Ezerex

SAKIT PINGGANG, SAKIT TENGKUK DAN MASALAH EREKSI

“Assalamualaikum dr. Saya berumur 32 tahun. Sejak 2 minggu yang lalu saya mengalami suatu yg amat menggusarkan saya iaitu saya mengalami sakit di bahagian pinggang, tengkuk dan tahap ereksi yang menurun begitu mendadak sekali. Dan saat kemuncak permasalahan ini ialah apabila saya tidak mampu menegangkn zakar saya ketika hendak bersama isteri saya. Adakah sy mengalami masalah mati pucuk atau saya mengalami masalah kesihatan yang lain. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Terlalu sukar untuk saya mengagak masalah yang saudara hadapi kerana banyak maklumat yang tidak diberitahu. Jika saudara mengalami masalah berat badan berlebihan, saya bimbang saudara juga …

Read More »

MASALAH CIRIT BIRIT SEMASA HAID

“Salam doctor. Saya ingin bertanya mengapa seorang wanita mengalami rasa sakit perut terutama bahagian ari-ari, dan ceret beret semasa kitaran haid? Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Apabila seorang wanita sedang mengalami haid, bukan saja beliau mengalami rasa kekejangan dan sakit terutama di bahagian ari-ari, kembung perut , tetapi juga mengalami cirit-birit. Tidak semua wanita mengalami masalah rasa tidak selesa ketika kedatangan haid, ada yang diberikan nikmat oleh ALLAH untuk mengalami rasa mudah menjalani pendarah haid setiap bulan. Namun ramai juga yang mengalami gejala yang tidak menyenangkan. Ini semua ujian dari ALLAH bagi seorang wanita. Wanita yang tabah pasti akan …

Read More »

Pesakit diabetes dan mati pucuk

PESAKIT DIABETES DAN MATI PUCUK   “Salam doctor. Saya adalah pesakit diabetes  dan telah menjalani rawatan lebih 5 tahun. Setakat ini saya mengambil Metformin dan Daonil, dan bacaan gula saya antara 8-10 mmol/L. Masalah saya ialah saya telah lama tidak mengalami ketegangan zakar seperti mana yang selalu doctor tuliskan dalam blog. Ada kalanya saya bersama dengan isteri saya namun saya gagal menjalankan tugas saya sebagai suami. Harap doctor dalam membantu. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saudara tidak keseorangan dalam hal ini.  Kajian epidemologi di Malaysia (1997/98) menunjukkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah mati …

Read More »

pesakit batu karang mengalami tulang yang reput

PESAKIT BATU KARANG MENGALAMI TULANG YANG REPUT     Pesakit yang pernah mempunyai batu karang dalam ginjal mungkin mengalami peningkatan risiko untuk mendapat kecederaan patah tulang dengan mudah. Kajian ini diterbitkan dalam “Clinical Journal of the American Society of Nephrology.” Ini kerana pesakit yang mempunyai batu karang dalam air kencing selalunya bermula dengan mengalami peningkatan kepekatan mineral kasium dalam air kencing. Mineral kalsium ini akan perlahan-lahan mendak dalam buah pinggal dan menyebabkan batu karang. Kalsium yang keluar melalui air kencing biasanya berasal dari tulang dalam tubuh. Ini bermakna garam kalsium dari tulang keluar dan menyebabkannya menjadi rapuh dan mudah patah …

Read More »

LAKUKAN SENAMAN BERJALAN SEBELUM BERJOGING

  “Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya memasuki 45 tahun, dan sedikit obese. Saya juga mempunyai masalah diabetes dan kandungan kolestrole yang tinggi. Saya ingin melakukan senaman berjogging. Apa nasihat doktor? Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya menasihatkan agar saudara mulakan dengan senaman berjalan kaki dulu.   Berjalan adalah lebih mudah tetapi sangat bermanfaat. Ia boleh membantu saudara mengurangkan berat badan, mengurangkan tahap kolesterol, menguatkan tulang, mengurangkan tekanan darah dan merendahkan kandungan gula dalam darah.   Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa berjalan dan aktiviti fizikal ringan yang lain boleh meningkatkan daya ingatan dan menghindari penyakit nyanyuk. …

Read More »

Lelaki juga memerlukan senaman Kegel

LELAKI JUGA MEMERLUKAN SENAMAN KEGEL SEBAGAI LANGKAH MENCEGAH KENCING TIDAK LAWAS   Saya sering mendapat pertanyaan dari lelaki berumur 50an mengenai masalah mereka tidak tos buang air kecil. Di usia begini jika mengalami masalah kawalan air kencing, sudah tentu agak sukar memberishkan diri sebelum melakukan solat.Oleh itu saya sering menyarankan agar melakukan senaman Kegel. Senaman ini tidak akan membuatkan seseorang itu kelihatan lebih muda, tetapi mereka dapat menguatkan otot pada kawasan kemaluan, yang menyokong pundi kencing. Apabila otot di kawasan anus dan punci kencing menjadi lemah, ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kawalan air kencing. Senaman kagel ini bukan …

Read More »

