Bayi/Kanak-kanak

6 MANFAAT MINYAK KELAPA DARA UNTUK BAYI

Minyak kelapa dara (VCO) sudah dikenali mempunyai pelbagai manfaat kesehatan. Ia bukan hanya bermanfaat utuk orang dewasa saja, tetapi untuk bayi dan kanak-kanak. Saya kongsikan enam manfaat VCO untuk bayi dan kanak-kanak. Sebagai minyak urut. Melakukan urutan pada bayi dan kanak-kanak yang sukar untuk tidur membantu mereka mendapat ketenangan untuk mudah tidur,  memperbaiki kualiti tidur mereka, dan meningkatkan kesihatan mereka. VCO diketahui dapat membuat kulit bayi menjadi lebih lembut dan sihat. Ia memiliki kekuatan regeneratif (memperbaiki kulit) apabila diserap pada jaringan kulit untuk membantu menjaga kulit agar sentiasa tegang. Sapu dan urut dengan lembut pada bahagian belakang dan bahu bayi …

Read More »

BAYI KUAT MENANGIS DISEBABKAN MAKHLUK HALUS?

  Setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara purata dua jam setiap hari. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis antaranya adalah mereka lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas.       Pernah tak alami anak menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu?       Bayi pula selalunya anak menangis berlebihan terutama pada waktu petang dan malam, sehingga kita menyangka ada gangguan makhluk halus.     Mungkin benar ada gangguan seperti itu.       Mak mertua dan ipar selalu menyangka kita tidak …

Read More »

bahayakah benjolan di kepala anak kerana kerap terhantuk kepala

BAHAYAKAH BENJOLAN DI KEPALA ANAK KERANA KERAP TERHANTUK KEPALA     Salam doktor. Anak saya berusia 2 tahun dan beberapa kali jatuh ke lantai akibat tergelincir. Apa yang saya risau, apakah ia memberikan kesan pada masa akan datang? Sekarang anak saya sihat. Adakah pada masa akan datang kesannya boleh berbahaya? Terima kasih.     WALAIKUMUSALAM     Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila kepala anak terhantuk ke lantai atau ke dinding, ia menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau otak.     Kesan bengkakan (benjolan) atau koyakan (luka) pada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak bahaya.Dengan …

Read More »

PANDUAN MELAWAT BAYI YANG BARU LAHIR 

  Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka. Bayi ini dimasukkan wad akibat jangkitan virus, terutamanya yang melibatkan saluran pernafasan seperti pneumonia.         Nasihat saya, jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.       Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.       Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa …

Read More »

panduan memberikan susu formula pada bayi

PANDUAN MEMBERIKAN SUSU FORMULA PADA BAYI     Kebanyakan ibu yang tidak dapat menyusukan susu ibu pada anak mereka, dan  segera memberikan susu formula.   Saya mencadangkan :   1. Jika menggunakan air dari dispenser, pastikan dispenser tersebut selalu dibersihkan dan diservis. Ini mengelakkan menggunakan air yang mengandungi kuman.   2. Jangan menggunakan air yang mendidih. Jika ada bekalan air bersih (difilterkan), hangatkan air sehingga maksima 70 C sahaja. Ini kerana air yang terlalu panas akan mengurangkan kandungan nutrisi dalam susu formula itu.   3. Jangan simpan baki susu formula dalam botol melebih sejam. Jika susu formula tidak diminum oleh …

Read More »

BUAH NAGA UNTUK BAYI

    BUAH NAGA UNTUK BAYI “Assalamualaikum doktor. Saya perlukan pencerahan. Benarkah bayi 8bulan tidak boleh makan buah naga?Terima kasih”     WALAIKUMUSALAM     Sebagai panduan am, bayi yang sudah berusia enam buan ke atas sudah boleh diberikan makanan sampingan. Namun saya mencadangkan agar puan tidak menghentikan pemberian susu ibu. Boleh teruskan sehingga bayi puan berusia 2 tahun.     Makanan yang diberikan haruslah dimulaikan dengan makanan yang lembut, halus dan cair seperti seperti jus buah yang cair atau bubur yang ditambah sayur (sumber serat) dan daging (sumber protein) yang dikisarkan.     Buah naga dapat boleh diberikan pada …

Read More »

ANAK MENYUSU IBU TETAPI SEMBELIT

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada pertanyaan. Anak saya sepenuhnya breast feeding. Masa baru lahir buang air besar normal, tetapi beberapa minggu kemudian, beliau tidak buang air besar selama 16 hari ketika usia 37 hari. Namun tidak ada tanda-tanda yang membimbangkan. Dia kentut seperti biasa. Tidur lena. Perut tidak keras, buang kencing pun ok. Saya terpaksa bawa beliau ke   hospital kerana bimbang dan doktor berikan ubat cecair. Selepas itu baru dia buang air besar. Tetapi lepas itu dia kembali tidak buang air besar kini sudah masuk 6 hari. Apa perlu saya lakukan? Adakah normal baby fully breastfeeding begini? Adakah saya masih …

Read More »

TIPS MEMBERIKAN ANAK UBAT

Banyak tips yang ingin saya kongsikan untuk memudahkan para ibubapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibubapa terpaksa “berperang” dengan anak mereka. Antara tips yang hendak saya kongsikan ialah: Jangan memaksa anak. Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekelilig rumah. Pujuk, beritahu kenapa mereka harus mengambil ubat tertentu dan berikan dengan penuh kasih sayang. Berikan ubat yang perlu saja. Sebagai contoh jika anak agak sukar mengambil ubat, cuba minta nasihat doktor agar memberikan dua kesan sekali gus. Contoh ubat demam yang dapat mengurangkan rasa sakit. Ubat batuk yang dapat …

Read More »

mahu anak bijak

MAHU ANAK BIJAK, LUANGKAN MASA 20 MINIT     Di zaman moden ini, kita selalu sibuk. Kita menyerahkan sebahagian masa kita Bersama anak kepada pembantu asing yang ada di rumah. Atau mungkin pada pengasuh di TASKA.   Tiada lagi hubungan anak-ibubapa yang akrab.   Saya ingin kongsikan tip untuk melatih anak menjadi bijak.   Caranya ialah luangkan masa dengan anak selama 20-30 minit sehari. Tutup TV dan jauhkan telefon bimbit.   Gunakan masa itu Bersama anak untuk membantu mereka melakukan kerja sekolah, membaca atau melukis. Jika anak masih kecil, habiskan masa itu dengan bermain Bersama anak.   Gunakan kebijaksanaan kita …

Read More »

MENGAPA BIBIR ANAK TIBA-TIBA JADI BIRU?

Terdapat beberapa sebab mengapa bibir anak boleh berubah berwarna biru secara tiba-tiba. Terutamanya anak yang berumur setahun ke bawah.   Ada dua keadaan di mana keadaan yang tidak berbahaya di akibatkan oleh suhu persekitaran yang sejuk, atau mungkin anak telah diberikan makanan yang berwarna biru.   Keadaan yang agak berbahaya ialah apabila ada tanda-tanda yang seiring dengan perubahan warna pada bibir anak, iaitu:   1. Pernafasan yang cepat 2. Degupan jantung yang laju 3. Demam 4. Anak merengek sepanjang hari 5. Perubahan warna pada keseluruhan tubuh.     Jika tidak pasti apa yang berlaku, elok bawa anak untuk pemeriksaan doktor. …

Read More »

HFMD Boleh Membawa Maut Jika..

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) BOLEH MEMBAWA MAUT JIKA..    Inilah adalah intervieu saya dengan RADIO SALAM pada Khamis 11 Ogos 2018 730am. Alhamdulillah,  Kementerian Kesihatan Malaysia pada laporan berita 5 Ogos 2018 telah merekodkan penurunan kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Hal ini telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Sebanyak 770 kes jangkitan baharu dilaporkan, menurun 19.1 peratus berbanding 952 kes pada Khamis 2 Ogos 2018 yang lalu. Walaupun terdapat penurunan laporan, bukan bermakna wabak ini telah tamat. Setiap hari ada laporan jangkitan baru. Cuma kadar jangkitan semakin …

Read More »

BOLEHKAH MENGHENTIKAN UBAT HORMON THYROID?

Assalamualaikum Dr Zubaidi.  Anak perempuan saya berusia 4 tahun disahkan sebagai pesakit hypothyroidism sejak lahir. Dia diberikan ubat oleh pihak hospital. Setakat ini tahap tumbesarannya baik. Tetapi dia terpaksa mengambil ubat tersebut sepanjang hayat untuk menampung hormone yang tidak cukup dikeluarkan oleh tubuhnya. Sekarang saya ingin beralih pada perubatan alternative kerana pengambilan ubat hospital menjadikan anak saya bergantung dengan ubat itu seumur hidup. 1) Apakah dia boleh berhenti selepas perkembangan tumbesarannya sempurna/lengkap semasa remaja? 2) Apakah yang perlu diambil sebagai pengganti hormon tersebut.? 3) Adakah ubat hormon yang diberikan mempunyai kesan sampingan terhadap kitaran haid dia?   WA’ALAIKUMMUSSALAM   Masalah …

Read More »

PENGHAWA DINGIN DAN BAYI

Assalamualaikum Dan Salam Ramadhan, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya beberapa soalan. 1.adakah bayi yang berumur setahun kebawah boleh untuk berada dalam air-conditioning yg bersuhu antara 27-30 degree celcius, memandangkan cuaca panas.   2.Apabila bayi sentiasa berasa dalam suhu air-cond adakah boleh menjejaskan kesihatan jantung Dan paru-paru bayi?   3.Adakah membiarkan keadaan berpeluh ketika musim panas ini baik untuk bayi?     Sekian, terima kasih..     WALAIKUMMUSALAM .   1. Boleh letakkan bayi dalam bilik berhawa dingin. Cuma jangan terlalu sejuk. Untuk memudahkan puan menentukan suhu yang sesuai ialah saya berikan formula : Suhu di luar rumah tolak 5 darjah Celcius. …

Read More »

RAWATAN SEMBELIT DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK

Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan anak saya berusia 3 tahun, mengalami masalah najis yang keras. Mohon cara mengatasinya. Terima kasih. Waalaikumussalam. Sembelit di kalangan kanak-kanak dan bayi adalah suatu yang biasa berlaku. Mereka mungkin akan membuang air besar setiap kali lepas makan, atau membuang air dua atau tiga hari sekali. Dalam kedua-dua keadaan ini, ia mungkin lagi dalam keadaan normal. Ini semua bergantung kepada apa yang mereka makan atau minum, bagaimana aktif pergerakan fizikal mereka dan bagaimana mereka dapat menghadamkan makanan mereka. Bagi kanak-kanak yang telah mula memakan makanan yang pejal (solid food) dan minum air secukupnya (buah-buahan …

Read More »

ANAK BERUSIA 7 BULAN TIDAK MAHU MINUM SUSU FORMULA

“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh anak saya berusia 7 bulan lebih. 1- Apakah kesan kepada bayi saya jika dia berhenti menyusu di usia 7bln lebih, dia lebih suka makan dri susu. Utk pngetahuan doktor bayi saya sepenuhnya mengguna susu formula. 2- Doktor boleh bagi cadangan tidak susu apa yang sesuai utk anak saya sebab anak saya memang tidak mahu susu. Sudah mcm2 susu saya bagi dia tetap tak nak. Sekarang ini saya bagi susu formula yang terkenal (dan mahal) dan memaksa anak saya namun dia masih mnolak hinggakan saya terpaksa guna picagari untuk dia minum. …

Read More »

Kenapa ubat selsema tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak?

UBAT SELSEMA DAN BATUK UNTUK KANAK-KANAK   “Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur lingkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung…tp msih selsema..Akhirnya anak saya warded sbb byk kahak pd paru2. Kenapa yer dokter? Kalau bg pd dos seumur dgn bayi blh tak? Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemberian ubat selsema bergantung kpd pemeriksaan doktor. Secara amnya memang ada garis panduan yang tidak membenarkan kanak-kanak …

Read More »

ANAK-ANAK YANG LAMBAT BERKEMBANG

    Ramai ibubapa yang risau jika anak mereka tidak mencapai berat tertentu. Berat, tinggi dan ukurlilit kepala adalah perkembangan fizikal yang penting.     Namun ada satu lagi perkembangan pada bayi yang kadang-kadang kita terlepas pandang, hingga bayi kita berusia setahun. Pada masa itu barulah kita menyedari bahawa anak kita mengalami masalah dalam perkembangannya.     Perkembangan seorang kanak-kanak tidak sepatutnya terbantut. Ini kerana ia adalah proses di mana mereka berinteraksi dan belajar menjadi dewasa. Mereka belajar kemahiran yang rumit yang melibatkan kematangan berfikir seperti berjalan, berkomunikasi, bermain dan berfikir.     Kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lewat berlaku …

Read More »

MASALAH KECACINGAN

  Baru-baru ini seorang ibu membawa anak perempuannya ke klinik berjumpa saya. Apa yang merisaukan beliau adalah perut anak beliau yang berusia 9 tahun itu kelihatan membuncit. Ibunya mendesak saya lakukan pemeriksaan ultrasound, kerana bimbang anaknya hamil. Saya berfikir panjang. Namun saya hanya mengikuti kehendak ibu kanak-kanak ini memandang beliau sangat runsing. Ini kali ketiga beliau membawa anaknya ke klinik. Sebelum ini pergi ke satu klinik swasta, tetapi oleh kerana tiada kemudahan ultrasound, doctor merujukkan ke pusat kesihatan kerajaan. Di pusat kesihatan kerajaan pula doctor yang bertugas tidak mahu melakukan pemeriksaan ultrasound kerana tidak percaya kanak-kanak perempuan itu hamil. Saya …

Read More »

Awas 5 Makanan Ini Dilarang Kepada Bayi. Belum Masanya!

AWAS 5 MAKANAN INI DILARANGKAN KEPADA BAYI. BELUM MASANYA!       Kadang kala kita terlalu teruja untuk memperkenalkan makanan kepada bayi yang baharu mula makan makanan pejal. Kita rasa sudah memberikan makanan yang terbaik kepada si manja.   Tetapi tanpa diketahui kita sebenarnya telah memberikan makanan tidak sihat kepada si kecil. Ini kerana bayi tidak memerlukan banyak kalori, apa yang diperlukan adalah makanan yang kaya dengan nutrisi.   Ketahui beberapa jenis makanan yang masih dilarang untuk bayi.   1. Jus Eh! Bukankah jus adalah minuman yang berkhasiat? Ya, jika yang meminumnya orang dewasa atau kanak-kanak sudah besar. Itu pun …

Read More »

MASALAH MATA ANAK BERAIR SEPERTI MENANGIS

  Pada keluaran kali ini, saya ingi berkongsi jawaban pada pertanyaan yang ditanyakan oleh seorang ibu yang risau terhadap keadaan mata nakanya yang berumur lapan bulan.   Pertanyaan beliau seperti berikut: “Assalamu’alaikum. Dr. maaf saya mengganggu. Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan ini.  Saya merupakan seorang ibu pada seorang anak perempuan. Alhamdulillah sekarang umur anak saya hampir mencecah 8 bulan.   Saya ada satu soalan yang ingin ditanya kepada doktor. Sudilah sekiranya doktor berkongsi pengetahuan bagi soalan saya.  Untuk pengetahuan doktor, mata anak saya sering mengeluarkan cecair seperti (menangis). Ia berlaku sejak dari kecil iaitu …

Read More »

BERHATI-HATI DENGAN PENGGUNAAN UBAT BATUK DAN SELSEMA DALAM MERAWAT KANAK-KANAK

Pada lazimnya, masalah batuk dan selesema adalah berpunca daripada jangkitan virus yang mana badan kita secara semulajadi mempunyai mekanisme pertahanan diri untuk melawan jangkitan tersebut. Simptom awal selesema yang dialami pesakit adalah seperti sakit kerongkong, lemah-lemah badan dan diikuti dengan hidung berair dan tersumbat, batuk dan juga sakit kepala. Batuk dan selesema tidak memerlukan rawatan yang spesifik untuk sembuh. Kebiasaannya badan kita akan melawan jangkitan tersebut dan simptom akan beransur pulih dalam tempoh tertentu. Rawatan yang diberi adalah lebih kepada untuk melegakan simptom, mencegah komplikasi serta mengelakkan penyebaran jangkitan tersebut. Ubat yang biasa diberikan adalah dari jenis antihistamin (seperti chlorpheniramine), …

Read More »

BAYI 5 BULAN DIBERIKAN NASI EMPIT

“Salam Dr. Saya ada sorang ank yg raya ni baru 5 bulan..tp fmly n fmly in law dah nak buatkan nasi empit lembik lah..bubur lah..sedangkan sy dah bgtau 6 bulan keatas baru blh mkn..itu pon puree…tp bila sy ckp akan dibgtau..dulu boleh je minum glukos makan bubor umo 2 3 bulan..hidup je smpi skrg? doc ade x penrangan tntang effect bg bby 6m kebawah makan bubur or ape2 slain susu ibu? Thanks doc.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bayi yang berumur enam bulan ke atas saja yang sesuai diberikan makanan separuh pejal. Ini kerana usus dan sistem penghadaman bayi …

Read More »

Bolehkah menyusukan anak ketika ibu demam?

BOLEHKAH MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM?   “Assalammualaikum, doctor saya ingin pandangan doctor, apakah kesan pada anak kalau seorang ibu yang demam meyusukan anak itu (breast feeding)?”    WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebagai manusia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana demam yang rendah selalunya akan sembuh tanpa diberikan ubat.   Demam dapat diukur dengan menggunakan alat thermometer. Fever selalu didefinasikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi suhu badan yang normal, iaitu 36.5–37.5 °C (98–100 °F).   Secara am apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, beliau akan mengalami rasa sejuk walaupun suhu …

Read More »

Ubat selsema untuk kanak-kanak

Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur limgkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung…tp msih selsema..Akhirnya anak saya warded sbb byk kahak pd paru2. Kenapa yer dokter? Kalau bg pd dos seumur dgn bayi blh tak? Terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM . Ia bergantung kpd pemeriksaan doktor. Secara amnya mmg ada garis panduan yg tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun diberikan ubat antihistamin (untuk …

Read More »

Telur untuk bayi berumur kurang setahun

“Salam doc kalau nak bg baby 6 bulan lebih telur rebus, kita perlu cuba bg yg mana dulu ye kuning dulu ke putih dulu ya. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Tidak dapat dinafikan bahawa telur (putih telur atau kuning) mempunyai nutrien yang banyak dan memberi manfaat pada orang yang mengambilnya. Namun nilai nutrien ini tidak menyamai nilai nutrien yang ada pada susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi yang berumur setahun ke bawah dan digalakkan untuk meneruskannya sehingga berumur dua tahun. Maknanya jangan gantikan susu ibu dengan mana-mana makanan termasuk telur. Wallahu a’lam

Read More »

