Cara Pengiraan Haid

CARA PENGIRAAN HAID

red blood

“Saya ada menonton rancangan di tv oleh seorang ustaz mengenai cara pengiraan haid. Apa yg disampaikan betul-betul perkara baru bagi saya. Jadi saya makin keliru tentang pengiraan haid yang sebenar. Beliau ada beritahu wanita kena kira kitaran haid mengikut kalendar Islam bukan masihi. Beliau ada bagi contoh. misalnya kebiasaan wanita datang haid pada 5 syaaban, sepatutnya wanita tersebut akan datang haid pada 5 Ramadhan juga tetapi tidak datang pada 5 tetapi pada 7 misalnya, jadi 7 Ramdhan itu kena kira sebagai hari ke-3 datang haid bukan hari pertama. Tapi 2 hari yang suci itu boleh solat macam biasa. Boleh bantu saya memahami perkara ini.”

 

PENJELASAN:

 

Berdasarkan analisa kepada penjelasan ulama berkaitan kaedah pengiraan haid, para ulama hanya merujuk kepada bilangan hari dan mengikut kebiasaan seseorang wanita.

 

Contohnya Imam al-Ramli menjelaskan, menurut ulama bermazhab Syafi’i tempoh minima haid seorang wanita ialah sehari semalam dan maksima 15 hari.

 

Darah yang keluar melebihi 15 hari dikira darah istihadah. (al-Ramli, Nihayat al-muhtaj, jil. 1, hlm. 325)

Manakala secara praktisnya, had haid adalah merujuk kepada kebiasaan seseorang wanita, contohnya Imam al-Syafii berkata, “Aku dapati seorang wanita mengatakan bahawa dia selalu datang haid sehari dan tidak lebih daripada itu.” (al-Buhuti, Kasysyaf al-qina’, jil. 1, hlm. 202)

 

Tiada ulama yang menghadkan kiraan tempoh haid hanya merujuk kepada kalendar Islam.

 

Apa yang dijelaskan oleh ulama ialah bilangan hari bukan khusus kepada kalendar tertentu. Oleh itu pendapat yang dikemukakan dalam soalan tersebut adalah tidak benar.

 

Persoalan kedua tentang bila bermula tempoh haid. Contoh yang diberikan iaitu “kebiaasan wanita dtg haid pada 5 syaaban, sepatutnya wanita tersebut akan dtg haid pada 5 ramadhan juga tetpi tidak dtg pada 5 tpi pada 7 misalnya, jadi 7 ramdhan itu kene kira sbgai hari ke3 dtg haid bukn hari pertama”. Contoh ini tidak tepat:

 

 

1) Kiraan sebenar adalah bermula dari hari keluarnya haid.

 

2) Kebiasaan wanita datang haid ialah tempoh dia berada dalam haid sama ada 5 hari, 6, 7, atau 15 hari.

Kebiasaan bukan dikira sama ada keluar darah pada sesuatu hari dalam sebulan. Tidak semestinya wanita yang didatangi haid pada 1 Januari/Muharram, kebiasannya dikira 1 Febuari pula. (al-Syarbini, Mughni al-muhtaj, jil. 1, hlm. 15; Dr. Anisah Ab. Ghani, Darah wanita, hlm. 35)

 

Sumber:

Blog Fatwa Malaysia

http://www.e-fatwa.gov.my

 

IKLAN
Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

 

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Leave a Reply

error: Content is protected !!