Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Wanita yang tidak sesuai menggunakan implanon

Wanita yang tidak sesuai menggunakan implanon

WANITA YANG TIDAK SESUAI MENGGUNAKAN IMPLANON

implanon 2

Implanon adalah alat perancang keluarga berbentuk seperti batang lidi, mengeluarkan hormone yang menghalang kehamilan untuk tempuh 3 tahun.

 

Ia mengandung hormon progesterone sintetik yang dinamakan ‘etonogestrel’.

 

Alat ini dimasukkan ke bawah kulit, melalui pembedahan ringkas.

 

Implanon menghalang kehamilan dengan menghalang pengeluaran telur ovum dari ovary. Ia bermakna tiada telur wanita yang keluar untuk disenyawakan. Selain itu ia menukar tekstur lendiran faraj menjadi lebih pekat sehingga sperma tidak boleh berenang masuk ke dalam rahem.

 

Apabila Implanon diletakkan dengan betul, kebarangkalian untuk hamil menjadi amat rendah, iaitu satu kehamilan dalam 100 wanita yang menggunakan implanon.

 

Kesan implanon pada wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, tidak diketahui kerana tiada kajian klinikal dilakukan. Ini bermakna implanon mungkin tidak memberikan kesan yang serupa berbanding wanita yang mempunyai berat yang ideal.

 

Implanon tidak sesuai untuk wanita seperti di bawah:

  1. Wanita sedang hamil
  2. Wanita yang mempunyai masalah darah beku yang serius
  3. Wanita pernah diserang sakit jantung atau angina ahmar.
  4. Wanita yang mempunyai penyakit hati atau tumor hati.
  5. Wanita yang mengalami pendarahan faraj tanpa diagnose yang jelas.
  6. Wanita yang mempunyai kanser payudara atau apa-apa kanser lain yang sensitif kepada hormone progestin
  7. Wanita yang pernah mengalami alahan pada Implanon

 

Oleh itu sebelum menggunakan implanon, wanita itu harus berbincang dengan doctor dan wanita yang disenaraikan seperti di atas, harus memberitahu masalah yang dialaminya kerana ia boleh membahayakan diri. Mereka adalah wanita yang tidak boleh langsung menggunakan implanon.

 

Ada beberapa wanita yang mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan wanita normal. Mereka ialah:

beberapa harus berbincang dengan doctor pembekal penjagaan kesihatan anda tentang menggunakan Implanon jika anda:

 

  1. Wanita yang mempunyai diabetes.
  2. Wanita yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.
  3. Wanita yang sering mengalami sakit kepala atau migraine.
  4. Wanita yang mempunyai masalah pundi hempedu atau masalah buah pinggang.
  5. Wanita yang mempunyai masalah mood tertekan.
  6. Wanita yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi.
  7. Wanita yang mempunyai alahan terhadap ubat bius  atau ubat-ubatan antiseptic yang digunakan untuk membersihkan kulit semasa proses memasukkan implanon ke bawah kulit.

 

Kebanyakan kesan sampingan yang biasa dialami ialah:

  1. Kitaran haid yang tidak menentu.  Dalam kajian, kira-kira 1 daripada 10 wanita yang menggunakan implanon, menghentikan penggunaan implan kerana perubahan kitaran haid yang merisaukan mereka. Ada wanita mengalami tidak mengalami pendarahan langsung da nada yang mengalami pendarahan yang sedikit dan pendek. Ada juga yang mengalami pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan.
  2. Mengalami perubahan emosi.
  3. Mengalami penambahan berat badan.
  4. Mengalami rasa sakit kepala.
  5. Mengalami masalah jerawat.
  6. Mengalami masalah mood yang tertekan.
  7. Mengalami masalah vaginitis (keradangan vagina).
  8. Mengalami rasa sakit pada payudara.
  9. Mengalami senggugut yang teruk.
  10. Mengalami rasa sakit belakang ketika haid.
  11. Mengalami rasa loya, munetah dan pening.

 

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang mungkin dialami. Untuk maklumat lanjut, tanya doktor anda untuk mendapatkan nasihat mengenai apa-apa kesan sampingan yang membimbangkan.

 

Untuk keseimbangan hormon, saya mencadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM. Info lanjut di  https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: