Profil Penulis

Dr Zubaidi bin Hj Ahmad adalah anak kelahiran Johor dan mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting, Tampoi, Johor Bahru. Beliau juga mendapat pendidikan agama di sekolah agama kerajaan negeri Johor sehingga tamat.

Beliau menyambung persekolahan di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru yang juga dikenali sebagai English College pada tahun 1983-1987.

Sesudah SPM, beliau melanjutkan pelajaran di Matrikulasi UKM di Sekolah Alam Shah, Cheras Kuala Lumpur dari tahun 1988-1990. Di situ beliau mula berazam untuk menjadi doktor Muslim yang berdedikasi dan berikrar untuk menyumbangkan tenaga pada masyarakat.

Namun nasib tidak menyebelahi beliau kerana gagal mendapat tempat di Fakulti Perubatan UKM setelah tamat matrikulasi. Beliau sebaliknya telah ditempatkan di Fakulti Sains Hayat UKM.

Di sana peluang untuk melanjutkan pelajaran masih terbuka apabila dekan fakulti memberitahu pelajar terbaik akan mendapat tempat di Fakulti Perubatan. Berkat dengan usaha tekun dan doa, beliau akhirnya berjaya dan ditawarkan ke fakulti perubatan terkenal di India.

Setelah berada enam tahun di Kastuba Medical College, Manipal, Karnataka, India beliau terus pulang untuk bertugas di Johor Bahru, Johor.

Beliau meninggalkan perkhidmatan kerajaan setelah lima tahun bekerja sebagai syarat perjanjian JPA. Di kebanyakan masa beliau bertugas di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Kini beliau adalah pegawai perubatan senior di Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd yang mempunyai 35 buah cawangan klinik di Johor dan beberapa negeri lain.

Pernah aktif dengan Persatuan Bulan Sabit Merah dan dihantar ke beberapa misi kemanusiaan antaranya ke Pulau Jolo, Filipina semasa kes Abu Sayyaf, dan ke Acheh semasa tragedi tsunami.

Di dalam negeri beliau banyak melakukan kerja-kerja sukarela bersama dengan masyarakat setempat di samping memberikan ceramah dan latihan Basic Occupational First Aid di kalangan pekerja industri kilang. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa dalam Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysia Medical Association – MMA) dan ahli Persatuan CPR (CPRA) bagi negeri Johor.

Pada masa terluang beliau aktif menggunakan laman social Facebook untuk tujuan perkongsian pengalaman dan perubatan kepada umum. Lanjutan dari sokongan sahabat-sahabat di Facebook, maka beliau kini berjaya membuka laman blog sendiri dengan nama www.drzubaidi.com untuk memudahkan lagi khalayak mendapat pengetahuan berguna mengenai perubatan dan kesihatan.

Dr Zubaidi juga merupakan penulis tetap untuk Majalah Anis bermula pada keluaran Januari 2011.

Nota: Kepada yang memerlukan profil terkini Dr Zubaidi, sila email care.needsvenue@gmail.com (Puan Rohani). Terima kasih.

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: