronic constipation).   Cernaan lactulose, carboxylic acid,  yang dihasilkan  oleh bakteria pada hujung saluran usus besar (colon), tidak dapat diserapkan  ke dalam usus malah  menyebabkan air bertambah banyak di dalam najis dan menjadikannya lembut.   Lactulose juga digunakan untuk merawat buasir (hemorrhoids) kerana najis yang lembut, mudah dikeluarkan tanpa perlu meneran.   Lactulose juga dianggap sebagai prebiotic kerana ia menggalakkkan perkembangan bakteria baik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium dalam usus dan secara tidak langsung mengurangkan perkembangan Escherichia coli dan Staphylococcal dalam najis.   (rujuk: Shukla, S.; Shukla, A.; Mehboob, S.; ... Read More »

Zaditen (ketotifen) untuk mengurangkan lendir

  Assalamualaikum doctor, saya mohon pendapat mengenai ubat Zaditen. Saya disarankan oleh seseorang untuk membantu mengatasi masalah batuk anak berumur antara 18 bulan – 28 bulan. Mohon penjelasan. Terima kasih. Wa alaikum mus salam.   Zaditen bukanlah ubat batuk dan tidak digunakan untuk merawat batuk. Namun Zatiden boleh mengurangkan lendiran (kahak) pada kerongkong akibat tindak balas alahan akibat virus, habuk atau cuaca sejuk.   Apabila tiada lendiran di kerongkong, maka batuk akan hilang. Oleh itu Zaditen digunakan sebagai ubat untuk mencegah tindak balas alahan yang mungkin dihadapi oleh pesakit asthma, terutama jika pesakit asthma itu mengalami serangan asthma yang berpanjangan. ... Read More »

Minyak EPO dan Menopause.

  Saya meragui keberkesanan Evening Primerose Oil sebagai suplemen bagi wanita yang sedang mengalami menopause.   Saya mengakui bahawa gejala-gejala menopause kadang kala menyebabkan seorang wanita agak terganggu dalam menguruskan kehidupan sehariannya.     Antara gejala dan tanda-tanda itu ialah:   1.rasa panas badan 2.sakit pada payudara 3.rasa kurang bernafsu untuk bersama suami 4.kitaran haids yang tidak teratur 5.rasa kekeringan pada faraj ketika bersama suami 6.ada kalanya mengalami masalah membuang air kencing, seperti terkencing ketika batuk atau bersin atau ketawa dan mengalami rasa tidak dapat menahan kencing 7.mood yang berubah-ubah 8.mengalami masalah tidur   Saya ada menulis dalam artikel sebelum ... Read More »

Menggunakan antibiotik Zinnat ketika hamil

  Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya sedang hamil 9 minggu dan didiagnosa mengalami kencing kotor. Doktor telah memberikan saya antibiotik zinnat untuk 5 hari 2 kali sehari. Soalan saya adakah dengan memakan antibiotik itu akan menjejaskan kandungan saya? Saya ada bertanya pada pharmacist soalan yang sama dan dia tidak terus menjawab malahan ‘refer’ dahulu di internet baru, jawab tiada masalah. Terima kasih.   Wa alaikum mus salam.. Antibiotik Zinnat mengandungi bahan aktif cefuroxime, iaitu satu bahan antibiotic yang terdapat dalam kumpulan cephalosporin. Nama lain bagi Zinnat ialah Cefuroxime. Dos biasa bagi sebiji tablet ialah 250mg dan 500mg.   Zinnat ... Read More »

Zithromax boleh memudaratkan?

Baru-baru ini masyarakat perubatan dikejutkan pula dengan berita mengenai isu keselamatan mengenai ubat antibiotik  Azitromycin atau nama yang biasa digunakan ialah zithromax, yang biasa digunakan di klinik dan hospital.   Dalam laporan itu, mengatakan bahawa antibiotik tersebut telah meningkatkan risiko kematian akibat serangan sakit jantung atau stroke.   Namun begitu ramai ahli santis yang mengkritik laporan ini dan mengatakan bahawa laporan ini tidak cukup sahih dan risiko untuk berlakunya serangan sakit jantung dan stroke bagi pesakit yang mengambil zitromax adalah rendah.   Sebelum ini, antibiotik zithromax dianggap sebagai ubat antibiotik yang paling selamat dibandingkan dengan beberapa ubat antibiotic lain yang ... Read More »

CoQ10 Sebagai Usaha Mencegah Sakit Kepala dan Migraine

Migraine adalah masalah sakit kepala yang berpanjangan dan berulang-ulang disertai dengan muntah. Punca migraine sangat banyak dan ia menyebabkan ketidakstabilan pada sistem neurovascular. Sakit kepala yang disebabkan oleh migraine selalunya sebelah saja, rasa bergenyut-denyut dan berlangsung antara 2 hingga 72 jam. Selain itu ia menyebabkan rasa loya, muntah, sangat sensitif pada cahaya (tidak boleh memandang pada cahaya yang terang), dan sensitif  pada bunyi (tidak boleh mendengar suara yang kuat). Migraines amat berkaitan dengan masalah keturunan dan kebanyakan mereka mengatakan ibu atau bapa mereka pernah mengalami migraine. Pesakit migraine ini kebanyakan wanita kerana sakit kepala disebabkan migraine berkaitan dengan ketidakseimbangan hormone ... Read More »

Krim Ezerra untuk Merawat Eczema

Ezerra cream adalah krim yang digunakan untuk merawat penyakit atopic dermatitis dengan segera dan dapat juga digunakan untuk merawat eczema tetapi mengambil masa yang lebih lama. Bagi ibu bapa yang terlalu risau terhadap kesan steroid yang sering diberikan kepada anak-anak mereka yang mengalami eczema, Ezerra cream adalah alternatif yang baik kerana tidak mengandungi steroid. Atopic dermatitis sering berlaku kepada kanak-kanak dan dianggar seramai 2 dari 10 orang kanak-kanak mengalami masalah kulit ini, mengakibatkan kulit mereka menjadi merah akibat radang, mengalami kegatalan  dan kekeringan. Ezerra mengandungi dua bahan utama iaitu Stimutex AS yang bertindak sebagai antihistamine untuk mengurangkan kegatalan dan Saccharide ... Read More »

Ural Sachets

    Ia adalah serbuk yang dibancuhkan ke dalam air, mengandungi Citric acid anhydrous 0.72g; tartaric acid 0.89g; sodium bicarbonate 1.76g; sodium citrate anhydrous 0.63g per 4g sachet.   Boleh mencubanya jika mengalami rasa sakit ketika kencing, rasa tidak puas kencing, rasa selalu mahu kencing, rasa tidak selesa di bahagian ari-ari. Ural digunakan untuk air kencing  menjadi alkali, bagi  merawat  jangkitan kuman.   Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas, satu atau dua sachet boleh dicampurkan dengan segelas air mineral, dan diminum 3-4 kali sehari. Selepas tiga hari, masih tidak sembuh berjumpalah doctor. Bagi pesakit kronik seperti ... Read More »

Bahayakah Menggunakan Suplemen ALFALFA?

Ramai yang bertanyakan tentang suplemen yang berasaskan Alfalfa. Pada pendapat saya tidak salah kita mengamalkan suplemen asalkan manfaat yang diperlolehi berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Pastikan juga suplemen itu dikeluarkan oleh syarikat yang boleh dipercayai, terutama dari segi penjagaan keselamatannya. Terserahlah pada pengguna untuk memilih suplemen yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Saya akan menulis secara ringkas mengenai alfalfa. Penulisan ini disesuaikan dari http://www.webmd.com/vitamins-supplements. Saya cuba bersikap lebih adil dan tidak berat sebelah dalam menerangkan mengenai suplemen alfalfa. Alfalfa adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi ... Read More »

Berhati-hati menggunakan PONSTAN.

Ponstan adalah ubat penahan sakit yang agak terkenal di kalangan pesakit-pesakit yang sering mengalami sakit kepala. Malah ada yang menggunakan ubat ini secara berpanjangan sehinggakan ubat ini tidak lagi membantu mengurangkan kesakitan yang mereka alami.   Malah Ponstan ini boleh dibeli secara mudah, tanpa preskripsi, di farmasi dan kedai-kedai ubat. Ia dikenali dengan pelbagai nama, seperti Holostan, ata lebih mudah disebat ‘ubat kuning lonjong’.   Ponstan sebanranya adalah ubat yang terkawal, yang seharusnya diambil dengan nasihat doctor atau ahli farmasi. Ini kerana setiap ubat mempunyai risiko dan manfaat. Doktor hanya akan memberikan ubat ini jika mendapati Ponstan memberikan manfaat kepada ... Read More »

METFORMIN UNTUK WANITA PCOS

Assalamualaikum Doc, Isteri saya keguguran bulan lepas dan ini keguguran yang kedua. Semasa  saya menemani isteri saya untuk berjumpa doctor pakar perbinan, beliau telah memberikan kami ubat GLUCOPHAGE 500mg, katanya boleh membantu dalam mengatasi masalah hormone. Cara pemakanannya dimulakan dengan 1/2biji 2kali sehari dan berhenti bile isteri saya hamil nanti. Buat masa ini saya tidak membenarkan isteri saya mengambil ubat ini kerana saya  masih lagi keliru. Saya harap doctor boleh membantu saya. Terima Kasih Jawapan: Masalah ketidaksuburan bukanlah suatu masalah yang mudah diselesaikan. Terdapat pelbagai punca ketidaksuburan pada pasangan muda. Antara sebabnya ialah penyakit PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome). Ia berlaku ... Read More »

Kesan Jangka Panjang Cafergot

“Doktor, saya selalu membeli cafergot di farmasi untuk sakit kepala. Ubat tahan sakit yang lain tidak berkesan untuk saya sebab saya dah cuba bermacam-macam jenis. Agaknya ada tak kesan sampingan mengambil cafergot dalam jangka masa yang lama? Saya sudah menggunakannya selama 6 tahun” Saya menerima e-mail itu dengan rasa bantahan. “Sudah 6 tahun menggunakan cafergot, baru tanyakan kesan sampingan. Masa ambil ubat ini dulu tidak ada doktor yang menerangkannya atau selama ini memang dia membelinya dari farmasi tanpa perskripsi?” detik hati saya. Saya menarik nafas panjang. Bersangka baiklah… Tentu lebih baik dia bertanya sekarang daripada terus memakan ubat itu dan ... Read More »

Bagaimana Cara untuk Menguji Gula dalam Darah

Ujian pemeriksaan glucose dalam darah adalah penting bagi pesakit diabetik. Glucose yang terhasil dari penghadaman makanan karbohidrat, menjadi sumber utama tenaga dalam badan. Insulin yang dikeluarkan dari organ pancreas membantu tubuh menggunakan glucose ini bagi menghasilkan tenaga. Biasanya kandungan glucose dalam badan akan meningkat sedikit selepas makan, lalu menyebabkan pancreas mengeluarkan insulin bagi mengawal kandungan gula. Tahap gula yang tinggi akan merosakkan mata, ginjal, saraf dan saluran darah. Pemeriksaan darah dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah dari hujung jari atau mana-mana bahagian badan dan diletakkan ke atas strip yang disediakan pada mesin glucometer. Beberapa jenis pemeriksaan glucose yang dijalankan: Fasting ... Read More »

Makanan Tambahan DHEA dan Kesuburan

Saya amat terkejut bila membaca pertanyaan dalam inbox saya. ‘Klinik FB’ saya nampaknya dicurahi pelbagai warna. Pertanyaan kali ini memang menyentuh perasaan saya. Selama ini saya meluang masa dan tenaga dari kesibukan hidup semata-mata hanya untuk tujuan ini iaitu membantu orang ramai terutama rakan fb saya mendapat kecerahan dari kekusutan akibat musibah dan ujian yang Allah berikan. Semakin lama saya menguruskan ‘klinik’ ini, semakin saya dapati tahap pengetahuan masyarakat kita terhadap kesihatan dan perubatan sebenarnya tidaklah setinggi mana. Kemudahan jalur lebar atau broadband nampaknya mengusutkan lagi keadaan. Sepatutnya pengetahuan yang sahih mengenai kesihatan dan perubatan semakin bertambah. Malangnya terlalu banyak kekeliruan yang ... Read More »

Rawatan Ketuat (Foot Warts) Pada Kaki

Ketuat pada kaki adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan kita. Saya tidak pernah menderita akibat ketuat, namun saya telah berpuluh kali melihat masalah ketuat di kaki. ”Doktor, saya bukan pengotor. Setiap hari saya membersihkan kaki saya” kata seorang lecturer UTM. Saya tidak dapat memberikan komen sama ada seseorang itu pengotor atau tidak kecuali jika terlalu nyata, kakinya berbau apabila membuka kasut kerana mahu menunjukkan masalah ketuatnya pada saya. Namun saya percaya dengan membasuh kaki 5 kali sehari ketika mengerjakan solat, membantu kita menjaga kebersihan kaki. Basuhlah celah-celah jari kaki dengan teliti kerana itu adalah kesempurnaan wudhu dan faedah duniawinya amat ... Read More »

Selamat Menggunakan Paracetamol Ketika Hamil

Saya kerap meneliti topik yang diminati oleh pembaca blog saya. Ini membantu saya menyiapkan penulisan yang diharapkan dapat membantu menghuraikan isu besar di kalangan rakan FB saya. Penulisan saya bertajuk ”Pengambilan Paracetamol (Panadol) Ketika Hamil” adalah antara topik yang selalu dibaca oleh rakan FB. Ia adalah topik yang berada di tangga ke tiga teratas dalam senarai penulisan popular di blog. Pembaca boleh melihatnya di http://drzubaidi.com/blog/?p=509 Penulisan saya ketika itu cuba menepis dakwaan segelintir orang yang mengatakan bahawa pengambilan ubat Panadol atau Paracematol di akhir kehamilan (trimester ketiga) akan menyebabkan anak mendapat penyakit asthma atau alahan paru-paru. Walau bagaimanapun, penulisan saya ... Read More »

Kesan Pil Perancang kepada Kanser Payudara

Saya menerima banyak pertanyaan setiap hari. Saya mengharapkan rakan-rakan FB yang bertanya melalui inbox fb bersabar kerana saya mempunyai masa yang terhad. Baru-baru ini saya menerima soalan dari seorang wanita awal 40an yang telah mengamalkan pil perancang keluarga selama 8 tahun. “Salam, saya ingin bertanya tentang pil perancang keluarga. Ibu saya menghidap kanser payudara dan telah selamat dibedah. Saya dinasihatkan untuk berhenti dari mengamalkan pil perancang ini kerana ada risiko kanser payu dara. Adakah saya harus menghentikannya? Terima kasih” Sebelum menjawab soalan ini, elok kita lihat kebarangkalian seseorang wanita di Malaysia untuk mendapat kanser payudara. Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita ... Read More »

Suntikan Voltaren

Seorang lelaki berumur 30an, berbadan besar mengejutkan saya di Pusat Kesihatan seawal 3.30 am. Dia berjalan terhencut-hencut. Seolah-olah ada luka di kaki kanannya. ”Cepat doktor, saya sudah tak tahan ni. Saya ada gout. Tak tahan ni. Bagi saya injection !” Setelah mengambil history-taking dan menjalankan pemeriksaan, saya mendapati dia mengalami bengkakan di sendi. ”Doktor nak beri injeksion ubat gout atau ubat penahan sakit?” beliau bertanya dan siap meniarap. “Saya berikan suntikan voltaren. Insya Allah akan berikan kelegaan dengan cepat. Boleh rehat dengan aman. Esok kita buatlah pemeriksaan darah untuk masalah gout tu” Saya memberikan suntikan voltaren. Voltaren mengandungi bahan non-steroidal ... Read More »

Urine Pregnancy Test (UPT) Boleh Mengelirukan

Saya percaya ramai ibu-ibu pernah menguji kehamilan mereka melalui ujian air kencing, sama ada yang didapati dari farmasi atau klinik. Namun ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang diuji dalam air kencing mereka. Ujian yang dilakukan ialah Urine Pregnancy Test (UPT) untuk mengesan kandungan hormon hCG atau hormon human chorionic gonadotropin yang dikeluarkan oleh uri (placenta) pada bayi. Pembentukan uri berlaku sebaik saja janin(embryo) ‘ditanam’ (implantation) pada rahim. Uri akan menghasilkan hormon hCG dan dapat dikesan melalui air kencing wanita itu. Alat UPT membantu mendiagnosa kehamilan di awal kehamilan. Adakah ianya tepat? Pada Oktober 2001 Journal JAMA article (JAMA. 2001;286:1759-1761) ... Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

  Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia ... Read More »

Ubat Herba untuk Ereksi adalah Ubat Terkawal

Baru-baru ini seorang sahabat lama  bercerita panjang dengan saya di sebuah kedai kopi 5 bintang mengenai kemajuan masing-masing. Beliau bertambah maju prestasinya kerana menyertai perniagan berasaskan makanan dan minuman. Walaupun perniagaan dia bertambah besar dan maju, beliau memberitahu bahawa beliau mengalami masalah yang amat ditakuti oleh orang lelaki, iaitu mati pucuk. Ini semua mungkin akibat stress, penyakit kencing manis dan tahap kolestrolnya yang semakin tinggi, yang mula dihadapinya awal tahun ini. Oleh kerana perkataan mati pucuk itu sensitif dan orang lelaki malu untuk membincangnya secara terbuka, maka beliau ia juga tidak pasti sama ada beliau mengalami keadaan itu atau tidak. ... Read More »

