Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Zaditen (ketotifen) untuk mengurangkan lendir

Zaditen (ketotifen) untuk mengurangkan lendir

 

Assalamualaikum doctor, saya mohon pendapat mengenai ubat Zaditen. Saya disarankan oleh seseorang untuk membantu mengatasi masalah batuk anak berumur antara 18 bulan – 28 bulan. Mohon penjelasan. Terima kasih.


Wa alaikum mus salam.

 

Zaditen bukanlah ubat batuk dan tidak digunakan untuk merawat batuk. Namun Zatiden boleh mengurangkan lendiran (kahak) pada kerongkong akibat tindak balas alahan akibat virus, habuk atau cuaca sejuk.

 

Apabila tiada lendiran di kerongkong, maka batuk akan hilang. Oleh itu Zaditen digunakan sebagai ubat untuk mencegah tindak balas alahan yang mungkin dihadapi oleh pesakit asthma, terutama jika pesakit asthma itu mengalami serangan asthma yang berpanjangan.

 

Zaditen sama ada yang berbentuk pil atau cecair, mengandungi bahan aktif yang dinamakan ketotifen hydrogen fumarate, yang merupakan sejenis ubat antihistamine.

 

Zaditen digunakan bagi merawat dan menghalang tindak balas alahan (antiallergics) . Secara tidak langsung ia akan mencegah serangan asthma.

 

Oleh itu Zaditen diberikan bersama dengan beberapa ubatan yang lain bagi merawat asthma yang tidak teruk dan sebagai pencegahan serangan asthma. Zaditen tidak sesuai untuk merawat serangan asthma yang teruk.

 

Zaditen bertindak menghalang pengeluaran histamine dari sel mast. Dengan ini ia boleh juga digunakan untuk menghalang gejala alahan seperti bersin, selsema dan rasa gatal kulit. Zaditen diberikan oleh doctor untuk pesakit yang mengalami allergic rhinitis dan allergic conjunctivitis.

 

Walau bagaimana pesakit sawan (epilepsy) haruslah berhati-hati menggunakan Zaditen.

 

Zaditen juga tidak diberikan kepada:

1. Wanita hamil

2. Wanita yang menyusukan (breastfeeding)

3. Kanak-kanak berumur tiga tahun ke bawah

4. Pil Zaditen mengandungi lactose dan harus tidak diambil oleh  pesakit yang mengalami ‘galactose intolerance’

5. Cecair Zaditen mengandungi maltitol dan tidak harus diambil oleh pesakit yang mengalami fructose intolerance’.

 

Dos yang dibenarkan

 

Bagi orang dewasa pil Zaditen (2 mg) diberikan pada waktu malam, atau pesakit boleh mengambil pil Zaditen (1 mg) di waktu pagi dan pil Zaditen (1 mg) di waktu malam. Maksima dos ialah 2 mg dalam sehari.

 

 

Jika pesakit pernah mengalami keadaan mudah rasa mengantuk apabila mangambil mana-mana ubat antihistamine, ubat ini  haruslah dimulakan dengn dos yang kecil, dan selepas seminggu barulah dinaikkan ke dos yang maksima (2mg dalam sehari).

 

 

Walau bagaimana pun, bagi pesakit yang agak resistant (tidak berkesan dengan dos yang biasa), doctor boleh menambah dos sehingga 4mg sehari. Penambahan ini haruslah dilakukan dengan nasihat doctor setelah menimbangkan manfaat yang bakal diterima melebihi kemudaratan yang akan diterima.

 

Sungguh pun kebanyakan doctor tidak menggalakkan mana-mana ubat antihistamine diberikan kepada kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke bawah, atas pertimbangan doctor, ia boleh diberikan kepada bayi yang berumur 6 bulan ke atas.

 

Hal ini haruslah dibincangkan dengan doctor yang merawat dan tidak semua bayi seperti ini boleh diberikan Zidaten.

 

 

Dalam keadaan di mana bayi atau kanak-kanak itu mengalami lendiran yang banyak atau mengalami serangan asthma yang berulang-ulang, pemberian Zidaten boleh doctor.

 

 

Semua ini bergantung kepada pertimbangan doctor.

 

Ubat Zidaten yang diberikan dalam bentuk cecair dengan kekuatan 1mg dalam 5ml.

 

Bagi bayi dan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 3 tahun, dos yang diberikan ialah 0.05 mg per kilogram berat badan sebanyak dua kali sehari.

 

Contohnya jika berat kanak-kanak itu 10 kg,  menerima 0.5mg Zatiden (0.05 X 10kg). Oleh itu diberikan sebanyak 2.5 ml cecair Zaditen pada waktu pagi dan petang.

 

Bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, dos ubat Zidaten boleh diberikan sebanyak 1mg dalam sehari, iaitu  5ml ( 0.5mg) pada waktu pagi dan petang.

 

 

Sekali lagi saya mengingatkan bahawa ini adalah panduan am. Pengambilan ubat Zidaten ini haruslah mengikut dos yang disarankan oleh doctor yang merawat.

 

Wanita hamil dan ibu yang menyusukan

 

Ada beberapa ubat yang tidak diberikan kepada wanita hamil dan ibu yang menyusukan, bukan kerana ia berbahaya, tetapi ia adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kesan sampingan yang MUNGKIN  diterima oleh bayi.

 

Oleh itu jika wanita yang hamil atau ibu yang menyusukan ibu mengalami kegatalan atau alahan yang teruk dan berpanjangan, saya galakkan agar mereka berbincang dengan doctor supaya doctor boleh mengimbangkan antara manfaat dan kemudaratan yang mungkin diterima.

 

Jika pesakit mendapat manfaat lebih dari kemudaratan, maka ubat yang diberikan bolehlah diambil. Jika tidak kemudaratannya lebih banyak dari manfaat, maka janganlah mengambil ubat ini.

 

Antara kesan sampingan yang biasa berlaku ialah rasa mengantuk, dan rasa sukar untuk tidur semula setelah bangun, mulut rasa kering, rasa gelisah, jantung berdebar-debar dan mudah baran.

 

Memandangkan kesan sampingan ubat agak banyak, penggunaan ubat ini haruslah digunakan atas nasihat doctor atau ahli farmasi.

 

Pesakit juga harus memberitahu ubat yang pernah diambil sebelum ini dan ubat yang sedang diambil sekarang, dan penyakit-penyakit yang sedia, sebelum memulakan pengambilan ubat ini.

 

Wallahu a’lam.

 

 

One comment

  1. doc, macam mana pula dengan mucolator?

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: