Yogurt untuk kanak-kanak dan bayi

YOGURT UNTUK KANAK-KANAK DAN BAYI

 

“Salam doctor, bolehkah yogurt diberikan kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah untuk mengurangkan kembung perut dan merawat sembelit ? Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Sebaiknya bayi diberikan susu secara ekslusif (tiada tambahan makanan lain kecuali susu sahaja) sehingga berumur  satu tahun, dan boleh diberikan bersama makanan lain selepas berumur satu tahun.

 

Islam pula menggalakkan pemberikan susu sehingga bayi/kanak-kanak berumur dua tahun.

 

Yogurt adalah makanan bayi yang baik. Ia mengandungi banyak protein berkualiti tinggi, banyak kalsium, dan mengandungi banyak bakteria yang baik/berfaedah.  Oleh itu yogurt sesuai diberikan kepada bayi yang berusia lebih enam bulan. Selepas enam bulan boleh diberikan diberikan sebagai makanan tambahan kepada susu formula atau susu ibu, bukan sebagai pengganti.

 

Pilihlah  yogurt yang kaya dengan lemak dan tiada perasa. Bayi tidak memerlukan gula tambahan untuk dicampurkan ke dalam yogurt. Jika bayi puan tidak menyukai yogurt, puan boleh menambah buah-buahan yang dikisar atau lecek sedikit seperti pisang, sos epal atau betik.

 

Cuba elakkan memberikan produk susu lembu sebelum berusia 6 bulan untuk mengelakkan reaksi alahan terhadapa protein susu. Selain itu, kandungan protein dalam susu lembu (yang dibuat susu formula dan yogurt) lebih tinggi dari susu ibu. Ini menyebabkan organ hati dan buah pinggang bayi akan bekerja dengan lebih kuat. Walau bagaimanapun, jumlah yang kecil dalam diet biasa yang diberikan kepada anak adalah tidak bahaya, dan boleh menyediakan pelbagai nutrien yang berkualiti tinggi.

 

Oleh itu bersederhanalah ketika memberikan produk-produk susu kepada anak.

 

Wallahu a’lam.

 

Check Also

ISU KANAK-KANAK TERBANTUT TUMBESARAN

Bantut di kalangan kanak-kanak berlaku apabila ketinggian dan berat yang dialami tidak mengikut umur mereka. …

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: