
ADAKAH BROKOLI BAIK UNTUK GOUT?
1. Brokoli adalah sebahagian daripada menu makanan yang mesra gout. Ia rendah asid urik dan purine, serta mengandungi sebatian yang bermanfaat.
2. Purine adalah sumber kepada asid urik yang boleh menyumbang kepada gout. Brokoli mempunyai kira-kira 70 mg purine setiap 100g brokoli. Pakar pemakanan meletakkan brokoli dalam kumpulan makanan rendah purine.
3. Makanan yang tinggi vitamin C boleh membantu mengurangkan serangan gout, dengan mengurangkan paras asid urik dalam tubuh.brikili mengandungi vitamin C 90mg dalam setiap 100g.
4. Brokoli mengandungi banyak sebatian antioksidan yang membantu mengurangkan keradangan pada sendi yang bengkak.
5. Jadi brokoli adalah makanan yang bagus bagi pesakit gout. Ia bukan saja selamat tetapi bermanfaat. Kita perlukan stimkan sahaja brokoli untuk hidangan kita
6. Cuba elakkan makanan yang mempunyai tahap purine yang tinggi iaitu mempunyai lebih daripada 300 mg purine setiap 100 g makanan. Antaranya:
a. minuman beralkohol, terutamanya bir
b. daging organ seperti hati
c. daging merah seperti daging lembu
d. makanan laut seperti udang atau kerang
e. daging yang berproses seperti nugget dan sosej
f. minuman ringan manis dan jus buah-buahan yang manis
g. minuman atau makanan yang ditambah gula
7. Bagi mereka yang sedang mempunyai tahap asid urik yang tinggi, minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2L sehari kerana asid urik keluar melalui air kencing.
8. Ambil vitamin C dan vitamin E untuk mengurangkan keradangan pada sendi kerana selalunya gout akan menyerang sendi yang sama.
9. Minyak zaitun dan minyak kelapa dara juga bagus diamalkan untuk mengurangkan serangan gout.
Semoga bermanfaat.