MINYAK KELAPA DARA UNTUK KANAK-KANAK MENGURANGKAN SEMBELIT

“Assalamualaikum doktor. Saya mahu bertanya soalan tentang anak saya yang mengalami sembelit. Dia berumur 3 tahun lelaki. Baru ini kami pergi ke klinik dan doktor beritahu usus dia ada banyak najis yang melekat. Saya ingin tahu adakah Minyak Kelapa Dara boleh dicampur dalam air oren, milo, atau susu? Najis yang mlekat tu boleh ditanggalkan tak?” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya najis anak puan mungkin mengeras. Jadi pergerakan dalam usus agak perlahan. Puan boleh meningkatkan pengambilan air dalam pemakanan anak puan. Bagikan banyak jus buah (bukan kordial), air mineral atau air susu. Berikan banyak buah-buahan.  Boleh juga campurkan 3ml Minyak Kelapa Dara …

Read More »

Gemuk Akibat Antibiotik yang Berulang

ANTIBIOTIK MENYEBABKAN KEGEMUKAN PADA KANAK-KANAK   Kanak-kanak yang sering diberi ubat antibiotik yang berulang-ulang , mempunyai risiko  untuk menjadi gemuk, menurut saintis Amerika Syarikat.   Dalam penerbitan sebuah journal perubatan terkenal,  The JAMA Pediatrics melaporkan  kanak-kanak yang diberikan ubat antibiotic lebih empat kali pada usia 2 tahun mempunyai risiko 10% yang lebih lebih tinggi untuk menjadi gemuk.   Tetapi para saintis memberi tahu tidak semestinya kanak-kanak yang diberikan antibiotik akan menjadi gemuk. Hanya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Jadi tidak perlu risau memberikan kanak-kanak  yang sakit ubat antibiotic, jika keadaannya memerlukan ubat tersebut.   Pemberian ubat antibiotic yang berulang ini …

Read More »

Pedih Ketika Menyusukan Bayi

“Salam doctor, saya baru melahirkan anak berusia 2 bulan. Saya menyusukan anak. Masalah saya ialah saya berasa sakit ketika menyusukan anak saya, terutama di bahagian putting, sehingga sampai ke bahu rasa sakitnya. Saya telah berjumpa doctor. Doktor memberikan ubat penahan sakit dan antibiotic. Saya risau untuk mengambil ubat tersebut kerana anak saya masih menyusu. Mohon pandangan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Apabila seorang ibu menyusukan anaknya, ia adalah saat  yang mengujakan terutama bagi seorang wanita yang baru menjadi ibu. Ketika bayi menghisap putting dan susu dikeluarkan, hormon oxytocin juga mula meningkat dalam darah. Hormon ini bertujuan memperbanyakkan susu …

Read More »

BAHAYA TIDUR DENGAN BAYI

Ramai ibu bapa beranggapan tidur bersama bayi dengan berkongsi katil atau tilam adalah cara paling selamat untuk melindungi si kecil, di samping dapat mengeratkan lagi ikatan antara kedua-dua pihak. Memang benar tidur bersama bayi membolehkan ibu bapa lebih rapat dengan si kecil kerana langkah itu memberi ibu bapa masa tambahan bersama bayi. Tidur dengan bayi juga membolehkan ibu bapa segera bertindak jika si kecil mula batuk atau menangis pada waktu malam. Malah, bayi yang tidur berkongsi katil dengan ibu mereka dikatakan cenderung untuk menyusu lebih kerap dan tempoh lebih lama berbanding bayi yang tidur bersendirian. Bayi yang tidur dengan ibu …

Read More »

ANAK SELALU MENGALAMI PEMBENGKAKAN TONSIL

Terima kasih kerana membaca email saya,di sini saya ingin mengajukn soalan mengenai masalah tonsil yang di alami anak saya yang berumur 2 tahun 6 bulan. Sewaktu dia berumur 1 tahun, dia kerap demam, batuk dan selsema  sehingga kini. Pada usia 1 tahun 4 bulan,dia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami “febrile fits”, dan berulang pada usia 2 tahun 3 bulan. Apa y merisaukan saya, tiap kali demam, doctor akan memberikan ubat antibiotic kerana jangkitan kuman pada tonsil, dan boleh dikatakan 2 bulan sekali diberikan antibiotics. Saya risau akan ada kesan sampingan jika ubat tersebut diambil dgn kerap. Sehingga kini, tonsil …

Read More »

Rahem ke dalam, adakah sukar hamil?

