BAGUSKAH TIDUR PADA WAKTU SIANG?
Tidur pada waktu siang terutamanya pada waktu tengahari adalah digalakkan. Dalam Islam ia disebut qailullah. Ia boleh memberi rangsangan dari segi kecergasan sepanjang hari.
Kajian menunjukkan bahawa tidur sebentar pada siang hari membantu menurunkan tekanan darah.
Namun demikian, tidur siang tidak dapat boleh menggantikan tidur pada waktu malam. Jika kita sukar untuk lelapkan mata pada waktu malam, kita patut mengehadkan tidur siang (kurang 20 minit).
Ambil suplemen melatonin juga membantu jika mengalami rasa susah tidur, bagi mereka yang mengalami jetlag, terlalu penat atau terlalu runsing. Boleh dapatkan dan berbincang dengan farmasi yang berdekatan.
#HealthDrZubaidi