Bolehkah Bidan Kampung Mendiagnosa Fibroid

 

“Salam doktor. Saya berusia 26 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya telah diurut oleh seorang bidan kampung sebagai persediaan saya untuk bernikah tidak lama lagi. Saya diberitahu oleh bidan kampung itu bahawa ada fibroid. Sedangkan saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan kitaran haid saya. Bolehkah saya mempercayai kata-kata beliau?. Mohon pencerahan, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Saya tidak menolak pengalaman bidan kampung, namun ada beberapa perkara yang beliau katakan mungkin betul dan mungkin tidak. Kata-kata beliau mungkin setakat kebetulan saja.

 

Ini kerana fibroid adalah ketumbuhan pada rahem yang berada jauh di dalam perut. Dengan urutan saja, mustahil dapat merasakan ketumbuhan tersebut. 

 

Kebanyakan wanita yang mengalami fibroid tidak mengalami  sebarang masalah  dan hanya diketahui selepas pemeriksaan ultrasound dilakukan, terutamanya ketika pemeriksaan kehamilan untuk memantau janin dalam rahem ketika hamil.
Namun begitu, ada kalanya fibroid memberikan tanda-tanda seperti berikut:

1.Pendarahan haid yang banyak terutamanya apabila ada ketulan pada darah haid. Darah haid yang berketul ketul menunjukkan pendarahan yang banyak melebihi kelazimannya.

2.Kesakitan pada pelvis dan kesan tekanan fibroid yang besar terhadap organ seperti pundi kencing akan menyebabkan wanita itu selalu membuang air kecil.

3.Ada ketulan di perut ataupun perut semakin buncit tanpa penambahan berat badan.

4. Kesukaran untuk hamil.

5. Atau tidak memberikan apa-apa tanda langsung.
Jadi fibroid sukar dikesan jika tidak dilakukan pemeriksaan ultrasound.

 

Bagi wanita yang mengalami fibroid yang bersaiz kecil, kurang dari  2cm, saya mencadangkan mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi mengurangkan fibroid ini. Bagi yang melebihi 2cm, elok bertanyakan kepada doktor dahulu.

Info lanjut di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

Wallahu a’lam.

 

[IKLAN]

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!