AIR YANG DIMINUM DAPAT MENGURANGKAN SAKIT KEPALA DAN MIGRAINE
“salam doctor. Saya adalah penghidap migraine yang kuat dan kerap. Boleh dikatakan setiap bulan saya akan mengalam sakit kepala sehingga tidak dapat melakukan kerja. Saya sering mengambil MC untuk berehat di rumah. Selain dari ubat-ubatan, apakah yang say perlu lakukan untuk mengurangkan sakit kepala saya. Mohon nasihat, terima kasih”.
WA ALAIKUM MUS SALAM.
Sakit kepala migrain adalah serangan sakit kepala yang teruk sehingga menyebabkan rasa mual dan muntah . Sesetengah pesakit menjadi sangat sensitif terhadap cahaya dan bunyi bising.
Kebanyakan pesakit akan merasa sakit pada sebahagian kepala, dan biasanya ia berulang.
Sebahagian pesakit migraine mengalami tanda-tanda awal sebelum mengalami sakit kepala yang teruk, dinamakan “aura” seperti gangguan penglihatan, atau rasa gangguan keseimbangan.
Banyak punca yang menyebabkan migraine. Antaranya ialah disebabkan oleh kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi).
Menurut satu kajian yang dilakukan, rawatan terbaik bagi pesakit migraine ialah dengan memberikan air yang secukupnya bagi pesakit migraine.
Rujuk: Shirreffs SM, Merson SJ, Fraser SM, Archer DT. The effects of fluid restriction on hydration status and subjective feelings in man. Br J Nutr. 2004;91:951–958
Dalam kajian lain menunjukkan bahawa kekurangan air boleh merosakkan tumpuan dan meningkatkan rasa cepat marah, boleh menjadi pencetus untuk sakit kepala (migraine) dan juga memanjangkan tempuh mengalami migraine.
Rujuk: Blau JN, Kell CA, Sperling JM. Water-deprivation headache: a new headache with two variants. Headache. 2004;44:79–83
Pesakit yang menderita sakit kepala migraine yang diberikan air yang secukupnya untuk diminum, dapat mengurangkan sakit kepala dalam masa 30 minit hingga 3 jam tanpa perlu mengambil apa-apa ubat.
Rujuk: Spigt MG, Kuijper EC, Schayck CP, et al. Increasing the daily water intake for the prophylactic treatment of headache: a pilot trial. Eur J Neurol. 2005;12:715–718
Dalam kajian yang sama mendapati bahawa pesakit yang mempunyai sejarah sakit kepala, termasuk migrain dan stressed headache (sakit kepala akibat tekanan ) diberikan minum tambahan sebanyak 1.5 L dalam sehari dapat mengurangkan kadar dan tempuh kesakitan yang dialami.
Kajian itu juga menunjukkan bahawa air adalah boleh dijadikan rawatan mencegah untuk penderita sakit kepala.
Oleh saya menasihatkan bagi pesakit migraine, ketika mengalami sakit kepala, minum air mineral yang secukupnya dan dapatkan rehat yang cukup.
Wallahu a’lam