Berpuasa adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu melakukannya. Ini bermakna ada individu yang tidak dibenarkan untuk tidak berpuasa, tetapi menggantikannya pada hari yang lain atau membayar fidyah. Kita juga mengetahui bahawa dengan berpuasa, kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Namun begitu bagi sesetengah individu, berpuasa akan menyebabkan rasa tidak selesa. Yang biasa saya menerima aduan pesakit ialah apabila berpuasa akan menyebabkan rasa pedih perut. Cuba kita meneliti punca rasa pedih perut atau rasa sakit pada ulu hati. Rasa sakit ulu hati ini biasanya dikaitkan dengan masalah dalam perut kita. Walaupun dikatakan “pedih ulu hati“, …
Read More »#drzubaididetoks
Persekitaran kita bertoksin?
SUMBER TOKSIN DI SEKITAR KITA “Betulkah persekitaran kita sudah tidak selamat lagi? Berbahaya pada kesihatan?” Tanya seorang peserta kelas yang saya anjurkan. Saya malas hendak menjawab. Tidak mahu menyudukan informasi ke mulut beliau. Saya mahu dia berfikir. “Tuan rasa bagaimana?” “Saya rasa memanglah persekitaran kita tidak bersih. Tetapi ia masih di tahap biasa ” “Apa maksud tuan di tahap biasa?” “Kita tak jatuh sakit. Saya dan keluarga masih sihat” “Maksudnya jika tuan dan keluarga sihat, tahap persekitaran kita masih selamat dan berada di tahap biasa?” Peserta itu terdiam. Agaknya cuba memikirkan logiknya. “Kalau saya kata orang ramai sakit diakibatkan persekitaran kita …
Read More »Kesan toksin pada tubuh kita
KESAN TOKSIN PADA TUBUH KITA Perlukah kita membuang toksin? Ini adalah soalan yang biasa ditanyakan kepada saya. Ada yang benar-benar bertanya. Ada yang saja ingin menduga. Ada yang bertanya dengan nada menyindir. Terserahlah pada pengetahuan dan pengalaman yang kita ada. Jika kita kurang berpengalaman dan jarang membaca, apatah lagi menghadiri seminar dan konferens perubatan, memang jawab yang diberikan adalah “No such thing as detox!!” Saya pernah bekerja (lebih dari 10 tahun) di kawasan industri perkilangan (pembuatan barangan plastic, wayar dan kimia) di Johor Bahru dan Pasir Gudang. Saya telah memeriksa dan merawat kes-kes yang pelik. Contohnya seorang pekerja kilang yang …
Read More »BAGAIMANA NAK DETOKS?
Ramai yang bertanya saya bagaimana mahu membuang toksin atau detox tubuh dengan cara yang betul? Saya senyum kerana kebanyakan penjual suplemen mengatakan produk mereka adalah produk terbaik untuk detoks tubuh. Untuk membuang toksin dalam tubuh. Untuk menyegarkan tubuh. Menjadikan tubuh bertambah sihat. Tetapi detoks itu bukan hanya mengamalkan produk kesihatan tertentu. Ia meliputi 3 aspek, Pantang, Buang dan Ganti. Saya akan menulis mengenai tiga langkah dengan lebih mendalam. Paling pertama, ketahui apa itu TOKSIN dan kesannya terhadap tubuh. Musuh kita adalah Toksin. Kita tidak mampu berperang dan menggunakan senjata yang salah jika kita tidak tahu siapa musuh kita. Bila kita …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
