Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » APA ITU KUTIL?

APA ITU KUTIL?

APA ITU KUTIL?

Kutil ialah sejenis tumbuhan/kepingan kecil yang tergantung pada kulit. Istilah perubatan yang digunakan untuk kutil ialah acrochordons manakala istilah yang biasa digunakan ialah skin tags.

Kutil biasanya muncul di leher, kelopak mata, ketiak, lipatan pangkal paha, dan di bawah payudara, iaitu di kawasan badan di mana pakaian cenderung bergesel dengan kulit.

Walaupun ia mungkin akan menjejaskan penampilan, namun ianya tidak gatal dan tidak membahayakan.

Sesiapa sahaja boleh mengalami tumbuhan kutil akan tetapi mereka lebih lazim ada pada orang dewasa pertengahan umur dan / atau yang obes.

PUNCA & PENYEBAB KUTIL PADA BADAN

Menurut Dr. Melissa Piliang, seorang dermatologis di Cleveland Clinic, terdapat beberapa kemungkinan penyebab timbulnya kutil pada badan anda.

Antara puncanya termasuklah:

1. Genetik (keturunan)

2. Geselan antara kulit

3. Perubahan hormon (contohnya kehamilan)

4. Orang yang berlebihan berat badan dan pesakit diabetes juga cenderung mempunyai kutil kerana insulin boleh menyumbang kepada faktor pertumbuhan kutil.

ADAKAH IA BOLEH MENYEBABKAN KANSER?

Jangan risau, dalam kebanyakan kes, kutil adalah normal dan ia tidak akan menjadi barah kulit.

Kerengsaan boleh berlaku jika pergeselan berlaku diantara pakaian, perhiasan, atau kulit lain.

Namun, anda mungkin perlu memberi lebih perhatian jika terdapat ketumbuhan kulit yang timbul pada alat kelamin (genital warts).

Sekiranya ketumbuhan kulit seperti ketuat ini timbul akibat virus HPV, maka pemeriksaan lanjut seperti vaksinasi harus diberikan kerana jangkitan HPV berisiko besar menyebabkan kanser serviks pada wanita.

Secara umum, masalah kulit yang mirip kutil kelamin boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.

Antaranya:

1. Variasi kulit yang normal
2. Kutil kelamin akibat jangkitan virus HPV
3. Tindakbalas alahan
4. Jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex, Sifilis

CARA HILANGKAN KUTIL/RAWATAN

Dalam sesetengah kes, kutil akan hilang dengan sendirinya tanpa sebarang prosedur.

Namun sekiranya ianya mengganggu rasa konfiden pada diri, seseorang akan memilih untuk membuangnya.

Prosedur untuk membuang kutil atau skin tags adalah menerusi pembedahan kecil yang boleh dilakukan oleh doktor.

Terdapat juga krim sapuan yang boleh dibeli di farmasi. Membuang sendiri menggunakan rambut, gunting dan pisau tidak digalakkan kerana risiko kecederaan dan pendarahan.

PENCEGAHAN

Tiada cara yang jelas bagaimana seseorang boleh mencegah kutil daripada muncul pada kulit.

Namun seseorang mungkin boleh mengurangkan faktor risiko dan memastikan kesihatan kulit yang baik dengan cara berikut:

1. Mengambil makanan yang rendah lemak tepu dan kalori.

2. Bersenam secara sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 hari seminggu.

3. Pastikan semua lipatan kulit berada dalam keadaan kering untuk mengelakkan geseran.

4. Keringkan badan sepenuhnya selepas mandi. Sapukan bedak ke lipatan kulit seperti ketiak

5. Anda yang cenderung memerangkap kelembapan.

6. Jangan memakai pakaian atau perhiasan yang merangsangkan geseran pada kulit anda. Pilih kain lembut yang bernafas seperti kapas dan bukannya nylon atau spandeks.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: