Adakah bayi montel adalah bayi yang sihat ?

“Assalamu alaikum doctor. Saya ingin bertanya tentang anak saya. Anak saya berumur dua tahun tetapi berat beliau 20kg. Adakah anak saya obese dan perlukah saya berikan ubat diet untuk beliau?”

Wa alaikum mus salam.

Ramai ibubapa yang percaya bahawa bayi yang montel adalah bayi yang sihat. Penambahan berat badan bayi secara berterusan, dan menandakan bayi itu mempunyai selera makan yang baik. Hanya bayi yang sihat saja mempunyai selera makan yang baik.

Bagi mendapat anak yang “sihat”, ramai ibubapa yang memberikan makanan  bayi mereka dengan makanan yang mempunyai banyak lemak dan kalori minyak sapi, mentega dan gula.

Ini adalah konsep yang salah.

Sebenarnya, bayi yang mempunyai berat badan yang mencukupi, secara amnya boleh dikatakan sebagai bayi yang sihat.

Secara purata bayi akan mengalami penambahan berat sebanyak tiga kali ganda dari berat ketika lahir apabila mencapai umur satu tahun.

Penambahan berat badan selalunya berlaku sebelum bayi itu pandai berjalan. Apabila mencapai umur setahun dan aktif melakukan aktiviti seharian, berat badan bayi mungkin akan menurun kerana banyak kalori yang digunakan untuk aktiviti fizikal.

Puan tidak perlu bimbang tentang berat badan bayi puan. Berbincanglah dengan doktor yang biasa puan jumpa untuk mendapat nasihat pemakanan dan memantau perkembangan fizikal anak puan.

Ini dapat dilakukan dengan mencatat ketinggian dan berat badan bayi puan dalam carta perkembangan fizikal yang disediakan di klinik.

Jangan menyekat pemakanan bayi puan tetapi dapatkan nasihat yang betul tentang sumber kalori dan nutrient yang patut diberikan kepada bayi.

Pilih untuk pilihan yang lebih sihat seperti kacang seperti badam, jus buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Elakkan makan ayam atau telur secara berlebihan setiap hari.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!