RAHEM KE DALAM, ADAKAH SUKAR HAMIL?   “Salam .dan salam syawal Dr. Harap Dr menjawab persoalan saya. Semasa bulan puasa. Period saya berlarutan sehingga 15hari. Kemudian saya pergi hospital pakar puan. Doktor melakukan pemeriksaan scan dan tiada apa kelihatan yang tidak normal termasuk rahim, cuma kata “rahim berada dalam keadaan ke dalam” katanya. Saya tidak berkesempatan untuk bertanya lebih lanjut sebab pada masa itu saya agak keliru. Sekarang baru saya khuwatir .Adakah bahaya jika rahim ke dalam dan tidak kelihatan. Adakah sukar untuk hamil? Mohon penjelasan”   WA ALAIKUM MUS SALAM DAN SELAMAT HARI RAYA.   Puan mengalami dua kemusykilan, …

Read More »

Anak demam melebihi 10 hari

ANAK DEMAM “ON AND OFF” BATUK DAN BERKAHAK MELEBIHI 10 HARI   “Assalammualaikum doktor. Anak saya mula batuk pada 8hb Feb kemudian pada 10hb Feb saya membawa anak saya ke klinik kerajaan. Doktor yang bertugas memberikan ubat antibiotik amoxycilin dgn ubat batuk bromehexine. Lepas habis ubat antibiotic, anak saya masih tidak sembuh.   Pada 13hb Feb saya pergi klinik swasta dan doctor tidak berikan antibiotik, Cuma memberikan ubat salbutamol dan prednisolone, namun anak saya masih tidak sembuh juga.   Pada 24hb Feb saya membawa anak saya ke klinik kerajaan semula. Doktor memberikan nebulizer dan melakukan pemeriksaan x-ray. Doktor memberitahu ada …

Read More »

Susu Formula Tidak Serasi Menyebabkan Sembelit

SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT   “Salam doctor.  Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi  bila minum susu yang  baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula. Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi  menjadi keras  dan besar. Bayi …

Read More »

SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT

“Salam doctor.  Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi  bila minum susu yang  baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan”.    Jawapan:   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula.   Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi  menjadi keras  dan besar.   Bayi yang diberi susu …

Read More »

Vaksin untuk URTI?

VAKSIN UNTUK URTI?   “Salam dr. Vaksin pneumococcal utk kanak2 bole ambil dr umur brape ye? Ada vaksin lain x yg bagus utk elakkn ank slalu dapat URTI? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Vaksin pneumococcal ada dua jenis.   1. Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV13)  adalah disyorkan untuk semua kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun, semua wargatua berumur 65 tahun atau kanak-kanak dan orang dewasa yang berumur  6 tahun ke atas dan mempunyai faktor-faktor risiko tertentu.     2, Pneumococcal polysaccharide vaccine (PPSV23)  adalah disyorkan untuk wargatua berusia 65 tahun ke atas, Tetapi boleh juga diberikan pada kanak-kanak …

Read More »

ANAK 6 BULAN ALAMI RUAM SELEPAS DEMAM

“Salam doktor,  anak saya berusia 6 bulan. Tiga hari lepas dia kena demam panas. Setelah demamnya surut timbul pula bintik-bintik  merah pada seluruh tubuh hingga kepala sehingga menyebabkan dia rasa tidak selesa. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Jika anak puan baru mengalami demam dan kini mempunyai ruam, boleh jadi anak puan mengalami masalah yang dinamakan sebagai roseola, juga dikenali sebagai roseola infantum atau sixth disease. Roseola adalah penyakit virus yang agak ringan dan biasa yang biasanya menyerang kanak-kanak berumur antara 6 bulan dan 3 tahun. Ia disebabkan oleh sejenis virus herpes. Ia bermula dengan demam yang agak …

Read More »
error: Content is protected !!