Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » APA ITU PENYAKIT MATA GLAUKOMA?

APA ITU PENYAKIT MATA GLAUKOMA?

APA ITU PENYAKIT MATA GLAUKOMA?

 

Glaukoma disebabkan oleh tekanan tinggi dalam struktur mata sehingga menyebabkan saraf optik mata menjadi rosak.

Tekanan mata yang tinggi mungkin disebabkan oleh penghasilan cecair dalam mata yang terlalu banyak atau terdapat sumbatan yang menghalang pengaliran cecair ini. Tekanan yang tinggi ini merosakkan saraf optik.

Sebagai info, saraf optik adalah saraf yang menghubungkan retina ke otak. Jika rosak, tiada isyarat yang dibawa ke otak dan menyebabkan penglihatan terganggu.

Ia berlaku pada semua peringkat usia, tetapi lebih kerap terjadi kepada individu berumur 60 tahun ke atas.Gejala yang mungkin dialami bergantung pada individu dan jenis glaukoma.

1. Ada yang melihat bintik hitam di sebelah mata yang terlibat.

2. Ada yang mengalami sakit kepala yang teruk, loya dan muntah-muntah, penglihatan kabur, lingkaran cahaya muncul di sekeliling lampu dan mata menjadi merah.

Antara mereka yang berisiko mendapat penyakit ini adalah:

1. Mereka yang berumur lebih 60 tahun

2. Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami penyakit yang sama.

3. Mengambil ubat-ubat seperti titisan mata kortikosteroid

4. Mempunyai penyakit seperti diabetes, masalah jantung, hipertensi dan penyakit sickle cell anemia.

Oleh itu jika mengalami gejala atau tanda di atas, sama ada diri sendiri, anak kecil atau orang, tua bawalah berjumpa dengan pakar mata.

Semoga bermanfaat.

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
 



Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: