Bayi baru lahir Susu ibu tidak cukup

“Assalam mu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak beberapa minggu yang lepas. Saya tinggal di perantauan di KL bersama suami. Ibubapa saya berada di Sabah. Saya terpaksa menguruskan diri dan anak sendirian tanpa pengetahuan. Saya mendapati anak saya tidak mahu menyusu dengan baik. Dia menysusu sebentar dan mudah kenyang. Berat badan pun semakin menyusut. Banyak nasihat yang saya dengar. Adakah saya sudah tidak mempunyai susu yang cukup. Mohon nasihat doctor”

Wa alaikum mus salam.

Ramai dari ibubapa yang sering keliru apabila menerima nasihat yang salah dari teman-teman mengenai perkembangan anak mereka.

Nasihat yang diberikan bukanlah atas fakta yang betul, tetapi hanyalah berdsarkan logik dan pengalaman yang mereka timba sepanjang perjalanan hidup.

Saya menasihatkan puan agar memeriksa setiap nasihat yang diterima dengan doktor yang merawat anak puan.

Bagi pesakit saya, saya akan memeriksa berat bayi mereka bagi memastikan bayi mereka mendapat susu yang cukup.

Bayi yang baru dilahirkan selalunya akan kehilangan antara 5-10 peratus daripada berat badan ketika dilahirkan dalam masa beberapa hari pertama.

Selepas beberapa hari, berat badan akan bertambah semula. Jadi jangan terlalu risau.

Cara lain ialah dengan melihat perkembangan bayi puan sendiri. Bayi yang mendapat susu ibu yang mencukupi jika dia  kelihatan sihat dan aktif. Bayi puan juga akan membuang air kecil sebanyak 5-8 kali sehari dan membuang air besar berwarna kekuningan beberapa hari selepas dilahirkan.

Sebagai ibu puan sendiri dapat merasakan sama ada susu ibu yang puan berikan mencukupi atau tidak diberikan kepada bayi apabila puan mendapati payudara puan berasa tidak penuh setiap kali mahu menyusukan anak.

Bayi puan juga kelihatan mahu menghisap susu ibu lebih banyak dari biasa. Selalunya disebabkan posisi puan yang tidak selesa sehingga dia akan sukar menghisap susu. Cuba lakukan perubahan posisi penyusuan memastikan dia dapat menysusu dengan selesa.

Selain itu masa penyususan menjadi menjadi lebih pendek dan cepat lapar.

Jadi puan harus memastikan bahawa puan mendapat pemakanan yang seimbang dan keperluan air yang mencukupi.

Ibu yang tidak mendapat pemakanan yang seimbang dan air yang mencukupi selalunya akan mengalami masalah susu yang sedikit.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!