Post Pill Amenorrhea (Catatan Kedua)

(nota: Sila klik di sini untuk membaca catatan pertama saya mengenai topik ini) Mengamalkan pil termasuk masalah syari’e Saya sebenarnya serba salah untuk memberikan ubat perancang kepada wanita-wanita Melayu Islam kita. Menurut kuliah yang saya hadiri, doctor yang memberikan dan wanita yang mengamalkan pil atau suntikan perancang (pencegah kehamilan) hukumnya berdosa kerana perbuatannya haram kecuali pemberian dengan sebab-sebab syari’e yang kukuh. Antara sebab syari’e ialah kehamilan wanita itu boleh menyebabkan kematian. Itu pendapat ulamak secara amnya dan diterima ramai. Namun ada juga ulamak yang menjustifikasikan merancang kelahiran anak agar ibu mempunyai kesihatan yang lebih baik untuk kehamilan yang selanjutnya. Walaupun kehamilan wanita ... Read More »

Perlukah Ubat Selesema untuk Anak?

Memecahkan tradisi memberi ubat pada anak Saya menghadapi kesukaran untuk menyakinkan para ibubapa bahawa ubat selsema dan batuk yang kadangkala diberikan oleh doktor atau dibeli dari farmasi secara over the counter (OTC) (iaitu pembelian ubat tanpa prespripsi doctor) ada kalanya tidak perlu dan membazir. Lebih-lebih lagi jika keadaan batuk dan selsema anak-anak mereka adalah tidak serius. Inilah masalahnya jika ibubapa terlalu advance sehingga anak yang baru bersin atau batuk hanya beberapa kali terus diberikan ubat selsema dan batuk. Mungkin niat ibubapa mereka adalah baik supaya keadaan kesihatan anak tidak bertambah teruk dan melarat sehingga mendapat jangkitan kuman di paru-paru. Saya ... Read More »

Clomid: Bukan Ubat Ajaib untuk Kesuburan

Baru-baru ini saya melayari internet untuk mengetahui berapa banyak artikel-artikel tentang kesuburan di dalam Bahasa Melayu, di samping melihat berapa ramai pelayar yang lain sudi membaca artikel saya. Apa yang saya jumpa adalah sesuatu yang memeranjatkan bagi saya kerana saya terjumpa satu forum ringkas yang membincangkan kesuburan dan clomid. Topik kesuburan bukanlah topik eksklusif doktor perubatan. Ramai pengamal alternatif lain yang membincangkannya. Sehingga ada juga bomoh-bomoh yang menawarkan ‘mandi bunga’ agar mudah untuk “melekat” di halaman sesawang mereka. Namun bila berbicara tentang clomid, satu ubat di dalam perubatan moden, saya minta puan-puan berhati-hati. Walaupun ianya dikira agak selamat dan mempunyai kesan ... Read More »

Ovulation Predictor Kits (OPK)

OPK berguna bagi yang mahu atau mengelak zuriat Saya mendapat banyak pertanyaan melalui email dan inbox facebook, para isteri muda bertanya tentang penentuan hari kesuburan. Saya ucapkan tahniah atas keazaman puan-puan untuk melengkapkan keluarga. Hari yang paling subur bagi seorang wanita atau disebut hari ovulasi ialah hari di mana telur (ovum) dari ovari telah sedia untuk disenyawakan oleh sperma. Oleh kerana ovum yang terpisah dari ovari tidak boleh hidup lama, maka bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat, bolehlah berjima’ bersama suami pada ketika itu. Dan bagi mereka yang mahu merancang dengan cara selamat, elakkan berjima’ bersama suami pada hari ... Read More »

Pengambilan Paracetamol (PANADOL) Ketika Hamil

Sebelum ini, saya tidak ada masalah memberikan Paracetamol (PCM) pada pesakit-pesakit saya. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, Paracetamol menjadi ubat untuk menghilangkan demam. Ianya menepati sunnatullah. Namun baru-baru ini saya mendapat pertanyaan dari seorang rakan mengenai penggunaanya pada ibu yang hamil. Ianya berikutan dengan laporan media yang memetik satu kajian ringkas yang tidak teliti di siarkan dalam sebuah Journal Perubatan luar negeri. Dalam Journal Perubatan Thorax, kajian itu mengaitkan wanita hamil yang penggunaan paracetamol  di akhir kehamilan dengan masalah pernafasan berbunyi (wheezing) pada kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke bawah. Sila rujuk : Paracetamol use in pregnancy and wheezing in early childhood; ... Read More »

Vitamin B Kompleks Membantu Mencegah Migraine

Sakit kepala adalah ujian dari Allah Sakit kepala yang berpanjangan amat menduga kita. Bagi mereka yang mengalaminya, sudah tentu menelan ubat penahan sakit amat menjemukan. Malah ada yang telah menghafal nama segala ubat penahan sakit yang boleh dibeli dari farmasi. Namun bersabarlah atas ujian Allah itu. Sabda Rasulullah saw “Sesiapa yang dihendaki oleh Allah kebaikan, nescaya akan diujinya orang itu” Kira-kira 12-15% warga dunia iaitu seramai 28 juta orang, yang mengalami migraine. Sakit kepala itu mungkin hanya dimulai dengan simptom seperti seolah-olah melihat percikan pancaran cahaya (flashes of light), kabur pemandangan, rasa kebas di lengan atau kaki atau mungkin hanya ... Read More »

Post Pill Amenorrhea: Dari Kemandulan Sementara Kepada Kemandulan Kekal

Saya amat kasihan mendengar keluhan para ibu tentang masalah haids mereka. Para ibu ini sebenarnya wanita yang sihat, namun atas beberapa tekanan hidup atau nasihat yang salah, mereka menggunakan ubat perancang keluarga atau mengawal kelahiran. Istilah yang digunakan di British ialah Oral Contraceptive Pills (OCP) tetapi di Britain ianya dinamakan Birth Control Pill (BCP). Setelah bertahun-tahun mengamalkan ubat OCP ini, ibu muda ini mula memikirkan untuk menambahkan seorang lagi ahli keluarga. Namun apa yang memeranjatkan, kitaran haids mereka sudah tidak menentu. Ada yang datang selepas 3 bulan menunggu. Kedatangan haids juga terlalu pendek masanya, kadang kala hanya beberapa hari. Malah ... Read More »

Duromine Ubat Kurus

DUROMINE adalah pil diet dan merupakan ubatan yang memerlukan preskripsi. Ia adalah ubat yg digunakan untuk mengurangkan nafsu makan. Selalunya diberikan kepada mereka yg mempunyai risiko perubatan (medical risk) jika pesakit itu terus gemuk. Duromine mengandungi phentermine (synthetic stimulant) yang bertindak di otak (Central Nervous System). Oleh kerana duromine mengandungi resine, phentamine akan keluar perlahan2 ke dalam darah. Oleh itu ianya bertindak sepanjang hari. DUROMINE  harus diberikan kepada mereka yg BMInya >  30kg/m² dengan nasihat agar berat badan dikurangkan bukan saja dgn ubat, tetapi juga dgn senaman, diet yang betul (kurangkan makan berkalori tinggi).  Jika berat badan tidak dapat dikurangkan ... Read More »

Kesan Sampingan Ponstan

KESAN PONSTAN PADA PERUT DAN USUS (Gastrointestinal) Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang ( inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.   Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko ... Read More »

Actifed

Apa itu Actifed dan kegunaannya? Actifed mengandungi dua unsur iaitu chlorpheniramine dan phenylephrine. Chlorpheniramine adalah antihistamin yang mengurangkan pengeluaran natural histamnie dari mast cell di dalam badan. Histamine yg dikeluarkan akan menyebabkan bersin, gatal, selesema dan mata/hidung berair. Phenylephrine pula adalah decongestant yang akan mengecilkan saluran darah dalam hidung. Saluran darah yg mengembang akan menyebabkan hidung tersumbat (nasal congestion/stuffy nose). Actifed diberikan bagi melegakan selesema (common cold) dan seasonal allergi, mengurangkan simptom seperti bersin, gatal, selesema dan mata/hidung berair. Bagaimana menggunakan Actifed? Di Malaysia, Actifed dijual secara over the counter di farmasi, jadi bagus juga kalau saya beritahu cara penggunaannya. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!