Saiz zakar kecil sebelum berkahwin

SAIZ ZAKAR KECIL SEBELUM BERKAHWIN “Salam doctor, benarkah zakar lelaki yang sudah berkahwin lebih besar berbandingkan dengan lelaki yang belum berkahwin. Saya masih risau mengenai saiz zakar saya kerana saya akan berkahwin tidak lama lagi. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Zakar seorang lelaki tidak sama jika dibandingkan dengan seorang lelaki lain. Saiz dan bentuk zakar bergantung kepada baka keturunan dan umur. Saiz dan bentuk zakar seorang yang sudah berkahwin selalunya lebih besar berbandingkan ketika dia masih bujang mungkin disebabkan kerap melakukan hubungan seks dengan isteri menyebabkan otot-otot zakar lebih mudah mengembang dan membesar. Jadi tidak perlu risaukan …

Read More »

Kesan Onani Pada Perkahwinan

KESAN ONANI PADA PERKAHWINAN “Saya berusia 24 tahun dan masih bujang. Masalah saya ialah saya sering melakukan onani ketika melihat bahan lucah. Bagaimana cara saya menangani masalah ini? Saya bimbang apabila berkahwin nanti saya lebih menikmati onani dari bersama dengan isteri saya kerana tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang oleh isteri saya nanti. Mohon penjelasan, doctor” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sebenarnya simpati dengan masalah saudara. Bukan senang seorang yang ketagihan untuk meninggalkan tabiatnya. Ramai yang mencuba, tetapi tidak ramai yang mampu meninggalkannya terus. Kebanyakan mereka hanya dapat mengurangkan tabiat ini. Untuk meninggalkan tabiat ini, langkah pertama saudara kena faham …

Read More »

Lelaki berusia masih bertenaga?

LELAKI BERUSIA MASIH BERTENAGA? “Salam doctor. Saya berumur 35 tahun. Saya telah dirisik oleh seorang lelaki berumur 62 tahun. Jika saya bersetuju, ini kali kedua perkahwinan saya dan saya harap ia memberikan kebahagian pada saya. Soalan saya, adakah lelaki yang berumur 60an masih mempunyai tenaga di kala saya memerlukan? Mohon penjelasan Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya ucapkan tahniah kerana puan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Sudah tentu banyak harapan yang puan impinkan dari perkahwinan ini. Namun begitu saya minta puan jangan terlalu banyak mengharap, kerana perkahwinan puan tidak boleh disamakan dengan perkahwinan pasangan muda. Rumah tangga …

Read More »

Kegemukan dan kurang hubungan intim meramalkan risiko serangan jantung

“Salam doctor. Baru-baru ini suami saya berusia 35 tahun telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan hospital awam, dan disahkan mengalami serangan jantung. Sebelum ini kami tidak tahu yang beliau mempunyai penyakit darah tinggi dan tahap kolestrole yang tinggi. Ini kerana suami saya agak ‘takut’untuk melakukan pemeriksaan. Berat badannya tidak berapa gemuk, 88kg dan tinggi 180cm. Boleh doctor komen sedikit bagaimana serangan jantung boleh berlaku pada dirinya. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya harap puan bersikap terbuka kerana mungkin apa yang hendak saya jelaskan ini agak sulit. Saya sedari ramai lelaki yang agak sukar untuk diperiksa kesihatan mereka, dan hanya akan …

Read More »

Kerap kencing walaupun tiada diabetes dan jangkitan kuman

“Salam doctor. Saya berusia 28 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah kerap kencing. Pemeriksaan telah dibuat oleh doctor di hospital. Menurut doctor, saya tidak mengalami masalah jangkitan kuman, batu karang atau diabetes. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kekerapan membuang air kecil tidak bermakna terdapat jangkitan kuman pada pundi kencing, ada batu karang atau menghidap penyakit diabebets. Masalah ini juga boleh disebabkan oleh masalah pundi yang terlalu sensitive dan mudah mengecut menyebabkan rasa cepat mahu buang air kecing walaupun kuantitinya sedikit. Masalah ini dinamakan “Pundi Kencing terlalu Aktif” atau “Overactive Bladder” (OAB). Tanda-tanda paling penting OAB …

Read More »

Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Majun

  “Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai masalah tidak didatangi haid selepas berhenti makan ubat rancang kehamilan ( sejenis makjun ). Saya didatangi haid pada bulan 12.7.2013  dan pada bulan Ogos, saya tidak didatangai haid. Saya sudah membuat ujian UPT tetapi negatif. Selepas itu pada 15.09.2013 saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor dan meminta ‘ubat turun haid’ kerana saya tidak selesa dengan badan saya yang sakit-sakit, mungkin disebabkan oleh perubahan hormon.   Selepas makan ubat itu sebanyak 5 biji dan 5 hari saya didatangi haid selama 8 hari. Selepas pada itu saya masih lagi tidak didatangi haid sehingga 30.10.2013. Boleh saya …

Read More »

Kehamilan di luar rahem

  “Assalamu alaikum doctor, saya berumur 23 tahun dan baru-baru ini saya telah hamil selama 8 minggu, disahkan melalui ujian air kencing UPT. Ini kehamilan pertama saya. Malangnya apabila doctor melakukan pemeriksaan ultrasound, mendapati janin saya berada di dalam saluran fallopian. Doktor mengesahkan saya mengalami kehamilan luar rahim. Bagaimana hal ini boleh berlaku, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya amat bersimpati dengan ujian ALLAH yang puan hadapi. Saya harap puan banyak bersabar dan berada dalam rawatan yang terbaik. Kehamilan luar rahim sebenarnya kerap berlaku, iaitu satu dalam 20 kehamilan. Ia berlaku di luar kawalan wanita yang hamil, dan hanya wanita …

Read More »
error: Content is protected !!