Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Zithromax boleh memudaratkan?

Zithromax boleh memudaratkan?

Baru-baru ini masyarakat perubatan dikejutkan pula dengan berita mengenai isu keselamatan mengenai ubat antibiotik  Azitromycin atau nama yang biasa digunakan ialah zithromax, yang biasa digunakan di klinik dan hospital.

 

Dalam laporan itu, mengatakan bahawa antibiotik tersebut telah meningkatkan risiko kematian akibat serangan sakit jantung atau stroke.

 

Namun begitu ramai ahli santis yang mengkritik laporan ini dan mengatakan bahawa laporan ini tidak cukup sahih dan risiko untuk berlakunya serangan sakit jantung dan stroke bagi pesakit yang mengambil zitromax adalah rendah.

 

Sebelum ini, antibiotik zithromax dianggap sebagai ubat antibiotik yang paling selamat dibandingkan dengan beberapa ubat antibiotic lain yang berada dalam kumpulan macrolide yang sama.

 

Dalam laporan yang diterbitkan itu memberitahu bahawa rawatan lima hari dengan ubat antibiotik azithromycin (Zithromax) ini akan meningkatkan sedikit risiko kematian berbandingan dengan penggunaaan amoxicillin atau ciprofloxacin, apabila diberikan kepada pesakit.

 

(rujuk: Wayne A. Ray, Ph.D., Katherine T. Murray, M.D., Kathi Hall, B.S., Patrick G. Arbogast, Ph.D., and C. Michael Stein, M.B., Ch.B. ‘Azithromycin and the Risk of Cardiovascular Death’ N Engl J Med 2012; 366:1881-1890)

 

Azithromycin selalu diberikan untuk merawat jangkitan kuman bacteria pada telinga, hidung dan tekak. Ia sangat berkesan untuk merawat sinusitis dan bronchitis.

 

Laporan itu menganggar risiko serangan sakit jantung atau stroke sebanyak 85 kematian berlaku dalam sejuta preskripsi yang diberikan berbanding dengan hanya 30 kematian (dalam sejuta) bagi pesakit yang dikaji tanpa mengambil apa-apa ubat antibiotik.

 

Risiko ini bertambah bagi pesakit yang sudah pun didiagnosakan sebagai pesakit jantung, atau pernah diserang sakit jantung (heart attack) atau stroke.

 

Walau bagaimana pun, saintis yang mengkritik laporan ini mendapati bahawa kajian yang dilakukan menggunakan sampel yang besar, iaitu sebanyak 347,795 preskripsi yang dikaji. Kajian itu juga gagal melibatkan kumpulan  yang sama dari segi umur, penyakit yang telah sedia dihadapi dan tujuan penggunaan antibiotic ini.

 

Sedangkan faktor-faktor lain yang mungkin menyumbang kepada punca kematian seperti faktor pemakanan, menghisap rokok dan tahap kesihatan peserta, tidak diambil kira.

 

Oleh itu risiko kematian akibat serangan sakit jantung dan stroke akibat penggunaan ubat antibiotic ini tidak dapat ditentukan dengan tepat.

 

Pengkritik laporan ini berharap banyak kajian lagi yang perlu dilakukan sebelum membuat keputusan yang tetap bahawa ‘mengambil ubat azithromycin akan meningkatkan risiko kematian akibat serang sakit jantung dan stroke’.

 

US FDA, badan kerajaan yang menjaga keselamatan ubat hanya meminta para doktor agar menyedari risiko ini sebelum memberikan preskripsi kepada pesakit. Setakat ini US FDA masih belum mengharamkan ubat ini kerana ia masih diperingkat kajian.

 

(rujuk: http://www.fda.gov/Drugs/Drugsafety/ucm304372.htm)

 

Saya berpendapat bahawa laporan ini harus diberikan perhatian, dan ubat antibiotic azithromycin tidak harus diberikan kepada golongan pesakit yang berisiko tinggi seperti wargatua, kanak-kanak, pesakit yang disahkan menghidap penyakit jantung, pesakit ayng pernah diserang stroke atau pesakit diabetes.

 

Tetapi jika ada keperluan yang mendesak iaitu jangkitan bacteria hanya boleh dirawat dengan azithromycin ia haruslah diberikan tanpa ragu-ragu.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: